3#CKS

1.1K 66 0
                                    

"You?"

Yurisha turun ke bawah mencari zifran. Rumah simple tapi nice

Jadi inilah rumah persembunyian yang zifran pernah ceritakan dulu

Baru beberapa langkah kelibat zifran kelihatan terbaring elok di sofa panjang itu. Berjejas yurisha ke arah zifran

Tidur. Tanpa sedar yurisha duduk berlutut dilantai sebelah sofa yang dibaringi zifran

Wajah itu dipandang penuh perasaan sedih. Wajah inilah yang pernah membahagiakannya dulu dan tak sangka diakhiri dengan kekecewaan

Jari jemari ingin menyentuh wajah itu seperti dulu... Namun dia sedar siapa dia sekarang

Tanpa melengahkan masa yurisha bangun tapi...

Tangannya ditarik membuat dia terjatuh di atas badan zifran. Bulat mata yurisha namun zifran masih menutup mata. Sedar ke tak mamat ni

"Erk....

Automatik suara hilang

Yurisha cuba meloloskan diri.. Namun pelukkan dibelakangnya semakin erat

"Zifran.. Wakeup." Kata yurisha perlahan masih tidak putus asa untuk meloloskan dirinya. Mahu atiq datang nanti habis hidup tamat tempoh

Lama kelamaan yurisha sudah tiada tenaga hendak meloloskan dirinya dek terlalu erat.

Yurisha mendongak ke arah zifran

Lalu kepala direbahkan dibidang dada zifran mata dipejam sama seperti zifran

"I suka.. Tapi pinggang i sakit sangat." Terbuka luas mata yurisha dan terus bangun dari pelukkan zifran

Terkebil kebil yurisha. Muka zifran jelas kesakitan.

Zifran cuba untuk bangun. Namun terbantut dek pinggang sangat sakit

Manakala yurisha hanya memerhati

Zifran merenung yurisha tajam

"Asal you tercegat lagi tu. Cepat tolong i bangun." Arah zifran pinggang ditekan takan. Ah sakit!

Yurisha membantu zifran duduk.

"You terluka?" Tanya yurisha bendul

Zifran mengangguk lemah

"Tapi sikit aje."

Yurisha menyelak t-shirt zifran ke atas. Hampir gugur jantung yurisha.

Bergetar getar jari jemarinya menyentuh bahagian biru itu.

Zifran mengadu sakit

"Sakit ke? Sorry." Zifran hanya merenung yurisha

Apa aku nak buat ni. Aku bukannya tahu apa apa

"Jom pergi hospital. Bahaya ni nanti darah tu membeku." Ajak yurisha jarak mereka sangat dekat hanya 2meter saja

Zifran mengeleng laju sakit dipinggang ditahan

"Kejap lagi ok lah tu."

"No! You tau tak darah beku ni boleh buat mati nanti. You nak mati awal ke macam mana." Marah yurisha dalam satu sama dia risau sebenarnya

"Taknak! I taknak pergi hospital. Please." Rayu zifran dalam kesakitan

"Habis you nak macam ni je? You nak i tengok you macam ni sampai bila? Hah? Jangan degil boleh x!." Degil yurisha lalu mendail nombor seseorang

Belum sempat yurisha bercakap. Zifran bertindak pantas. Menarik yurisha

Terbuntang mata yurisha. Bibir dicium rakus oleh zifran

Automatik telefon ditangan terlepas.



❤❤❤❤❤❤❤

Hello? Cik muda?

Budi pandang screen itu berkali kali. Masih berlangsung tapi tak ada suara yang menyahut

Serta merta budi mematikan panggilan. Nak beritahu tuan muda tapi tak boleh sebab tuan muda masih di dalam bilik rahsia menyoal siasat salah satu gangster kelmarin mereka dapat tangkap

"Cakap! Sebelum aku bunuh kau!"

Atiq seperti harimau yang kelaparan. Lelaki bertubuh tagap itu sudah layu dibelasah atiq

Lelaki itu hanya mengeleng

Atiq seperti sudah hilang sabar

"Aku tanya sekali lagi. Siapa hantar kau untuk bunuh aku!" Pistol sudah tersedia terhala tepat dikepala lelaki itu

Mujur ada zifran waktu itu membantunya menangkap salah satu penjahat ini. Yang lain sudah melarikan diri tak sempat tembak terus blah. Namun lelaki ini lah yang menumbuk zifran pakai besi entah apalah keadaan zifran sekarang.

Cakap!

Lelaki itu mendongak lemah sudah tidak bermaya

Tawa sinis terhias sengaja ingin mencabar kesabaran atiq

"Aku dihantar bukan untuk bunuh kau!. Tapi..

Tersekat sekat lelaki itu berkata dek mulutnya terlalu sakit di tumbuk atiq

"Tapi?." Ulang atiq

"Aku dihantar untuk bunuh.. Adik kau. Yurisha Qis." Tak menunggu sesaat tembakkan dilepaskan

Pang! Pang!

Lelaki itu tersungkur mati

Berderau darah atiq mendengar nama adiknya disebut. Rambut diraup kasar

"Tak guna kau! Sia**." Maki hamun atiq airmata jantan mengalir

Dulu.. Seperti ini juga dia diugut dan ibubapanya maut dibunuh waktu itu yurisha masih belajar. Dan sekarang giliran yurisha jadi mangsa?



❤❤❤❤❤❤❤

Selang beberapa saat zifran melepaskan ciuman dan merenung yurisha lemah sebelum terbaring diatas bahu yurisha

Zifran!

Telefon dilantai itu di ambil lalu mendail nombor budi semula

"Budi! Tolong i. I perlu bantuan you. I bagi alamat tempat i sekarang. And bawa doktor sekali." Setelah mengarahkan budi panggilan dimatikan

Kedua bahu zifran ditepuk perlahan

"Zifran... Please bangun jangan takutkan i."

Yurisha sudah menanggis

"I.. I

Gembira yurisha zifran masih menyedarkan diri

"Apa you cakap?"

Nafas terasa tidak cukup.

"I..

"Bertahan ok zifran. Kejap lagi dorang datang. Please." Pinta yurisha sudah tidak senang duduk

"I tak mampu bertahan lagi.." Kata zifran tersekat sekat

"Tak.. Please jangan cakap macam tu. You kena bertahan you tak boleh macam ni. You kena kuat zifran." Tersedu sedu yurisha menanggis

Tubuh zifran didakap erat erat

"I tahu.. You kuat."

Zifran tersenyum nipis.

"Macam mana you tahu i kuat." Nada itu seperti bergurau tapi tidak pada yurisha

Tanpa yurisha sedar bajunya sudah ada darah hasil muntahan zifran. Zifran menahan dan terus menahan agar yurisha tidak menyedari

"Sebab i kenal you.. I tahu zifran haris seorang yang kuat."

Perlahan lahan pandangan zifran kabur sebelum tidak sedarkan diri

(To Be Continue)

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now