Hampir 2jam dia sampai ke rumah sakit yang dinamakan Hospital Sea di mana atiq dirawat. Tempat yang sangat jauh dari bandar
Berlari dia mencari kelibat nurse. Lalu dia pergi ke akaunter pertanyaan
"Nurse. Abang saya mana?" Tanya yurisha nafas sudah tercungap cungap. Perempuan yang sedang menaip sesuatu dikomputer itu segera mendongak arah yurisha
"Ada apa saya boleh bantu cik....
Seraya bernama darwina itu berdiri tegak
"Darwina?"
Darwina tayang senyum paksa. Mampuslah aku. Mesti lepas ni yurisha siasat itu ini
"Darwina kan?" Yurisha mahu kepastian takut hanya dua pelanduk.
Tidak mahu menipu lagi darwina mengangguk perlahan
"Kau... Buk--
Kata kata yurisha dipotong zifran
"You here." Serentak yurisha menoleh belakang
Zifran segak berpakaian jean hitam baju putih dikenakan dengan jaket hitam. Berpeluk tubuh dengan wajah serius
Fikiran yurisha bercelaru saat ini. Jadi selama 2 tahun darwina tipu dia hidup hidup? Jadi yang call tadi siapa? Takkan hantu pula. Apa semua ini
Zifran mengerti perasaan yurisha sekarang. Pasti keliru dengan semua ini
"Zifran. Aku rasa kau kena explain semua dekat qis. Ni semua plan kau." Beritahu darwina mulut dimuncungkan. Yurisha kembali ke realiti
"Apa sebenarnya berlaku. And kau darwina. Apa kau buat dekat sini? Sejak bila kau jadi nurse pula ni? Bukan kau dekat canada ke?" Bertubi tubi yurisha tanya
Zifran mengeluh berat.
"Dia takkan faham." yurisha sedikit terkilan. Dia yang dimaksudkan zifran semestinya aku
"Kalau i tak faham. You kena fahamkan i zifran. Apa you ingat i ni bodoh sangat tak faham bahasa malayu." Marah yurisha membuak buak
Darwina menahan gelak.
"I can't explain. Tapi apa i boleh beritahu you. Why darwina ada di sini sebab keselamatan darwina. Memang darwina tipu you kata dia kat canada sebab kalau you tahu darwina ada dekat malaysia hidup darwina dalam bahaya. Sekeliling you selalu ada bahaya risha sebab itu i dengan atiq jauhkan you dengan darwina. Tolong faham." Jelas zifran panjang
Yurisha diam
"Qis. Aku faham perasaan kau. Tapi tolong jangan salah kan diri kau tu." Pujuk darwina. Lalu keluar dari tempatnya dan menuju arah yurisha.
Apa benar apa yang dikatakan zifran. Aku ni berbahaya? Semua yang terkorban sebabkan aku?. ' Sekeliling you selalu ada bahaya risha sebab itu i dengan atiq jauhkan you dengan darwina' terngiang ngiang masih kata kata zifran ditelinganya
Darwina yang ingin memeluk itu terkejut tiba tiba saja yurisha menjauh
"Yurisha...
"Please.. Stay away from me. Aku taknak kau dalam bahaya wina. Aku sayang kau."
Sudah! Rasa bersalah beribu didalam hidup zifran. Hanya sebuah kejujuran akan menyakitkan hati seseorang dia cintai
Qis! Apa kau cakap ni.
"Lebih baik kita tak jumpa lepas ni wina. Aku lebih selesa kau jauhkan diri dari aku. " Kata yurisha sedih
Darwina tidak mengerti kenapa zifran begitu jujur memberitahu yurisha perkara sebenar. Dia dan atiq sudah sepakat untuk merahsiakan hal ini demi menjaga hati yurisha.
YOU ARE READING
Cinta Kita Selalu✔
Romance"You love me for real. And i.. I love you for nothing!"-Zifran haris "Kahwin dengan you adalah anugerah terindah dalam hidup i"-Yurisha Qis Apakah kesudahan mereka? Nantikan mereka di Cinta Kita Selalu. Jangan lupa vote and komen! Muah!:) Highest R...