Final Episode#CKS

1.7K 47 2
                                    

Pang!

Ahh!

Qis menjerit kuat apabila farouk melepaskan tembakkan. Namun bukan terhala padanya.

Mendengar tawa farouk, perlahan lahan qis membuka kedua matanya. Ya allah lelaki ini memang gila!

Farouk bingkas berdiri dan bermain dengan pistolnya. Sengaja hendak menakutkan qis. Mata qis amat bengkak dek menanggis.

"Jangan risaulah. Selagi zifran dan atiq tak datang selagi tu kau selamat." Kata farouk lalu duduk di kerusi berdepan dengan qis tapi qis duduk di lantai.

"Apa kau nak farouk! Tak cukup lagi ke kau dah rampas semua hak kami." Berani qis tapi masih bertutur lembut. Kalau nak cakap kasar memang habislah jawabnya.

Farouk senyum sinis

"Aku masih tak puas hati dengan zifran! Jadi untuk puaskan aku hati aku ni. Aku nak bunuh mereka berdua. Dan aku yakin lepas kau kehilangan orang yang kau sayang kau akan rasa apa yang aku rasa." Ujar farouk sayu berpaling arah lain. Airmata bergenang diusap kasar. Kalau bukan sebab keluarga yurisha, keluarganya tentu saat ini bahagia. Dan dia tidak akan jadi psiko sebegini. Tapi dendam!

Qis mengeluh lemah.

"Aku faham perasaan kau."

"Kau tak faham!" Tengking farouk seperti orang gila

Terhinjut bahu qis mendengar jeritan farouk. Aku kena buat sesuatu.

"Aku pernah kehilangan sama macam kau. Kekosongan yang kau rasa aku pun rasa. Tapi aku tetap redha dengan semua ketentuan allah, selagi kita tak redha selagi itulah diri kita dipenuhi dendam. Walaupun kau dah bunuh papa dan mama aku, aku tak berdendam sebab aku tahu semua ini dah tertulis. Kalau aku boleh cari jalan allah kenapa tidak kau?" Soal qis panjang penuh dengan kelembutan.

Farouk mula terpukau dengan bicara qis. Farouk meraup kasar wajahnya.

Berdebar debar jantung qis. Haraplah farouk percaya semua kata katanya kalau tidak entah apa lagi farouk akan buat selepas ini.

Qis senyum apabila farouk mula meletakkan pistol ditangannya itu. Tapi...

Farouk!

Qis menghela nafas berat

Laju farouk berdiri dan menghalakan pistol ke arah tersebut. Kini jiwa dendamnya makin semula!

Aku dah gagal! Apa aku nak buat ni.

Zifran juga sama menghalakan pistol arah farouk. Qis dipandang sekilas. Biy akan selamatkan sayang. Bisik hati zifran.

"Wow! Finally datang juga kau sia**!" Bidas farouk menyakitkan hati

Mujurlah konco konco farouk tidak sedar kedatangannya tadi, kalau tidak pasti lebih sukar untuk masuk ke dalam gudang ini. Farouk melilau lilau. Kemana konco konconya? Macam mana zifran boleh masuk.

"Kau nak apa datang sini?" Tanya farouk walhal sudah tahu niat zifran datang kemari

"Lepaskan yurisha. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni, jangan babitkan orang lain dalam hal kita farouk!" Zifran menahan amarahnya. Ikutkan hati mahu saja ditembak farouk dan membawa yurisha keluar dari tempat ini

Farouk membuat muka menyampah! Kerusi didudukinya diambil dan di campak arah qis mujurlah tidak kena. Terbeliak biji mata zifran.

Zifran ingin ke arah qis namun dihalang farouk.

"Kau dekat. Dia mati." Kata farouk sinis

Qis menanggis teresak esak. Zifran mengengam penumbuk.

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now