"Would you be my girlfriend? "
Ah! Kusut!
Ayat itu masih terngiang-ngiang di halwa telinga Naaila tika ini. Matanya juga hanya lurus memandang hadapan dan sesekali melirik memandang jambangan baby breath di tangan.
Naaila mengeluh perlahan. Dan sekarang ni kenapa dia fikir? Dia tak perlu fikir pun sebab dia kan tak minat semua benda pasal lelaki. Jadi, dia hanya perlu tarik nafas dan diam. Tak perlu berfikir pun untuk semua benda yang tak masuk akal tu.
Setelah puas berfikir Naaila tersenyum puas. Puas kerana sudah membuat keputusan atas permintaan Zain Hadif tadi. Terus langkah kaki dilakukan untuk pulang ke rumah. Saja dia tak bawa kereta sebab taman dengan rumahnya dekat sangat.
Naaila membuka sandal miliknya dan diletakkan pada tempat letak kasut di rumahnya.
Kus semangat Naaila apabila buka sahaja pintu rumahnya, dia disergah oleh adiknya, Naaili.
"Ada apa yang adik happy sangat ni? "Soal Naaila pelik. Tak pernah Naaili ceria seperti ini. Ada apa-apa ke?
Naaili tayang sengih sehingga tersusun gigi putihnya di hadapan Naaila.
"Guess what? "Teka Naaili buat kening Naaila bertaut tidak faham. Ayahnya sudah insaf ke apa?
"Cakap jelah. Mana akak tau, "ujar Naaila. Kalau dia teka banyak pun buang masa sahaja. Lebih baik dia menyerah kalah dari awal.
"Exam pertengahan tahun adik dapat straight A's. Jadi, mama buat kek coklat kesukaan kita... "Ujar Naaili separuh menjerit. Dia seronok sangat apabila Puan Halimah mahu membuat kek kegemarannya sempena hari lahirnya dan juga keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya.
Naaila yang mendengar terus terbuntang mata. Tak sangka dalam keadaan mereka yang tertekan begini pun masih lagi Naaili dapat memberi perhatiannya.
"Tahniah. Akak bangga dengan adik. Teruskan usaha untuk exam tahun depan, "Naaila menggosok kepala adiknya tidak bertudung itu. Habis serabai rambut Naaili.
Naaila sengih lalu berlari ke biliknya mahu meletak jambangan baby breath ke dalam bekas. Sayang nak buang bukan sebab dia sudah jatuh sayang kepada Zain Hadif tapi sebab dia memang sukakan bunga.
Kepalanya digeleng perlahan apabila nama Zain Hadif terlintas di dalam kepalanya.
Tengah berlari ke bilik, dapat dia dengar gema suara Naaili menjerit memanggil namanya. Marahlah tu. Naaila ketawa kecil.
"Naaila sini makan kek mama buat ni, "panggil Puan Halimah setelah Naaila keluar daripada biliknya. Naaila sudah menukar pakaiannya ke pakaian yang lebih santai ketika di rumah.
Puan Halimah memotong kek coklat yang dikukusnya ke dalam piring untuk Naaila. Naaila sudah kecur liur memandang lelehan coklat daripada kek yang dipotong Puan Halimah.
"Sedapnya, ma.. Dah lama Naaila tak makan, "kek buatan mama... Ayat itu hanya disambung di dalam hatinya. Malas nak spoil kan mood mereka sekarang ni.
"Jadi makanlah banyak-banyak kek yang mama buat ni, "Puan Halimah tersenyum melihat wajah ceria Naaila dan Naaili sekarang. Dia harus kuat untuk anak-anaknya. Biarlah dia yang jadi ibu dan ayah untuk mereka.
"Mama.. "Panggil Naaili.
"Kenapa?kek mama buat tak sedap ke? "
Naaili menggeleng. Malah, dia tersengih nakal memandang muka Naaila. Naaila berkerut kening pelik dengan renungan itu.
"Kenapa pandang akak macam tu? "
Naaili terus fokus kepada Puan Halimah dan mengeluarkan sesuatu yang buat Naaila rasa nak je dia cekik Naaili sekarang.
YOU ARE READING
Kerana Wajah
Romance'YOUR LOVE HAS MADE ME BLIND' Nur Naaila seorang gadis yang lebih banyak diam daripada bercakap. Baginya, buat apa nak banyak bercakap kalau apa yang dicakap itu hanya mengundang dosa. Dia bukan tak boleh bergaul cuma dia tak suka keadaan begitu te...