28#CKS

888 39 0
                                    

Beberapa minggu kemudian...
Sayang!

Terangkat bahu qis baju ditangan pun terlepas.

Zifran mencari qis di dalam rumah tiada! Mahu gila nak mencari bini rupa rupanya ada kat luar rumah tengah menjemur kain. Hish!

Qis mengambil semula baju itu. Zifran berada dibelakang hanya diabaikan saja.

"Sayang!" Panggil zifran kuat. Ish pura pura tak dengar pula bini aku ni

Namun hampa! Qis tidak memberi respon apa apa. Buat macam zifran ni tak wujud.

Tiba tiba zifran menyerang qis dengan memeluk qis dari belakang. Terkejut beruk qis dibuatnya.

"Biy! Sayang tengah buat kerja ni kan, takmolah kacau." Kata qis menyambung kerjanya dan membiarkan zifran seperti kucing parsi memeluknya. Zifran ikut gerak geri qis tak mahu lepas! 

"Sayang ni. Time qalisya tidurlah biy ada peluang nak bermanja dengan sayang. Kalau tak mesti sayang sibuk susukan qalisya. Biy pula telan airliur je tengok." Seloroh zifran tak senonoh!

Qis berhenti lalu menghadap arah zifran tanpa melepaskan pelukkan. Makin lama dibiarkan entah apa lagilah keluar dari mulut mamat ni!

Lengan zifran dicubit manja

"Sakitlah!" Zifran usap lengannya akibat cubitan padu isterinya.

"Siapa suruh gatal sangat. Pagi untuk qalisya malam untuk biy itu pun tak cukup ke?" Tanya qis geram

Zifran selamba mengeleng.

Qis mengecilkan matanya. Mahu kena laki aku ni

"Oklah. Tapi biy nak peluk sayang aje. Rindu." Rengek zifran manja lalu memeluk tubuh qis mesra. Qis menahan senyum lalu membalas pelukkan suaminya erat. Dah tak peduli kain yang tertinggal.




❤❤❤❤❤❤❤

Dengan bantuan darwina akhirnya qis dapat alamat baru atiq. Walaupun masih menjadi tanda tanya qis dapat rasakan semua ini bukan salah atiq sepenuhnya.

Masih ragu ragu qis hendak mengetuk pintu rumah block 303. Itulah alamat yang diberikan pada qis. Semenjak qis tiada atiq nekad untuk berpindah mencari ketenangan.

Tok!Tok!

Beberapa saat saja pintu dibuka. Terpaparlah wajah atiq seperti baru bangun. Maklumlah sekarang baru pukul 6:30 pagi normal lah masih tidur awal sangat qis datang.

Tidak berkelip mata atiq melihat qis di hadapannya

"Assalamualaikum abang." Qis memberi senyuman manis.

Atiq masih tergamam.

"Risha...

Qis sayu mengenangkan perkara dimana dia membenci atiq selama bertahun tahun.

Qis segera memeluk atiq dengan erat. Tangisan qis mula kedengaran. Atiq dapat rasakan qis sudah memaafkannya.

"Maafkan risha. Maafkan risha sebab benci abang." Pinta qis sayu.

"Abang dah lama maafkan. Apa yang abang mahukan adalah risha bahagia itupun dah cukup bagi abang." Atiq meleraikan pelukkan. Bahu qis diusap usap.

"Risha datang sebab risha ada perkara nak beritahu abang." Kata qis sambil menahan perit dalam hati. Atiq mengangguk sahaja.

"Zifran masih hidup abang." Hampir gugur jantung atiq mendengarnya dalam masa yang sama atiq juga gembira.

Entah dari mana munculnya tiba tiba zifran muncul dibelakang qis. Topi dibuka. Atiq ternganga

"Aku akan beritahu perkara sebenar dekat yurisha tapi aku nak kau ada sekali." Kata zifran sedikit tegas. Atiq menghela nafas panjang.

Qis mengengam erat tangan zifran.

Atiq akhirnya mengangguk.

❤❤
Setelah farouk meninggalkan zifran ditepi sungai. Atiq dan izham datang dek atiq dapat pesanan misteri yang mengatakan yurisha diculik dan memberi alamat tersebut.

Terkejut atiq melihat tompok darah di lantai. Atiq menyentuh darah tersebut. Darah siapa ni?

Zifran dapat melihat bayang bayang orang namun zifran tiada kuasa hendak menjerit minta bantuan dek ubat itu semakin lama semakin berkesan. Zifran sempat menyebut nama atiq setelah itu zifran tidak menyedarkan diri.

Atiq melilau sekeliling, dia seperti dengar sesuatu dibelakang hutan berdekatan sungai. Namun atiq endahkan saja. Mungkin ilusinya saja.

Persoalan sekarang darah siapa? Takkan yurisha?

Izham menghampiri atiq berada di perhentian bas itu.

"Yurisha tak ada kat sini." Kata izham yakin.

Atiq mendongak

"Maksud kau?" Tanya atiq tak percaya

Dan diwaktu itu muncul lah yurisha akmal dan darwina. Dan atiq sedar. Darah ditangannya ini bukan darah yurisha.

❤❤

Kali ini zifran pula mengengam erat tangan isterinya. Zifran tahu pasti yurisha amat rasa bersalah pada atiq selama ini menyangka atiq persalah sebenar walhal persalah sebenarnya adalah farouk! Ya farouk cuba membunuhnya setelah mengetahui semuanya.

Atiq lega setelah mendengar penjelasan zifran. Kalau di undurkan masa semula atiq tidak mahu bermusuh sama sesiapa hingga membahayakan orang orang atiq sayang. Namun biarlah semua itu berlalu menjadi kenangan pahit.

Airmata qis zifran lap mengunakan jari kelingkingnya. Atiq hanya tersenyum.

"Aku nak minta maaf sebab curigakan kau sebelum ni. Dan terima kasih juga sebab bahagiakan adik aku. Jaga adik aku dan anak buah aku baik baik. Aku percayakan kau." Kata atiq nada suara sengaja dikeraskan.

Zifran mengukir senyum nipis. Qis merebahkan kepalanya dibahu zifran. Sekarang tiada lagi penghalang untuk mereka! Berharap sekali agar cinta ini milik mereka selalu.

(To Be Continue)

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now