11#CKS

826 49 0
                                    

3 Bulan Kemudian...

Garden Suria Tempat mereka memulakan hidup baru. Mencari tenangan dari semua masalah yang dilalui selama 3 bulan itu. Selama 3 bulan mereka menjauh dari bandar. Jauh sehingga tiada siapa lagi mencari sehingga orang orang itu lelah mencari percaya agar kewujudan mereka sudah tiada dalam dunia itu. Biarlah mereka hidup tenang dan aman

Rumah hanya berkonsepkan kayu tapi hiasan begitu classic. Luaran nampak biasa tapi dalaman begitu indah. Rumah itu sajalah satu satunya harta peninggalan untuk mereka setelah segalanya sudah lesap

Pantai yang tidak jauh dari rumah itu. Dia duduk dibuaian sambil melihat keindahan matahari mulai terbenam

Saat saat seperti ini fikiran mula melayang ke arah lain walaupun keindahan matahari menyinari wajah indahnya.

Hidupkah lagi dia? Hampir setiap hari perkataan itu disebutnya.

Surat khabar berada ditangan itu diselak semula. Kebakaran Hospital Sea menyebabkan puluhan meninggal dan cedera

"Qis?"

Dia mendongak mendengar seseorang memanggil namanya

Senyuman kecil diukir indah di bibir

Darwina. Wanita inilah yang menyelamatkan qis dan atiq. Kalau bukan kerana darwina pasti qis dan atiq sudah hangus terbakar. Kenangan pahit itu tidak akan qis lupakan sampai bila bila

Darwina melabuh punggung dibuaian sebelah Qis.

"Kau masih fikir yang dia masih hidup?" Soal darwina lembut seakan tahu apa yang bermain difikiran qis.

Bunyian lautan itu menyegarkan lagi udara pantai

Qis menunduk

"Aku tak tahu. Aku cuba lupakan dia. Aku cuba fikir yang dia dah mati dalam kejadian tu. Tapi... Aku tak mampu buat semua tu. Hati aku kuat mengatakan dia masih hidup." Jawab Qis yakin

Kenapa dia yakin. Sebabnya budi. Budi masih hidup cuma sampai saat ini masih belum sedarkan diri senang kata dalam keadaan coma begitu juga dengan atiq. Kerana kecederaan mereka berdua sangat parah hampir saja mengundang maut

"Sabar ok. Insyallah kalau dia hidup dia akan usaha cari kau qis. Aku yakin." Kata kata semangat membangkitkan lagi hidup qis untuk yakin bahawa zifran haris masij hidup

"Aku akan tunggu dia." Kata Qis perlahan berharap agar dipertemukan semula dengan zifran haris. Lelaki yang dia akan cinta selamanya



❤❤❤❤❤❤❤

Dia berjalan kaki dari rumah hingga ke perhentian bas ia memakan 20saat. Melilau lilau sekeliling hanya ada beberapa orang diperhentian bas ini.

Lalu qis duduk disebelah seseorang yang tidak kelihatan mukanya sangat sebabnya. Tutup kepala dengan hoddie pakai mask. Apa pun tak nampak

Demi menyara hidup. Qis sudah sebulan berkerja disekolah tadika emas menjadi cikgu. Hari ini sepatutnya qis cuti tapi kerana cikgu aini terlebih dahulu cuti jadi qis terpaksa membatalkan niatnya itu.

Jam ditangan dipandang. 7:00

Alahai mana pula bas bas ini. Asal lambat sangat. Ada pun bas budak kolej

"Terpaksalah aku naik grab macam ni. Ish! Dah lah kena jimat bulan ni." Bebel qis geram

Aplikasi grab dibuka

Tapi sedikit terkejut qis apabila orang sebelahnya tadi mencuit bahu qis. Selamba pula dia tinggalkan qis yang termamgu disitu

"Cik! Nak masuk ke tak ni?" Kata driver bas itu. Qis sudah kelam kabut naik ke dalam bas itu

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now