Bab 14

195 23 11
                                    


Zehra menyiku lengan Naaila di sebelah.Wajahnya ditayang hairan dan menjengkelkan.

"Kau dah kenapa ni?Sengih sorang daripada tadi." soal Zehra.

Naaila sedar dari khayalan.Diangkat wajah dan toleh pandang Zehra dengan wajah yang tegang.Terkebil-kebil matanya memandang Zehra.

"Takde apalah."

"Bohong lah kau.Takpelah...aku ni siapalah,kan?Ada kawan pun...sekarang ni dah tak sudi dah nak share apa-apa dengan aku.Berlagak dah dia sekarang." kata Zehra dengan nada penuh sarkastik.Mata dijulingkan ke atas.

Naaila sengih.Dicubit lembut perlahan dagu si Zehra,mahu memujuk.Senyuman sengaja dilebarkan, biarpun Zehra tak pandang dia sekarang ni.

"Janganla merajuk.Alololo buruklah..."

"Hesy jangan sentuh akulah!Dah buang tebiat ke apa?" ditepis kasar tangan Naaila yang semakin lama semakin lembut 'menjemput' dagunya.Heii seram!Tak pernah-pernah perempuan ni jadi gila macam ni.

"Hmm...cenni cerita dia." kata Naaila kemudian ditariknya bahu Zehra supaya pusing badan menghadapnya.Zehra jeling.

"Ish dengarlah.Tadi tanya macam nak tahu sangat.Ni orang nak cerita taknak dengar pula.Tampar kang baru tahu.Mengada."

"Huh ceritalah cepat.Kang pensyarah datang japgi terpaksalah aku tunggu lagi setahun baru boleh dengar cerita kau tu." perli Zehra sambil bibir dicebikkan.Naaila sengih.Tak ubah macam orang tak betul.

"Semalam...Zain bawak aku makan malam.Dekat subak."

Tangan kanan Zehra naik menutup mulut perlahan-lahan.Mata dibulatkan tanda tidak percaya.

"Se...serius?Seriuslah weh!?"

"Haah.Kenapa aku nak tipu?" soal Naaila pula.Tangannya mula mengambil beberapa buah buku dan dibuka.Dibuka saja-saja,tapi matanya agak menjeling memandang Zehra di sebelah yang masih dengan begitu dengan tekupan tangan di mulutnya.Mata Zehra tu...sikit lagi je nak terkeluar rasanya,terbeliak semacam je.

"Haih..dah dah la tu terkejutnya." kata Naaila lagi,matanya mula dibuat seperti annoying.

Terhinjut bahu Naaila apabila secara tiba-tiba belakang tapak tangannya ditampar kuat oleh Zehra.

"Lagi,lagi!?Takkan bawak pergi makan je?Takde acara confess apa-apa ke?"

"Hah?"

"Yelah,takkan bawak makan semata.Kutla ada dia bagitau kau... something?"

Mata memandang ke atas.Terkebil-kebil matanya sambil otak memproses untuk mengingat kembali memori semalam.

"Erm...ada."

Makin bulat dan ligat mata si Zehra tu.

"Ya?!Eh cerita la kat aku,ceritalah.... please... "

"Okay okay.Cuba kau bawa bertenang jap.Camna aku nak cerita kalau kau merengek macam ni?"

"Okay okay.Aku behave dah." Naaila sembunyi tawa dalam hati.Lawak pula bila Zehra mendengar cakapnya.Zehra membetulkan duduk,ditarik baju yang terasa seperti teralih sikit tadi.Ditayang wajah tidak sabar pada Naaila.Maunya tak rasa nak ketawa si Naaila tu.

"Dia ada cakap pasal kawin."

" Oh...my...god!! Weh kau nak kawin dah?!Secepat tu?Gila weh,gila. "

Tangan Naaila naik menampar dahi.Mata dipejam kejap.Aduilah Zehra.

"Bukanlah."

"Habistu?"

Kerana WajahWhere stories live. Discover now