Pen di tangan dimainkan di antara jemari.Mata tajam merenung ke lantai bilik,bagai hendak tembus ke dasarnya.Padahal,tiada apa pun yang sedang dia marahkan atau menyimpan dendam,tetapi fikirannya yang sedang memproses memikirkan tentang sesuatu sehingga membuatkan wajahnya kelihatan seperti mahu membunuh orang.
Tok!Tok!Tok!
Badan terus memberi reaksi seperti terkejut,diikuti dengan reaksi wajahnya yang tercengang.Namun,dia tetap duduk di tempat yang sama.Tidak perlu pun untuk dia bangun dari duduk apabila si gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk sendiri dan mendekatinya serta melabuhkan duduk di sebelahnya di atas katil ini.
Nafas dihela.Pandangan kembali dibuang ke hadapan.
"Kau kenapa?" soal Zaid Harris.
Zain hanya diam.Seketika.Kemudian,dipusing wajah untuk memandang abang kembarnya ini.
"Aku tengah fikir." balasnya,pendek.Hati rasa begitu malas hendak menjawab soalan yang diajukan Zaid Harris itu.Kerana,fikiran dan strategi yang sedang disusun di dalam otaknya lebih menarik sepenuh perhatiannya untuk ditumpukan,tak perlu pun untuk diulas panjang kepada Zaid.
Zaid juga melepaskan nafas berat.Bagai dapat membaca fikiran Zain,segera dia menjawab.
"Kalau kau tengah fikirkan pasal dia, share je dengan aku.Kita 'kerja' sekali tau.Bukan asing asing."
Segera Zain memalingkan wajah,mata tajam memandang ke dalam anak mata Zaid.Kemudian,dipandang ke hadapan semula.Eh,pelik benar sikap Zain harini.
"Aku tengah fikir part aku.Aku tak tahu macam mana nak 'tarik' dia dekat dengan aku." kata Zain.
Zaid hanya menayang senyuman sinis.Dipandang Zain Hadif dengan ekor mata.
"Harini dia datang 7E.Tanpa diundang.Fuhh untung." kata Zaid dengan selambanya.Dengan kerutan di dahi,Zain pandangnya semula.Difikirnya idea bernas apa yang hendak dikatakan Zaid,tapi satu kejutan sebegini?Naaila datang 7E?
"Then?"
Zaid menongkatkan kedua tangannya ke belakang,bagi menahan badannya yang duduk santai sekarang ni.Dicebik bibir.Bagai mahu memperlekehkan Naaila.
"Bonus.Itu nasib baik je aku pakai mask. Kalau tak?Kau boleh bayang macam mana 'gilanya' keadaan?Tak ke dia boleh meroyan bila nampak muka kau aku sama?" kata Zaid,yang kata-katanya berjaya mencetuskan tawa kecil pada Zain Hadif.
"Aku lunch dengan dia.Harini jugak.Hah,aku boleh nampak cuaknya dia duduk dengan aku. Like... lepas ni senangla kan nak buat apa-apa je dekat dia?Huh!" Zain Hadif ketawa sinis.
"Boleh pun kau fikir!Ingatkan dah tak boleh!Kalau betul memang dia takut dengan kau,lepas-lepas ni pun kau kena buat macam tu jugak.Sampai dia 'lekat' dengan kau.Dan..sebab tu aku cakap, share dengan aku je kalau kau tengah fikirkan pasal dia.Tak semena-mena,harini saja kita dah buat dia tak keruan tanpa sengaja. Even dia tak kenal aku,tapi yeah.At least aku jumpa dia depan-depan.
"Of course!"
"Tapi..aku ada satu idea untuk kau." kata Zaid Harris, dengan senyum sumbingnya.
Zain hanya diam perhati Zaid.Menunggu kepada bicara seterusnya.
"Apadia?"
♥️
"Naaila, I need you after my class. " kata Zain Hadif,dengan nada serius,kepada Naaila ketika kelasnya hampir tamat.Naaila hanya bulat mata,terkejut memandang ke arah lecturernya itu.
YOU ARE READING
Kerana Wajah
Romance'YOUR LOVE HAS MADE ME BLIND' Nur Naaila seorang gadis yang lebih banyak diam daripada bercakap. Baginya, buat apa nak banyak bercakap kalau apa yang dicakap itu hanya mengundang dosa. Dia bukan tak boleh bergaul cuma dia tak suka keadaan begitu te...