Bab 15

163 18 3
                                    


"Bro, aku kena buat apa lagi, lepas ni? Susahlah nak mengayat perempuan ni, "Zain mula mengeluh di sofa di dalam bilik Haris. Mukanya terarah pada Haris yang hanya tersenyum senget ke arahnya.

Haris geleng kepala. Benda simple je, tapi si Zain ni susah sikit bab perempuan ni. Haris bangun lalu duduk di sebelah Zain. Bahu Zain ditepuk.

"Tak jantanlah bro, kalau itu pun kau tak tau nak buat, "kata-kata Haris yang seperti mengejek Zain buat Zain pandang Haris tajam.

"Apa ni Haris, kau tau kan aku macam mana? Lagi satu, keringlah poket aku kalau setiap hari kena belanja dia makan, "

"Berkiralah kau ni. Duit dalam bank kau tu tak surutlah setakat belanja si Naaila tu je makan, "tukas Haris. Badannya disandar malas ke sisi sofa sambil memerhati riak wajah Zain yang jelas tidak puas hati.

Mata Haris mengerling sekilas jam di dinding. Dah pukul 10 malam. Timbul satu idea di benaknya. Haris pandang Zain sambil terjungkit senyum. Berkerut dahi Zain apabila melihat Haris menyeringai sengih kepadanya.

"Sekarang pukul berapa? "Haris jongket kening berkali-kali pada Zain. Lagi bertambah berkerut Zain apabila si Haris ni beria angkat kening.

"Apa punya soalan kau ni? Kan ke kau dah tengok tadi? "

Haris ketawa lelah dengan sikap Zain. Aduhai... Nama aje pensyarah tapi otak langsung tak berkembang kalau bab perempuan.

"Nak kata bodoh, kau pandai. Asal bab perempuan kau lembab sangat? Kau call lah dia sekarang ni. Perempuan ni bagi aku, diorang suka bila kita manjakan diorang macam ni, "

Terdiam Zain mendengar kata-kata Haris. Perlu call lagi ke? Kadang Zain rasa kasihan pula bila mempermainkan Naaila sebegitu. Berdosa ke dia sebab mempermainkan gadis itu?

"Dia berangan pula... Cepatlah call dia, "Arah Haris. Zain kerling Haris yang mula senyum sinis.

Dengan malas, Zain capai telefon di atas meja. Matanya menjeling sedikit Haris yang jelas tidak sabar mahu mendengar butir bicara darinya.

Sedetik...

Dua detik...

Masih belum dijawab. Zain mendengus kasar sebelum sekali lagi dia mendail nombor itu. Mahu nampak memang jelas Zain cintakan Naaila. Zain simpan nombor Naaila as sayang.

Tidak lama kemudian, panggilan Zain diangkat. Zain senyum senget pandang Haris. Haris pula sudah tegak duduk mahu mencelah. Tak cukup dengan itu, Zain buka loud speaker untuk Zaid turut dengar suara Naaila.

"Assalamualaikum, ada apa awak call saya? "Soal Naaila yang baru sahaja selesai solat isya'. Telekung juga belum dibuang daripada badan.

Zain jawab salam dulu. Dipandang Haris yang galak senyum di hadapannya. "Sayang, tengah buat apa tu? "

Naaila terkedu. Sayang again? Zain selalu buat hatinya rasa tak keruan. Dia perempuan bukannya lelaki pasti terbit juga rasa berbunga dalam hati walaupun kisah hidup yang dilalui tak seindah mana.

"Sayang.. "

Termati lamunan Naaila apabila Zain memanggilnya lembut.

"Err.. Tak buat apa pun. Baru je lepas solat. Awak? "Soal Naaila sekadar berbasa basi. Takkan nak biar Zain je asyik tanya dia. Semakin hari, Naaila rasa bagaikan tembok yang dibina semakin runtuh apabila dia dengan Zain.

Haris sudah mula tahan rasa lucu apabila melihat sisi Zain yang ini. Jauh beza dengan Zain yang beriak dingin. Zain jeling Haris yang sudah tak tertahan mahu ketawakannya.

"Tak ada buat apa pun. Tu yang saya call awak. Boleh lah hilangkan bosan dengan 'sayang' saya ni, "Zain rasa macam nak termuntah bila perlu mengeluarkan ayat seromantis itu.

Muka Naaila sudah mula berona merah dengan kata-kata Zain. Rupanya wujud lagi lelaki seperti Zain. Zain sangat menghormatinya. Naaila rasa dia semakin hilang dalam belaian kata Zain. Untuk buat hati dia tak terus hanyut, Naaila minta untuk matikan talian dulu.

"Okay, sayang. Sweet dream. Jangan lupa mimpikan saya, "sempat lagi Zain bergurau dengan Naaila.

Tamat saja panggilan, Haris terus tepuk tangan pada Zain. Boleh pun, ayat si Naaila tu. Zain jeling Haris. Rasa nak tampar je si abang kembar dia ni.

"Perfect gila lakonan kau. Perempuan mana pun boleh tunduk kalau macam ni. Tengok Naaila tu pun, lembut je cakap dengan kau, "

"Berbelit lidah aku kau tau tak? "

"Alah.. Relax jelah. Yang penting Naaila yakin yang kau tu cintakan dia, "

Dup! Tiba-tiba hati Zain rasa sakit dengar perkataan cinta. Berubah sedikit riak wajahnya. Haris yang perasan itu mula rasa pelik.

"Kau dah kenapa? "

Zain menggeleng.

"Nothing. Aku just teringat sesuatu. Nothing important, "

Haris angkat bahu tanda tidak kisah. Yang penting malam ni, dia sudah boleh tidur nyenyak sedikit sebab musuh mereka mula masuk dalam perangkap. Si Kassim itu juga Haris sudah perhati pergerakan dia sedikit demi sedikit.

"Dahlah. Aku masuk bilik dulu, "pamit Zain. Haris hanya pandang susuk tubuh Zain yang mula hilang keluar dari bilik.

                             ♥

Pagi itu, Naaila bergegas turun ke dapur mahu bersarapan. Kejap lagi ada kelas, takut lewat pula sampai. Naaila hanya mengenakan roti bakar. Disapu nutella ke atas roti.

Dilipat roti tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah dengan penuh cermat. Uuu~~enaknya. Selepas selesai mengunyah roti, Naaila sisip pula air milo yang dibancuhnya sebentar tadi.

Hampir tersembur Naaila akibat ditegur oleh suara garau itu.

"Mana kau cari lelaki malam tu? "Soal Kassim secara tiba-tiba. Sengaja hari ni, dia tak keluar hanya untuk berbicara dengan si anak. Sebut anak pun Kassim dah rasa lain. Mana dia pernah kisah ke mereka.

"Lelaki mana pula ni,ayah?"Kalau boleh Naaila malas nak melayan perangai tak semenggah ayah dia ni. Naaila tak suka.

Kassim gelak sinis.

"Jadi,kau ni dah banyak dengan lelaki la,sebelum ni?Kalau aku tau kau memang jenis tu,dah lama aku jual kau di kelab malam,"kata-kata Kassim buat Naaila terbeliak mata.

Sekali lagi...

Kata-kata seorang ayah...

Buat Naaila lagi rasa tak selamat. Begini ke contoh ketua keluarga?

"Ayah ingat Naaila macam tu,ke?"

"Kau sendiri yang cakap macam kau ada banyak lelaki. Ke itu semua sumber duit kau? Yelah, kau boleh aje hidup walaupun aku tak bagi kau duit, "

Naaila rasa macam nak menangis bila Kassim cakap begitu. Naaila teringin mahu rasa bagaimana kasih sayang seorang ayah. Naaila kemam bibir.

"Dahlah ayah, Naaila penat, "Naaila terus berlalu keluar dari rumah. Dicapai beg laptop nya juga.

Baru sahaja mahu menyarung kasut, lengannya ditarik Kassim.

"Kau nak lari mana, Naaila?! "Kassim mula membentak mahu tahu siapa lelaki yang baginya agak kaya itu. Bolehlah nanti dia offer si Naaila ni. Boleh juga dia dapat duit.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now