Gambar aku?!
Gambar itu diteliti. Ni gambar masa kolej dia sedang makan di kantin bersama zifran tapi masa itu zifran ke toilet.
Apa motif mereka mencari aku?
Pakcik itu memandang yurisha terkejut bersilih ganti pandangannya pada yurisha dan gambar di tangan yurisha saat itu. Manakala yurisha tidak menyedari pakcik itu sedang memerhatikan dia
'Sama'Desis pakcik itu dalam lingkugan 50an.
Gambar ditarik kasar ditangan yurisha. Terserentak yurisha.
"Perempuan dalam gambar sama dengan kau." Kata pakcik itu curiga
Yurisha tergamam, topi ditundukkan lagi berkira kira ingin pergi..
Lengannya ditarik lalu topi itu dibuka hingga menampakkan wajahnya. Terbuntang yurisha
Muka pakcik itu seperti kemenangan lotteri besar.
Mampus aku!
"Lepaslah pakcik! Pakcik ni siapa sesuka hati pegang pegang saya! Lepas sebelum saya jerit." Gertak yurisha suaranya semakin lantang. Padahal dalam hati sudah ketakutan
Pakcik itu kelihatan tertawa kecil
"Jeritlah. Kisah apa aku. Janji aku bakal dapat 10k. Haha. Aku kena call diorang dulu rasanya diorang tak jauh lagi tu." Yurisha masih meronta ronta tapi kudrat orang tua itu sangat kuat.
"Pakcik tak boleh macam ni. Lepaskan saya!." Yurisha Separuh menjerit. Melihat sekitarnya langsung tiada orang! Jauh sekali ada kereta lalu lalang. Kemana pula budi ni
"Diamlah!"
Pakcik itu masih menekan nekan sesuatu ditelefon. Manakala dia pula berfikir cara nak melepaskan diri dari pakcik tua ini
Timbul satu idea!
Dengan bacaan bismillah..
Terjerit kuat pakcik itu tatkala yurisha mengigit tangan yang merengkam kuat lengannya. Sorrylah terpaksa melepaskan diri
Terus yurisha melarikan diri tak tahu kemana yang penting selamatkan diri dulu
Masih kedengaran pakcik itu menjerit jerit namun yurisha tidak menghiraukan
'Ya allah selamatkan aku.'
❤❤❤❤❤❤❤
Tercungap cungap dia berlari tanpa hala tuju. Kelihatan ada sebuah perhentian bas tanpa berlengah masa dia berlari ke situ walaupun sudah tidak bermaya bayangkan hampir sejam berlari.
Dia menuju diperhentian bas itu. Pelik satu kereta pun tiada hanya ada lebuh raya dan hutan saja. Entah tempat apa lah ini. Yurisha melabuhkan punggung dibangku besi panjang itu.
Haus! Sekarang yurisha sangat kekurangan tenaga dek berlarian seperti dikejar hantu.
"Aku dekat mana ni." Peluh peluh diwajah hanya dibiarkan
Tempat apa macam ni. Sunyi sangat! Macam tempat a quiet place pula eee seram.
Telefon! Poket jeans diraba raba.
Eh
"Allah! Telefon aku mesti jatuh masa terlanggar pakcik tadi tu. Ish!." Marah yurisha sendiri
Harap haraplah tiada penjahat dekat sini mahu nayah hidupnya kalau ditangkap ditempat sunyi ini
Jujur yurisha rasa nak pitam sekarang. Rasa nafas ni nak terputus asa. Allah apa aku cakap ni
Budi? Mana pergi budi takkan budi tidak mencari aku.
Airmata bergenang.
"Apa malanglah nasib aku ni. Kenapa diorang cari aku." Seloroh yurisha hairan. Dalam ramai ramai manusia kenapa mesti dia? Apa motif nak cari aku sampai sanggup bagi 10k semata mata nak dapatkan aku. Musuh abang atiq ke?
Banyak benda sekarang bermain difikiran dia.
Yurisha memeluk diri sendiri. Awan kelihatan mendung macam nak hujan pun ada. Wait what!
Hujan?! No habislah aku kalau hujan pantang yurisha kena air hujan comfirm demam teruk. Janganlah hujan
"Apa aku nak buat ni."
Yurisha menoleh sebelah. Mata dikecilkan. Ada papan tergantung yang bernama
Taman Damai?
❤❤❤❤❤❤❤
"Mana yurisha?"
Setelah sedarkan diri orang pertama zifran cari ialah yurisha qis
Budi hanya menunduk sambil mengeluh berat
Beberapa minit saat budi dan yurisha keluar ke supermarket masa itu jugalah zifran sedarkan diri walaupun tercatat dalam sehari dua lagi tapi tak sangka zifran sedar secepat itu.
Melihat budi begitu. Zifran rasakan sesuatu
"Kau bodyguard yang jaga risha kan selama aku sakit ni." Kata zifran masih dalam keadaan tenang. Zifran memang tidak sedarkan diri tapi telinga masih mampu mendengar semua cerita yurisha
Budi mengangguk
"Dah tu aku tanya mana yurisha? Kau dengan dia kan?" Zifran seperti hilang sabar
Berat saja suara hendak keluar
"Cik muda.. Hilang." Waktu itu ada sesuatu terjadi pada budi sehingga tidak dapat menjejak yurisha
Dup! Jantung serta merta berdegup kencang
"Yurisha hilang?!"
Budi takut takut mengangguk
Zifran tak boleh duduk diam! Senang senang dia terbaring sedangkan yurisha hilang. Zifran bingkas bangun almari dibuka T-shirt hitam disarungkan dan topi berwarna hitam tiada corak apa apa disarung dikepala
"Eh. Abang zifran nak pergi mana?." Tanya budi kebinggungan. Abang? Well zifran lebih tua tak salahkan panggil abang
Walaupun panggilan Abang' itu kendengaran pelik. Namun zifran tiada masa untuk bertanya or bergurau
"Aku kena cari yurisha sebelum mereka." Kata zifran serius dalam nada perlahan
"Saya ikut!"
"Tak payah! Kau tunggu dekat sini." Arah zifran tegas
Mahu tidak mahu budi harus menurut
"Jangan biarkan atiq tahu perkara ni." Pesan zifran. Kalau atiq tahu pasti rancangannya akan gagal
Budi sekali lagi mengangguk
❤❤❤❤❤❤❤
Hari sudah semakin suram. Hanya burung burung berkicauan dan rintih rintih hujan sedang jatuh ke bumi
"Zifran..." Seru yurisha lemah
Yurisha ketakutan dek hari akan semakin gelap. Macam mana dia nak tidur dekat tempat macam ni. Mesti banyak nyamuk dengan hantu sekali! Ahh please help me
Badannya mengigil kesejukkan. Mungkin wajahnya sudah pucat sebab yurisha sensitif sikit dengan angin+hujan.
Perlihatan dia juga sudah semakin kabur. Lama kelamaan semakin sesak nafas pula. Allahu aku nak mati dah ke
Badan tidak bermaya terbaring dibangku itu. Sungguh badannya lemah hanya tuhan saja tahu betapa lemahnya dia saat ini
Mata yang sudah tertutup itu terbuka perlahan lahan seraya ada cahaya terang menghala padanya
Tapi yurisha tak cam siapa. Tapi yurisha dapat rasakan ada seseorang mengangkatnya
"T..olong jangan.. Ap..a apakan sa.ya." Kata yurisha separuh sedar.
Lelaki itu memasukkan yurisha ke dalam kereta dengan penuh hati hati
"Aku datang bukan untuk sakitkan kau tapi aku datang untuk selamatkan kau."
Tapi sayang masa itu juga yurisha pengsan
Tanpa melengahkan masa lelaki itu segera memecut laju kereta.
(To Be Continue)
YOU ARE READING
Cinta Kita Selalu✔
Romansa"You love me for real. And i.. I love you for nothing!"-Zifran haris "Kahwin dengan you adalah anugerah terindah dalam hidup i"-Yurisha Qis Apakah kesudahan mereka? Nantikan mereka di Cinta Kita Selalu. Jangan lupa vote and komen! Muah!:) Highest R...