13#CKS

752 46 0
                                    

Sebaik saja sampai di Hospital Seri Murni. Tempat atiq dan budi dirawat. Dia melawat ke bilik atiq dahulu.

Kelihatan seorang jururawat dan doktor sedang memasukkan ubat.

"Cik dah sampai." Sapa doktor Akmal yang setia merawat atiq selama beberapa bulan ni. Hensem baik pula tu

Qis senyum manis.

"Abang saya macam mana? Ada apa apa pekembangan yang baik?" Soal qis risau. Hampir 4 bulan atiq koma dia risau akan terjadi apa apa pada atiq jika berterusan begini.

Akmal menyuruh jururawat itu keluar. Biar dia sendiri beritahu qis. Zaman sekarang ni tak boleh percaya sangat orangnya. Lagipun ini adalah sebuah arahan seseorang

"Cik jangan risau. Semuanya akan baik." Kata akmal tergantung

Hairan

"Maksud doktor?"

Akmal menarik nafas panjang dan melirik arah atiq sekilas dan beralih pada qis.

"Abang cik akan sedar secepat mungkin." Qis ternganga. Alhamdulilah

Tapi jauh disudut hati qis. Risau akan kemungkinan besar qis akan kehilangan zifran. Ya allah apa aku fikir macam tu. Qis mengeleng sendiri membuat akmal naik pelik. Gila minah ni

Cik!

Qis segera mendongak sambil buat muka blur

"Huh?"

"Cik tak apa apa?"

"I'm fine. Ohya macam mana dengan budi pula?." Semoga saja budi senasib atiq

Akmal berfikir nak beritahu atau tidak.

"Kenapa doktor?." Tanya qis

Akmal senyum nipis

"Kami masih pantau lagi. Tapi insyallah budi juga akan pulih. Jangan risau." Kata akmal menyenangkan hati qis.

Qis hanya mengangguk lemah. Qis duduk sebelah kerusi disediakan sebelah atiq

Tangan atiq digengam erat. Akmal turut menemani qis disitu

"Abang.. Risha datang ni. Jangan risau ya abang tak lama lagi kita akan bersama semula. Kita akan happy lagi macam dulu dulu. Bangun ya abang. Risha rindu sangat dekat abang." Luah perasaan qis saat ini. Seksa jiwa seorang adik melihat abang menderita sebegini. Ya allah aku tak kuat

Airmata gugur jatuh kepipi. Ya allah engkau berikanlah aku kesabaran dengan semua ini. Kuatkanlah hati ini menerima semua ini. Doa qis dalam hati

Bip!

Bunyi mesej menyentakkan akmal. Lalu akmal menjauh sedikit dari situ. Telefon dibuka. Peti mesej dibuka

(ZifranHaris)
Dia ok?

Zifran haris adalah teman karib kepada akmal ridhuan sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan bantuan akmal jugalah zifran dapat jejak keberadaan yurisha.

(AkmalRidhuan)
Alhamdulilah dia ok. Tapi dia nanggis je.

(ZifranHaris)
Wei! Itu kau cakap ok. Kau bagilah tisu untuk lap airmata bakal bini aku tu. Aku dekat kl ni tak sempat nak g sana.

Akmal mencebik. Lahanat betul kawan dia sorang ni.

(AkmalRidhuan)
Ok

Sebaik saja butang send ditekan. Telefon dimasukkan semula ke poket bajunya. Lalu akmal melilau disekeliling. Nak tengok ada tisu kalau tak ikut arahan pula mahu dia kena kerat dengan zifran

Tisu berada diatas meja itu. Segera akmal ambil. Lalu menuju arah qis yang sedang meratap derita itu.

Selamba saja satu pek tisu itu diberikan pada qis. Qis terkebil kebil tapi mengambil juga tisu itu

"Thankyou." Ucap qis serak basah suaranya dek menanggis.

"Welcome." Balas akmal. Terbit rasa kasihan pada qis. Mesti risau nak pilih antara sayang terhadap abang atau cinta terhadap kekasih.



❤❤❤❤❤❤❤

Hari ini zifran menemani qis berjalan jalan ditaman Indah Flower. Cantik tempatnya. Ada yang picnic dan ada juga membuat aktiviti seperti menaiki basikal.

Memandangkan hari ini adalah hari minggu jadi ramai pengunjung datang. Kebanyakkan budak budaklah.

Mereka berdua berjalan sambil berpimpin tangan. Pasangan bahagia sangat walaupun banyak terpendam dihati

"You." Panggil qis lembut

Zifran pandang qis sekilas

"Ya." Jawab zifran pula lagi lembut dari qis. Cair weh!

"Kita ni macam mana?" Kata qis tiba tiba

Langkah berhenti berjalan tatkala zifran berhenti.

Lalu zifran menghadap arah qis

"Maksud sayang?." Soal zifran masih tidak faham kata qis itu

"Hubungan kita ni. Kita tak tahu bila abang akan sedar. I memang happy abang atiq pulih. Tapi i juga tak sanggup kehilangan you." Jujur qis tanpa berselindung lagi

Sekarang zifran sudah faham.

kedua bahu qis pegang lembut.

"Keputusan masih ada pada you. You jangan risau. Apa saja keputusan you ambil i akan terima dengan hati terbuka." Kata zifran seolah olah pasrah dengan segala kemungkinan

Qis rasa nak menangis pun ada. Tak tahu nak cakap apa.

"You.. I

"Sudahlah. Kalau you masih belum ready nak buat keputusan. Takpe i akan faham." Kalau qis nak ambil 10tahun sekalipun zifran akan setia menunggu asalkan hubungan mereka tidak putus ditengah jalan.

"No! I akan buat keputusan sekarang." Tegas qis serius

Zifran melepaskan kedua tangannya dibahu qis.

"So?"

Walaupun tenang diluar tapi dalam hati tuhan saja tahu betapa berdebarnya zifran. Redha ifran! Takde jodoh redha ada jodoh kahwin! Tapi harap haraplah ada jodoh. Huahh! Tak sanggup hilang yurisha lagi cukuplah dia buat kesilapan menyeksa jiwanya dulu janganlah pula dia yang ditinggalkan. Mahu gila dia nanti sebab yurisha tinggalkn dia. Astagafilrullahalazim apa aku merepek  ni

Zifran masih menanti keputusan qis

"I setuju."

"Hah? Setuju apa?" Cuak zifran. Janganlah pula qis cakap setuju nak putus. No!

"I akan berkahwin dengan you." Kata qis tenang

Yang maha esa saja tahu perasaan lelaki bernama zifran haris. Mimpikah dia? Haraplah tidak



(To Be Continue)

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now