8#CKS

899 50 0
                                    

Yurisha Qis!

Baru saja yurisha ingin lari. Namun zifran dah tangkap terlebih dahulu. Siap panggil nama penuh lagi

Dengan perasaan malu. Yurisha menuju arah zifran yang sedang duduk dimeja makan bersama gitar.

Tanpa disuruh yurisha selamba duduk dikerusi sebelah zifran

"Kenapa tak tidur lagi ni?."Tanya zifran lalu meneguk air suam. Betulkan tekak selepas nyanyi. Zifran fikir bayang bayang hantu rupanya yurisha. Alahai tak pasal pasal kantoi dengar suara sedap ni! Isi bakul angkat sendiri zifran ni

"Tak ngantuk." Jawab yurisha sedikit manja. Zifran membuat bentuk 'o'

Selang beberapa minit kedua duanya senyap.

Yurisha berpaling ke sebelah. Ternyata zifran masih memandangnya

"I'm sorry." Pinta yurisha laju

"For what?." Setahu zifran perkataan 'sorry' hanya layak dibibirnya bukan yurisha

"Sebab i tertinggi suara dengan you tadi. I tak sengaja." Kata yurisha menyesal

Zifran menunduk. Kenapa yurisha begitu baik padanya setelah apa yang dia buat pada yurisha? Tak cukupkah semua itu buat yurisha benci padanya?. Bersalah dihati makin menebal. Tapi kalau yurisha tahu hal sebenar benarnya adakah yurisha akan layannya baik seperti ini? Atau sebaliknya.

Zifran mengeluh

"I tak layak dapat maaf you." Ujar zifran perlahan

Selamba saja yurisha mendekatkan wajah cuping telinganya. Sungguh dia tak dengar apa yang zifran cakap

"I tak dengarlah. Cuba cakap lagi sekali." Zifran mendongak

Membuat jarak mereka sangat dekat.

Hanya tuhan saja mereka berdua tahu betapa kencangnya debaran ini

"I ada cakap apa apa ke." Bibir yurisha jadi tatapan mata nakalnya

Diteguk airliur berkali kali. Weh! Hati tolong bawa bersabar

Yurisha balas dengan gelengan. Eh tapi dia macam dengar something tadi

"You tak takut ke kantoi dengan atiq berduaan dengan i ni hm?" Soal zifran menakutkan yurisha. Tahu sangat kelemahan yurisha sejak bercinta lagi sebut saja nama atiq memang lari tikuslah

Mendengar saja nama abangnya. Yurisha bingkas bangun lalu melilau sekeliling

"Abang atiq dah tidurlah."

Zifran hanya merenung wajah comel yurisha itu. Jangan kata aku jatuh cinta semula?!

"Oh so kalau macam tu..

Kata kata digantungkan. Tangan yurisha ditarik duduk semula dikerusi tadi.

"Eh apa you buat ni." Marah yurisha. Marah manja aje

"I nak borak boraklah. Dah you kata atiq dah tidur. So kita ada chancelah." Usik zifran nakal

"Chance?"

Lalu zifran mendekatkan bibir dicuping telinga yurisha membisik sesuatu. Bederau darah yurisha

Setelah itu zifran mengusap ubun ubun yurisha lembut

"Dah. Pergi tidur. Goodnight." Pesan zifran lalu meninggalkan yurisha yang masih termangu itu

Aku tak salah dengar ke?

'chance. Like. Kiss.' Itulah yang dibisikkan zifran. Malu malu!




❤❤❤❤❤❤❤

1Minggu Kemudian..

Tamatlah tempoh dia berada di rumah zifran haris. Sedih

Selama 1 minggu macam macam dia lalui. Hampir diculik dan jatuh cinta berkali kali pada zifran. Hm lepas ni tak dapat jumpa zifran dah. Sebelum ni zifran memang bodyguardnya tapi atiq berubah fikiran pula memandangkan zifran lebih berpegalaman dari budi. Jadi budi dijadikan bodyguard yurisha. Zifran jadi bodyguard atiq

Petang itu yurisha termenung sendiri dibalkoni biliknya. Rindu gila dekat zifran

Lagu 'Sampai Tutup Usia' Dimainkan. Sejak mendengar zifran menyanyi lagu. Yurisha mula meminati lagu lagu. Nampak sangat dia yang terhegeh hegeh pada zifran

"Apalah zifran buat tu. Dia rindu aku juga ke?." Tanya yurisha sendiri sambil memandang keindahan langit burung berkicauan itu

Teh yang dihidang oleh budi sejam lepas diteguk. Sejuk sangat dah teh ni

Iphone8 yang baru dibeli oleh atiq semalam. Diambil dimeja itu. Aplikasi whatapps dibuka

(Yurisha)
Assalamualaikum sahabat

Selang beberapa minit greytick jadi bluetick

(Darwina)
Walaikumsalam. Yurisha! Weh rindunya aku dekat kau. Amboi sahabat terus ye

Terhibur yurisha dengan mesej teman karibnya itu yang berada di canada sambung belajar. Dia? Hm demi keselamatan yurisha terpaksa tidak menyambung perlajaranya.

(Yurisha)
Kau apa khabar dekat sana? Aku pun rindu kau tahap dewa ni.

Typing...

(Darwina)
Alhamdulilah baik. So apa cer sekarang ni. Genap setahun hari ni kau single. Kau belum temui penganti ke?

Ditenung sejenak mesej dikirim darwina. Ha'ah lah. 1/18/2020. Hm tak rasa waktu tu berlalu. Cari penganti? Big no!

(Yurisha)
Amboi laju betul otak kau kira tahun aku single. Haha. Belum ready ah weh.

(Darwina)
Takpe slow slow ah. Aku selalu doakan yang terbaik untuk kawan baik aku ni

(Yurisha)
Thank wei. Aku doakan juga cita cita kau nak jadi isteri abang aku. Termakbul amin

Last seen today 5:50

Yurisha tergelak. Sebut atiq saja mesti nak larikan diri. Tak ubah perangai macam dulu juga darwina ni. Dulu tiap kali atiq menjemputnya dari kolej mesti darwina ingin menumpang sekali. Atiq adalah crush darwina sejak sekolah rendah lagi. Tak tahulah apa darwina nampak pada atiq. Atiq garang tegas macam harimau. Boleh pula jatuh cinta. Aih

Telefon berdering panggilan. Namun tiada nama tentera disitu. Nombor tidak diketahui

Dengan takut takut yurisha menekan butang hijau

"Hello?"

"Yurisha kan?"

"Ya. Ni siapa?"

"Zifran."

Terbunga bunga hati yurisha. Asal dia call ni. Dia rindu aku ke

"Yurisha. I nak you ke hospital sekarang!"

Kendengaran suara zifran seperti kekurangan nafas. Terbit rasa risau

"Hah? Kenapa you sakit ke?"

Senyap

"Zifran! Jawablah i tanya ni."

"Atiq.. Atiq masuk hospital."

Terbuntang yurisha menyebabkan iphone8 terlepas ditangan

(To Be Continue)

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now