MALAM itu, Zain Hadif pulang dengan perasaan gembira kerana dapat mengganggu fikiran anak kepada pembunuh ayahnya. Kot disangkut ke lengan kirinya sambil tangannya memegang briefcase miliknya. Sebelah tangan lagi mula memulas tombol pintu utama rumahnya.
Gelap!
Itu yang dapat dia lihat saat itu. Mungkin Puan Hajar sudah tidur. Sengaja dia pulang lewat malam itu dan sengaja juga dia sibukkan dirinya di office. Biar hilang segala masalah yang dia fikir.
Rasanya Zaid Haris juga belum pulang. Maklumlah abangnya itu sudah mula kerja hasil nasihat daripada ibu tersayang mahunya Zaid Haris nak menolak. Dia kan sayang sangat dekat Puan Hajar. Bagi dia pula, dia tak nak terlampau sayang kerana orang yang dia sayang akhirnya akan jauh meninggalkan dirinya. Dia tidak sanggup akan semua itu.
Rasanya sakit sangat. Bagai hatinya dirobek dan dikisar berkali-kali. Hampir beberapa saat dia berhenti di hadapan pintu utama tangannya kembali memulas tombol untuk menutup pintu.
Dengan langkah sederhana, kakinya naik melangkah setiap anak tangga rumah banglo dua tingkatnya. Lalu sahaja di hadapan bilik Puan Hajar, dia lihat pintu bilik Puan Hajar sedikit terbuka.
Kepalanya dijengulkan sedikit ke dalam bilik Puan Hajar. Dapat dia lihat wajah lelah Puan Hajar yang tertidur pulas di atas katil dengan memakai telekung. Perlahan-lahan kakinya menapak ke dalam bilik Puan Hajar.
"Maafkan Zain, ibu. Zain terpaksa buat semua ni.. "Ucap Zain Hadif separuh berbisik. Dia duduk melutut di birai katil Puan Hajar.
Perlahan-lahan dia melabuhkan ciumannya ke dahi Puan Hajar. Hanya ketika Puan Hajar tidur, dia berani buat semua tu. Dia takut, dia lemah untuk tunjukkan kasih sayangnya buat orang yang dia sayang. Jujur hati dia sakit setiap kali menghindarkan dirinya daripada ibunya sendiri.
Tanpa menunggu Puan Hajar sedar, Zain Hadif segera bangun untuk beredar dari bilik itu. Sebelum keluar, dia sempat melihat gambar keluarga dia yang lengkap. Ketika itu, dia dan Haris masih bayi.
Dalam gambar itu terang menunjukkan dia dikendong oleh Puan Hajar dan Zaid Haris dikendong oleh Encik Hashim. Jelas senyuman Puan Hajar dan juga Encik Hashim dalam gambar itu. Tak sanggup lagi melihat, segera dia keluar dari situ dan menutup rapat pintu bilik ibunya.
Pusing sahaja ke belakang, terkejut dia melihat Zaid Haris berdiri tegak di belakangnya. Tangan kanannya naik melurut dada sendiri. Buatnya dia ada sakit jantung,bukankah dia dah rebah sekarang ni?
"Kau buat apa dalam bilik ibu? "Soal Zaid Haris pelik. Selama ni, belum lagi dia tengok Zain Hadif masuk bilik ibu mereka.
Zain Hadif menggeleng.
"Mana ada aku masuk. Aku tutup pintu je lah. Dah, tak payah nak mengarut. Aku masuk bilik dulu. "Getus Zain Hadif sebelum segera beredar dari situ.
Zaid Haris tercengang sambil kepalanya memandang kiri dan kanan. Pelik dengan sikap Zain Hadif pada malam itu. Rasanya dia sampai je di tingkat dua ni, dia nampak jelas bahawa Zain Hadif baru keluar dari bilik ibunya.
Dengan fikiran pelik itu, Zaid Haris pula memulas tombol pintu bilik ibu mereka. Dijengulkan sedikit kepalanya ke dalam. Nyata, Puan Hajar sedang tidur dengan telekungnya yang masih membaluti tubuh ibunya.
Zaid Haris tersenyum nipis melihat keadaan itu. Wajah tenang tapi tersirat beribu duka sepanjang membesarkan dia dan Zain Hadif. Zaid Haris kembali menutup pintu bilik ibunya rapat.
Segera dia berlalu ke dalam biliknya sendiri apabila badannya sudah melekit seharian bekerja. Begini rasanya penat mencari rezeki. Selama ini dia hanya menjaga Puan Hajar walaupun Puan Hajar tidak perlu pun dijaga sesiapa kerana dia masih saja kuat. Tapi, dia saja yang malas dan alasannya tidak bersedia setiap kali ditanya.
YOU ARE READING
Kerana Wajah
Romance'YOUR LOVE HAS MADE ME BLIND' Nur Naaila seorang gadis yang lebih banyak diam daripada bercakap. Baginya, buat apa nak banyak bercakap kalau apa yang dicakap itu hanya mengundang dosa. Dia bukan tak boleh bergaul cuma dia tak suka keadaan begitu te...