Abang!
Jerit qis kuat tatkala melihat atiq dan izham di pehentian bas hanya berdua. Namun atiq sedang memegang pistol dengan berlumuran darah.
Atiq terkejut melihat kehadiran qis akmal dan darwina. Izham menunduk hormat.
Qis berjalan lemah arah atiq.
"Zifran mana? Suami qis mana?!" Jerit qis dalam tangisan.
Atiq tak mampu berkata lagi. Dia sendiri juga terkejut dengan kejadian sebentar tadi.
Izham ingin menjelaskan namun ditahan atiq.
"Risha tipu abang. Kahwin dengan zifran secara senyap senyap tanpa pengetahun abang. Risha langsung tak fikir perasaan abang." Kata atiq masih tenang.
Qis menanggis semahunya. Entah kenapa hatinya begitu sakit.
"Zifran mana.." Tersedu sedu qis menanggis. Darwina menghampiri qis yang tak bermaya itu.
"Zifran tak ada." Qis menahan amarah.
"Abang buat apa dekat suami risha! Buruk macam mana pun kisah silam zifran. Dia tetap suami risha! Abang tak tahu apa apa jangan nak menghukum sesuka hati!." Kata qis berani.
Atiq menghembus nafas panjang.
"Abang tak tahu." Jujur atiq
"Tipu! Abang jangan ingat risha buta. Darah dekat tangan abang tu darah zifran kan! Jawablah!"
"Ya! Abang dah bunuh zifran! Puas hati!" Gugur jantung qis mendengar berita itu. Benarkah semua itu. Izham kaget.
Darwina memeluk bahu qis erat. Manakala akmal masih setia disisi darwina.
Qis terduduk rebah dan menangis. Mengeleng berkali kali menafikan semua itu. Tak mungkin zifran mati! Tak! Semua ini tipu!
Atiq menuju arah qis.
"Risha....
"Kalau betul abang dah bunuh zifran. Jangan mimpi dapat kemaafan dari risha!" Dengan itu qis bingkas bangun dan masuk ke dalam kereta vios putih milik zifran. Benarkah zifran sudah tiada?
❤❤❤❤❤❤❤
Beberapa tahun kemudian......Assalamualaikum
Qis sedang menyapu halaman rumah itu berhenti seketika setelah mendengar ada orang memberi salam. Qis berpaling.
Seseorang yang qis tidak ingin bertemu lagi! Sedang mendukung anak perempuan iaitu qalisya berusia 3tahun. Qis menahan sebak dihati.
Atiq menuju arah qis. Atiq tahu walau dengan cara apa sekalipun qis tetap tidak memaafkannya. Nak cerita perkara sebenar tapi dah terlambat sangat walhal atiq sendiri mengaku atas bukan kesalahannya.
Qalisya kelihatan begitu suka pada atiq walaupun pertama kali bertemu.
"Risha apa khabar?" Tanya atiq sayu.
Qis senyum tawar.
"Alhamdulilah baik. Darwina ke beritahu risha tinggal sini." Kata qis acuh tak acuh.
Atiq terpaksa mengangguk
"Risha masih marahkan abang. Abang nak minta maaf pun tak guna kan?"
"Ha'ah memang tak guna abang minta maaf sekarang setelah apa abang dah buat dulu. Kata maaf abang tu takkan kembalikan suami risha." Seraya qalisya diambil dari dukungan atiq. Qalisya merengek mahu atiq yang dukungkan.
Atiq senyum nipis.
"Zifran bukan pembunuh seperti apa abang fikir selama ni. Kalau bukan sebab zifran dah lama kita dua ni mati dibunuh farouk. Abang memang tak reti nak bersyukur orang dah selamatkan nyawa tapi abang still nak bunuh orang tu." Kata qis pedas!
"Macam mana qis tahu?" Soal atiq terkejut.
"Zifran dah ceritakan semuanya malah dengan bukti sekali. Tapi walaupun bukan salah zifran atas kematian mama dengan baba, zifran tetap tak dapat tidur lena setiap kali fikir tak dapat selamatkan kita berempat. Sebab itu qis kahwin dengan zifran. Sebab qis tahu zifran ikhlas dengan qis bukan sebab nak bunuh abang. Tapi sebab zifran betul betul cintakan qis." Jelas qis lebar. Qalisya seperti tahu tahu saja situasi itu. Hanya merebah dibahu mamanya.
Atiq terdiam seribu bahasa.
"Sudahlah abang. Abang baliklah. Risha tak mahu lagi tengok abang." Qis mengabaikan saja atiq. Sayangnya dulu pada atiq seumpama minyak yang penuh tapi sekarang rasa itu seperti sudah tiada. Separuh jiwanya sudah mati dibawa pergi.
Atiq meraup wajahnya kasar.
"Maafkan abang." Mohon atiq lemah.
❤❤❤❤❤❤
'Maaf. Tunggu biy.'
Bertahun tahun mesej itu dibaca. Ini lah pesanan terakhir zifran.
Hari ini dah genap 4 tahun zifran pergi. Walaupun begitu qis masih dapat rasakan zifran berada dekat dengannya. Tak kira di mana zifran selalu ada untuknya.
Qalisya. Adalah anaknya bersama zifran. Tak sedar beberapa bulan kepergian zifran qis mengandung waktu itu. Kalau zifran ada mungkin lagi seronok dapat menjaga qalisya bersama sama. Apakan daya semua ini sudah tertulis.
Lena benar qalisya dalam dakapan qis. Bilik itu dipandang sayu. Ini adalah kondonium pernah diduduki mereka dahulu. Qis membeli semula kondo ini. Dengan adanya rumah ini dan qalisya berkurang jugalah rindu tebalnya terhadap zifran.
Pipi tembam qalisya dicium lembut. Qalisya merengek kecil.
"Sayang mama. Kalau papa masih hidup mesti lagi bestkan. Dapat tidurkan baby sama sama mandikan baby sama sama. Mama rindukan papa qalisya." Mata dipejamkan airmata mengalir laju.
Qalisya masih tidur lena.
"Biy... Sayang akan tunggu biy." Kata qis yakin akan menunggu zifran walaupun seribu tahun akan datang.
(To Be Continue)
YOU ARE READING
Cinta Kita Selalu✔
Romance"You love me for real. And i.. I love you for nothing!"-Zifran haris "Kahwin dengan you adalah anugerah terindah dalam hidup i"-Yurisha Qis Apakah kesudahan mereka? Nantikan mereka di Cinta Kita Selalu. Jangan lupa vote and komen! Muah!:) Highest R...