Hari ini akmal menemani qis dan qalisya berjalan jalan di Pantai Ceria. Memandangkan hari ini adalah hari jadi qis jadi tak salah nak bawa jalan jalan bukan berdua dengan darwina sekali.
Qalisya ketawa tak habis habis bila bersama akmal. Akmal begitu baik melayan qalisya. Qis lega masih ada manusia sebaik akmal didunia ini.
Qis menyiapkan makanan di dalam tupperware itu, ada macam macam makanan. Semua ni darwina punya kerjalah masak banyak banyak padahal bertiga saja harapkan si budak kecil tu tahu makan epal saja.
"Akmal! Darwina meh sini kita makan. Qalisya tu dah haus tu." Mereka berdua berlari arah qis.
"Akmal! Hati hatilah. Qalisya tu masih budak kan." Marah qis. Akmal sengih
Darwina senyum mengejek.
"Sukalah awak qis marah saya kan. Hm." Rajuk akmal qalisya masih dalam dukungannya. Qis mengeleng
"Ish! Fitnah itu sama saja seperti membunuh tau!" Perkataan itu keluar tanpa sengaja dari mulut darwina. Darwina sedar perubahan wajah qis.
Akmal menyiku lengan darwina. Darwina menunduk takut.
"Jemputlah makan. Sejuk tak sedap dah." Ajak qis terpaksa mengukirkan senyuman manis. Dia tak mahu menghancurkan hari bahagia dengan kekecewaaan.
Akmal dan darwina hanya menurut.
"Aku nak ke toilet dulu." Tiba tiba saja perutnya sakit.
"Nak saya temankan?" Tanya akmal.
"Awak temankan qis dan qalisya." Lalu darwina bangun mencari tandas berdekatan.
Tinggallah akmal dan qis dan qalisya.
"Qis. I sebenarnya nak lamar darwina jadi isteri i. But i dont know how? Ada cadangan tak?" Tanya akmal mengejut.
Qis tersedak makan epal.
"Seriuslah?" Kata qis tak percaya.
Tentang hubungan darwina dan atiq sudah lama berakhir. Atiq sendiri tak sanggup menerima darwina kerana darwina terlalu baik untuknya. Apa salahnya akmal pula mencuba nasib. Manalah tahu darwina pun simpan perasaan pada akmal.
Akmal mengangguk laju.
"I tak tahu.. I tak pandai bak macam ni. Yang i tahu lamar dengan seikhlas hati insyallah semuanya akan berjalan dengn lancar." Kata qis senyum nipis.
"Boleh tak i nak peratice?"
"Huh?" Qis blur
Sebuah kotak cincin dikeluarkan. Cincin simple but nice.
"I yakin. Darwina akan terima cinta you." Akmal tayang muka bahagia tak terhingga.
"Macam mana you nak peratice?" Soal qis. Qalisya diambil dari dukungan akmal. Qalisya menjilat jilat epal hijau itu.
Akmal menarik nafas turun naik. Walaupun dihadapannya bukan darwina. Tapi dia akan bayangkan supaya tak gagap nanti.
Suara dibetulkan.
"Darwina Firdaus. Sudi tak awak menjadi isteri saya?"
Qis menahan gelak.
"Betul betullah qis!"
"Sorry." Pinta qis meletus ketawanya. Qalisya pun ikut ketawa.
"Oh. Lisya pun dah jadi geng mama yea nak kenakan uncle." Pipi qalisya dicubit manja.
"Sudi kah awak menjadi isteri saya?" Cubaan kedua. Qis serius walaupun dalam hati dan terbahak bahak ketawa. Takpe demi kawan.
Belum pun sempat qis menjawab Yes. Akmal rebah sendiri.
Tergamam qis.
"Once you be mine always be mine!"
❤❤❤❤❤❤❤
Sampai saat ini detik ini waktu ini. Qis masih tak percaya! Sungguh tak percaya!
Qalisya masih tidur lena dibahu qis. Manakala darwina dan qis menunggu diluar bilik.
Pintu dikuak dari dalam. Debaran dihati qis semakin kencang.
Zifran keluar bersama doctor zack. Zifran tak sengaja menembak akmal mengunakan ubat tidur. Ingatkan akmal nak rampas qis tu sebablah dia tembak nasib baik ubat tidur kalau peluru? Mahu mati anak orang. Persoalan sekarang siapa anak bersama qis? Takkan qis dah berkahwin lain?
Jangan ingat selama ini zifran dah mati! Tidak mujur ada orang kampung jumpa sebelum zifran mati. Zifran sangat bersyukur dengan orang orang menolongnya. Manakala orang mencuba membunuhnya. Bersiap sedialah untuk menempuh kematian!
"Alhamdulilah. Dr akmal tak apa apa cuma dr akmal akan sedar beberapa jam. Jadi jangan risau." Kata Dr zack seraya berlalu dari situ ditemani zifran.
Darwina juga kaget kehadiran zifran. Qis sejak tadi diam.
"Qis aku masuk dulu. Nak tengok keadaan akmal." Qis mengangguk saja.
Qalisya terjaga dari lenanya. Dan mula menangis. Dah biasa tiap kali terjaga mesti nanggis.
"Shh.. Lisya nak susu." Qalisya semakin rancak menanggis. Aduh macam mana ni.
"Anak mama kenapa ni. Janganlah nangis lisya nak susu mama buatkan ok stop nangis." Selalunya kalau qis sudah cakap begitu pasti qalisya mengerti. Namun hampa!
Qalisya semakin mengila. Mahu sakit kepala nak pujuk anak daranya ini.
"Anak mama yang comel cantik ni takmolah nanggis. Nanti tak cantik dah. Mama buat susu dulu ok." Qis ingin melangkah tapi tangisan qalisya mula kedengaran. Berlari qis menuju arah qalisya. Tak sempat nak buat susu lagi.
Terkejut qis tatkala zifran selamba saja mendukung qalisya. Tangisan qalisya mula reda. Tahu pula budak ni berhenti.
Terkaku qis seketika.
"Pergilah buat susu sementara baby ni tak nanggis." Arah zifran tanpa memandang qis. Tanpa disuruh 2kali qis berlari membuat susu buat anak kesayangannya.
Zifran meneliti betul wajah qalisya.
"Who are you?" Soal zifran seperti orang bodoh. Sahlah budak tu tak tahu sepatah haram. Qalisya gelak riang. Entah apa disukanya.
Qalisya selamba menampar nampar wajah zifran dengan tangan kecilnya.
Tanpa sedar zifran tersenyum
(To Be Continue)
YOU ARE READING
Cinta Kita Selalu✔
Romance"You love me for real. And i.. I love you for nothing!"-Zifran haris "Kahwin dengan you adalah anugerah terindah dalam hidup i"-Yurisha Qis Apakah kesudahan mereka? Nantikan mereka di Cinta Kita Selalu. Jangan lupa vote and komen! Muah!:) Highest R...