Yurisha!
Terduduk tegak zifran dari tidurnya. Kisah silam itu kembali menghantuinya.
Berpeluh peluh wajah zifran. Zifran melihat sekeliling. Dan sebelahnya kosong. Bukan tadi yurisha ada dekat sini ke? Jangan kata yurisha meninggalkannya lagi.
Tak mungkin! Lalu zifran lekas lekas keluar dari bilik menuju ke bawah mencari isterinya. Manalah tau yurisha masih kecil hati dengannya.
Sesampai diruang tamu. Zifran terdengar bunyi kuali di ruangan dapur. Zifran intai dan bersandar di dingding. Lega hatinya melihat isterinya sedang memasak itu.
"Sayang." Seru zifran lemah. Maklumlah baru bangun.
Qis yang sibuk mengacau lauk di kuali itu menoleh arah zifran. Qis senyum manis. Api dikecilkan. Dan menghampiri zifran.
"Biy dah bangun. Duduklah dulu kejap lagi nak masak tu boleh kita makan sama sama." Kata qis lembut. Zifran mengangguk.
"Sayang masak dulu. Kalau biy bosan biy tengoklah tv." Qis memberi cadangan.
"Hm." Itu saja zifran kata. Qis berpaling ingin menyambung memasak.
Tiba tiba terasa badannya dipeluk dari belakang. Berdegup kencang jantung qis.
Zifran mengeratkan lagi pelukkan itu.
"Biy minta maaf sayang." Pinta zifran sayu.
Qis hanya diam.
"Biy minta maaf atas kesilapan biy yang biy pernah lakukan selama ni. Dulu biy pernah berjanji dengan diri biy sendiri kalau satu hari nanti biy jatuh cinta dengan sayang, biy akan tinggalkan sayang. Tapi biy masih degil dan menafikan perasaan biy sebab bila biy sedar biy dah jatuh cinta dengan sayang itu akan buat jarak kita semakin jauh. Sebab tu biy ambil masa untuk tinggalkan sayang. Maafkan biy." Ujar zifran panjang.
Qis menanggis kecil. Sampai macam tu sekali pengorbanan zifran. Biy sayang dah tahu semuanya.
"Sayang?"
Zifran meleraikan pelukkan. Qis berpaling menghadap zifran. Mata merah qis menikam ke dalam lubuk hati zifran.
Jari kelingking zifran mengusap airmata bersisa dipipi qis.
"Biy minta maaf untuk segalanya."
Qis mengangguk.
Tersentak zifran buat seketika. Begitu mudah qis memaafkannya. Tapi syukurlah qis memaafkan segala kesilapannya. Zifran faham kalau atiq tak dapat maafkannya sekurang kurangnya qis sudah maafkan itupun dah cukup.
"Lepas ni. Biy tak perlu fikirkan apa apa lagi. Kita buka buku baru. Sayang nak Cinta Kita Selalu kekal dalam hati kita berdua." Kata qis tenang dan mendalam.
"Cinta kita akan ada selalu dalam hati biy." Balas zifran lalu mencium dahi qis lama.
Qis hanya memejamkan mata menikmati keindahan moment bersama zifran.
Kedua pipi qis dipegang lembut.
Sekilas bibir qis dikucup.
"Esok biy akan jumpa atiq." Kata zifran yakin. Tak sanggup lagi nak hidup macam mana ni, jumpa yurisha pun sekali dalam seminggu itupun kejap aje. Dia akan ubah hidup mereka. Tak guna bersembunyi seperti ini.
"Are you sure?" Soal qis ingin kepastian.
Zifran angguk kepala.
Kali ini qis pula kucup bibir zifran beberapa saat.
"Sayang akan tunggu."
"Biy cintakan sayang sangat!" Ucap zifran bersemut.
Qis tayang muka bahagia.
"Sayang pun cintakan biy sangat!" Balas qis sambil memeluk zifran.
❤❤❤❤❤❤❤
"Kau rasa atiq akan terima zifran?"
Darwina gengam tangan qis. Cuba menenangkan teman baiknya itu.
"Everthing gonna be alright. Aku dan akmal dah plan semuanya." Kata darwina diusap bahu qis.
Qis sejak kelmarin lagi tak sedap hati. Tak tahu kenapa.
"Bytheway izham dah balik tau. Mungkin dia akan kerja semula dengan atiq." Beritahu darwina. Dia tau pun sebab atiq beritahu. Katanya izham boleh dipercayai berbanding zifran.
Qis endahkan saja berita itu. Apa yang penting sekarang ni adalah suaminya.
Telefon masih belum ada panggilan or mesej masuk. Maknanya zifran belum sampai. Qis dan darwina sedia menunggu zifran diluar. Manakala akmal pula bersama sama zifran.
Hari sudah semakin malam. 7:00 tepat. Namun kedatangan yang ditunggu masih belum tiba.
Vios putih semakin kelihatan di perkarangan rumah qis. Qis melafazkan seribu rasa lega begitu juga darwina.
Mujurlah atiq belum tiba dirumah. Jadi senang sikit nak bawa zifran masuk.
Namun senyuman qis mati apabila hanya akmal saja keluar dari kereta. Qis dan darwina saling berpandangan.
"Akmal. Zifran mana?" Tanya qis laju. Melilau lilau sekitar kereta vios milik zifran.
"Aku ingat zifran datang dulu. Memang kitaorang sama sama tadi tapi tiba tiba dia nak ke somewhere pula katanya ada hal penting. Sekali aku adalah call dia. Tapi lepas tu dia dah tak angkat." Jelas akmal lebar.
Darwina mula berfikir begitu juga qis.
"Darwina kau rasa zifran ok ke? Aku risaulah. Macam mana kalau farouk buru zifran? Aku tak sedap hati ni."
"Entah qis. Atiq pun belum datang lagi. Akmal boleh awak jejak lokasi zifran sekarang." Kata darwina risau.
Akmal mengangguk.
Qis dan darwina setia menunggu.
Akmal getap bibir sambil angguk kepala sendiri.
"Last location... Taman Damai. Kat mana tu?"
Qis terkesima. Tu kan tempat di mana dia bersembunyi dari diculik. Zifran buat apa dekat situ? Mesti ada benda tak kena ni.
"I tahu tempat tu."
❤❤❤❤❤❤❤
Sudah setengah jam zifran menunggu panggilan misteri itu.
Entah kenapa panggilan misteri itu tahu taman damai ini? Dia kenal aku ke?
Teringat pada qis. Pasti isterinya sedang menunggunya. Tapi dia terpaksa demi qis dan dirinya.
Zifran sempat menitip pesanan ringkas pada qis sebelum telefon itu diletakkan dipoket. Belum sempat zifran mendongak seperti ada sesuatu menusuk lengannya sehingga dia tidak sedarkan diri. Namun dia sempat menarik sesuatu.
"Buang dia dekat sungai. Aku taknak ada sesiapa tahu tentang kematian dia." Arah seseorang sungguh kejam. Ubat itu sama sekali tidak mengancam hidup zifran tapi ia akan membunuh secara perlahan lahan!
"Goodbye." Ucapnya jahat.
(To Be Continue)
YOU ARE READING
Cinta Kita Selalu✔
Romance"You love me for real. And i.. I love you for nothing!"-Zifran haris "Kahwin dengan you adalah anugerah terindah dalam hidup i"-Yurisha Qis Apakah kesudahan mereka? Nantikan mereka di Cinta Kita Selalu. Jangan lupa vote and komen! Muah!:) Highest R...