BAB 10 🍀 YES?

191 20 5
                                    

Jemari dimainkan antara satu sama lain.Namun begitu, otaknya masih ligat memikirkan sesuatu.Sesuatu yang... ish. Terus dahinya berkerut seribu.Tangan naik meraup wajah.Dihela nafas berat.

Kalau tolak,tapi dia takkan ambil 'no' sebagai jawapan.Maknanya cuma tinggal 'yes'.Macam mana pun..tetap tinggal satu jawapan tu saja.Kalau aku setuju,apa akan jadi lepas tu?Dia nak hebahkan kat satu kolej ke?Mampus aku kalau macam tu...tapi...

Semerta segarit senyuman terhasil di bibir Naaila.Akal sepertinya sudah mengeluarkan satu idea untuk dia.Ya.Dia bertekad.Idea yang dikeluarkan oleh mindanya itu akan dia gunakan semasa menghadap Zain nanti.

Tok!Tok!Tok!

Bahu Naaila terhinjut sendiri selepas mendengar ketukan kuat di pintu biliknya.Dia bangun dari duduk dan segera mendekati pintu.Apabila pintu sudah dibuka,terus saja orang yang mengetuk tadi tu menyerbu masuk macam apa.Ditolaknya bahu Naaila sehingga Naaila terundur ke belakang beberapa langkah.

"Ayah!Apa ni selongkar bilik Naaila?!" jerkah Naaila pada ayahnya,Kassim.Dia hanya mampu berdiri di belakang Kassim sambil Kassim sibuk menyelongkar almari pakaian Naaila.

"Ayah!"

"Kau diamlah!" jerkah Kassim pula,kali ini ditolaknya Naaila hingga jatuh ke lantai.Naaila bulat mata apabila ayahnya memegang sesuatu yang hak miliknya.Segera dia bangun dan merampas barang itu dari pelukan ayahnya.

"Ayah jangan berani sentuh barang Naaila!" katanya dengan gigi diketap geram,mata tajam memanah wajah ayahnya yang sudah mula membengis.

"Kau jangan sibuk hal aku,sial!Aku tahu dalam tu ada duit,serahkan semua tu untuk aku atau kau..." kata Kassim,tapi ayatnya yang terakhir itu disambung dengan bisikan perlahan di tepi telinga Naaila.Naaila mula rasa cuak,takut.

"...akan jadi habuan dekat kelab malam sana malam ni.Nak aku bawak kau?" ugutnya dengan sengihan jahat di bibir.Dia tahu,dengan ugutan sebegitu,Naaila takkan berani dah untuk melawannya malah akan turuti kehendaknya,walau dengan cara terpaksa.

Naaila terpempan.Air mata tak semena turun mengalir di pipi.Dia kaku.Diam membatukan diri.Dibiarkan dan direlakan saja apabila tabung yang berada di dalam pelukannya kini sudah bertukar tangan.Betapa dia dapat rasa yang ayahnya begitu bersorak kemenangan,berjaya mengugutnya sebegitu rupa.

Dengan air mata yang masih belum diseka,ditoleh ke kanan,sorotan pandangannya dibawa pergi bersama langkah ayahnya yang keluar dari rumah mereka.

Selepas Kassim hilang dari pandangan,barulah Naaila menangis sepuas hati,dia duduk mencangkung,memeluk lutut,bibir menggeletar sedih.Dia menangis sepuas yang hatinya mahu.

Betapa dia tidak pernah menyangka,ayahnya,

Ya.

Ayah kandungnya,memang betul-betul punyai niat mahu menjualnya di kelab malam.Tempat yang... sungguhla jijik.Sanggup ayah kandung mahu berbuat begitu?

Naaila pejam mata rapat.Air mata makin laju menuruni ke pipi.

Ayah,yang dia lihat dari dalam gambar semasa waktu kecilnya,betapa ayah itu, menunjukkan kasih sayang padanya.Begitu menunjukkan kasihnya seorang ayah terhadap anak perempuan.Betapa dalam gambar itu,jelas menunjukkan sifat kebapaannya yang akan sentiasa menjaga kebajikan dan maruah anak perempuannya.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now