BAB 2

403 24 3
                                    

ENJIN kereta dimatikan.Beg yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu dicapai lantas dia keluar dari keretanya.Kereta kemudiannya dikunci.

Laju Naaila melangkah menuju ke kelasnya tanpa menghiraukan orang sekeliling.Wajahnya serius sahaja.Kalau orang lain,semestinya akan mengambil peluang untuk melihat orang lain dan saling bertukar senyuman.Tapi tidak untuk gadis bernama Naaila ya.

Apabila tiba saja di kelasnya,terus dia Masuk dan laju dia mendapatkan tempat bersebelahan dengan kawan baiknya,Zehra.Zehra yang sedang bermain dengan telefon pintarnya terus jadi diam dan kaku sambil melihat ligat kawannya yang seorang ni.Matanya bulat memerhati Naaila yang hanya menayangkan wajah tak berperasaan.

"Woi!Okay tak ni?Masam je dah kenapa?" soalnya.Mata masih ligat memerhati Naaila.Naaila buat muka kering saja sambil mengeluarkan buku nota dan alat tulis ke atas meja.Naaila hembus nafas berat.Dipusing wajah memandang Zehra.

"Rasanya hari-hari kau tanya soalan tu je.Ni tak sampai setahun lagi tau kita kat sini.Kau nak tunggu sampai the next three years ke baru kau nak tukar soalan lain?Haih..." balasnya.Zehra lepas tawa halus dan  wajahnya beriak seperti tidak sangka.Ya,memangla boleh dikatakan setiap kali ada kelas,setiap kali itu jugalah soalan sama terpacul keluar.Tapi Naaila tak pernah bagi jawapan spesifik dengan soalan.Sebab tulah dia selalu tanya soalan yang sama saja pada Naaila.

"Asal pagi je badmood.Cubalah senyum sikit.Cepat,senyum.Ke nak aku ajar?" soal Zehra sambil menayangkan senyuman Manis plus girang sampai menampakkan giginya pada Naaila.Naaila hanya balas dengan jelingan.Tapi,masih juga dengan wajah masamnya.

Zehra tak putus asa.Terus dia rapatkan wajah girangnya dengan Naaila.Niatnya,kalau tak dapat paksa Naaila senyum pun,tapi setakat bagi funny face dekat Naaila pun kira jadilah.Asalkan harapan dia untuk lihat senyuman Naaila berjaya.

"Ngeeee..." Zehra makin menunjukkan gigi dan Naaila makin naik muak.Haih...nasib baik lah Zehra ni kawan dia.Kalau tak,nak je dia tepuk dahi perempuan ni.

Naaila merapatkan wajahnya dengan Zehra pula sebelum membisik perlahan.

"Sia-sia jelah kau buat.Sudah.Jangan kacau aku yang tengah rajin nak buat notes ni." kata Naaila selamba dan penuh perasaan riak.Zehra mencebik.

"Eleh...yalah tu.Acah-acah buat notes konon."

Naaila terus pandang tajam wajah Zehra.Diangkat notanya,disua depan-depan wajah Zehra.

"Nah nah nah.Tengok ni.Amboih suka sangat fitnah orang ni dah kenapa?" marah Naaila.Zehra tayang muka 'kering' saja.Takde rasa bersalah langsung.

"Tu pun nak marah.Yelah...sorry.Aku niat nak having joke dengan kau je pun." balas Zehra dengan nada yang semakin perlahan.Dan-dan lah rasa bersalah menyelubungi Naaila.Dilepas nafas perlahan sebelum berkata.

"Zehra,aku..."

"Assalamualaikum semua."

Belum sempat Naaila menyambung kata,suasana kelas terus jadi sunyi apabila menerima kehadiran lecturer mereka ke dalam kelas.Naaila buat tak endah.Tetap dipusing memandang Zehra sambil cepat berkata, "Sorry tau.Tak sengaja." Sorry yang dimaksudkan untuk perbuatannya tadi kepada Zehra.Zehra hanya senyum.Naaila tahu,Zehra bukanlah jenis yang cepat terasa hati.Dengan keadaan kehidupan Naaila yang sekarang ni, semuanya dalam pengetahuan Zehra kerana Zehra sajalah kawan yang paling dipercayainya.Jadi,dengan wajah masam ke,badmood ke,semuanya Zehra faham.Naaila feel so glad to have her.

Tapi tetap juga apabila setiap kali disoal "Masam je dah kenapa?" tu,setiap kali itu juga Naaila tetap taknak khabarkan.Ya,memanglah Zehra tahu perihal keluarganya,tapi takkanlah  perkara yang terjadi perlu Zehra tahu,kan?Kekadang,tak semua benda kita perlu luahkan secara lisan kepada orang lain.Biar je benda tu jadi rahsia antara dia dan keluarga.Itu lebih baik.Biarlah Zehra hanya sebagai sahabat yang setia mendengar tangisan dia sahaja.

Kerana WajahWhere stories live. Discover now