Bab 18

245 21 6
                                    


Dulang yang berisi jag air oren Sunquick dan tiga gelas diletakkan ke atas meja di ruang tamu ini.

Puan Hajar menghela nafas seiring dengan pergerakannya yang sedang melabuhkan duduk tika ini di mana ; berhadapan dengan Naaila, bersebelahan dengan Zain.

Kedua anak matanya tepat memandang ke arah Naaila yang diam menunduk pandang riba sahaja dari tadi.Semerta bibirnya mengukir senyum tanpa dipinta.

"Apa nama dia tadi?" soal Puan Hajar, kepalanya ditoleh pandang Zain, memaksudkan yang soalan itu dituju pada Zain.Tetapi,Naaila juga serentak itu mengangkat kepala dari tunduk dengan wajah yang cengang.Matanya bulat memandang ke arah Zain.Zain juga memandangnya sekilas sebelum pandangan itu beralih kepada Puan Hajar.

"Naaila,ibu." jawabnya.Ringkas.Kekok.

Puan Hajar senyum.Tangannya mula memegang pemegang pada jag air untuk menuang air tetapi awal-awal lagi Naaila halang dulu secara sopan.Tangan tua itu disentuhnya lembut disertai dengan senyuman manis.

"Takpe,makcik.Biar Naaila tuangkan air." katanya.Semerta kepalanya memproses sesuatu.

Patut ke aku buat macam ni?Kurang ajar tak? desis hatinya.Pelbagai rasa datang menyerang hatinya pada satu masa sekarang ni.

Zain awal-awal lagi sudah terkedu dengan perbuatan drastik Naaila tu.Nafasnya seperti terhenti seketika.Matanya bulat memandang Naaila.Liur ditelan payah.

Bibir Puan Hajar tak lekang dari senyuman.Malah,makin mekar senyuman tu.Tangan ditarik perlahan dari jag itu,membenarkan Naaila mengambil alih kerjanya menuang air ke dalam gelas.Pandangannya kini beralih pada Zain di sebelahnya.Isyarat mata dan kening seperti mengarah Zain untuk mulakan kata-kata.

Zain gugup sekejap.

"Erk...ibu." tangan Zain terus naik menggaru belakang leher.Aduh...kekok gila Zain dengan situasi sekarang ni.

Puan Hajar hanya menunggu bicara Zain seterusnya.Dia cuba untuk beri ruangan pada anaknya yang seorang ini.

Zain telan liur kejap.Mata dibawa memandang Naaila,kemudian memandang wajah Puan Hajar yang tenang sahaja sedari tadi.

"Zain...nak minta izin dengan ibu.Zain nak kahwin dengan Naaila."

Zup!

Berdesup darah Puan Hajar mendengarkan sebaris ayat itu.Hatinya mula diselubungi rasa risau,rasa takut.Semerta itu matanya memandang tepat ke arah Naaila.Dikelip matanya sekali dua.Nafas mula rasa tidak tersusun.

Rasa risau di hati Puan Hajar sekarang ini,bukanlah rasa risau yang biasa dirasai ibu bapa orang lain seperti soal kewangan dan kemampuan anak lelaki mereka untuk menjaga kebajikan anak dara orang, tapi dalam kes Zain...

Puan Hajar lebih risau ke arah lain.

Ke arah yang itu.

Rancangan yang dia dah bina dengan Haris.Dan dia yakin yang rancangan itu memang bertujuan untuk gadis di hadapannya sekarang ini.Wajah Puan Hajar menjadi sayu.

Allah...budak ini tak bersalah.

Puan Hajar mula kasihankan Naaila.Wajah polos itu,dipandangnya sayu.

"Zain yakin?Nak kahwin?Tak muda sangat ke?" soalnya, mula mahu mengalihkan perhatian Zain supaya berfikir lebih panjang.

Zain berkerut dahi.

"Maksud ibu?Zain tak mampu nak jaga anak orang ke?" soal Zain,nadanya berbunyi keras.Mata tajam memandang Puan Hajar.Naaila tergamam seketika.Tak pernah lagi dia lihat sisi Zain yang ini.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now