16#CKS

733 42 0
                                    

Tepat jam 8:00 malam. Dia terus mendail nombor seseorang.

Tut.. Tut..

Terhenti langkah darwina yang hendak ke tandas itu. Dek telefon miliknya  berdering. Pantas darwina berlari  mendapatkan telefonnya.

Berkerut dahi melihat nama yang terpapar discreen telefonnya itu. Akmal.

Tanpa menunggu lama. Darwina tekan butang hijau.

"Assalamualaikum." Darwina memulakan bicara dengan salam.

Dihujung talian. Akmal mengetap gigi. Ah! Mengapa! Aku boleh jatuh hati dengan engkau cik darwina? Sedangkan kau milik orang lain. Desis hati akmal sayu.

Darwina hairan. Eh asal senyap aje. Padahal panggilan masih on.

"Hello? Are you there?"

Akmal menghembus nafas panjang.

"Ya. Hm walaikumsalam. Awak tengah buat apa tu?" Tanya akmal sekadar berbasa basih.

"Tak ada buat apa. Tengah duduk dalam bilik." Jawab darwina jujur. Pelik jugalah tiba tiba saja akmal call. Ada hal penting kah? Hm. Apa agaknya.

"Kenapa call saya ni? Ada apa apa awak nak beritahu saya?" Soal darwina bertalu. Selalunya akmal hanya akan call kalau ada perkara penting.

Aduh! Nak bagi alasan apa pula ni. Takkan aku nak cakap jujur pula macam ni. Cik darwina hati saya sangat merindui awak boleh tak saya nak jumpa awak untuk mengubati rasa rindu ini. Memang taklah! Mahu kena melempang free silakan. Sah sah darwina milik orang oi akmal dah berapa kali nak cakap.

Kalau akmal jujur. Memang sah kena reject awal awal. Hm terpaksalah menipu. Alahai hati kau dah gila agaknya.

"Sebenarnya. Saya nak ajak awak berbincang pasal minggu lepas tu." Kata akmal sedikit gagap. Ni lah padah tak pandai menipu. Siapa ajar ni dah pandai menipu eh akmal.

Darwina diam untuk seketika. Bincang? Eh bukan dia dan akmal dah sedia berbincang ke pasal tu. Rasanya tak ada lagi perlu dibincang. Segala galanya sudah diatur kemas. Cuma perlu diselesaikan saja.

"Tapi. Rasanya tak ada apa lagi perlu dibincangkan. Hal tu pun kita dah atur kan." Balas darwina curiga. Seperti terhidu sesuatu.

"Ada hal lagi saya belum beritahu awak. Takpelah kalau begitu. Saya tak paksa." Sayu akmal. Hm belum apa apa lagi dah kena reject.

Banyak benor alasan darwina!

"Eh!"

Akmal sedang bersandar dikereta itu. Ternaik keningnya. Eh what?

"Eh?" Ulang akmal seperti dikatakan darwina. Eh apa kebenda minah ni.

Darwina menampar perlahan mulutnya itu.

"Maksud saya. Hal apa yang awak belum beritahu saya?"

"Kalau awak nak tahu. Awak kena keluar dengan saya." Ajak akmal terus terang.

Terbeliak mata darwina.

"Keluar dengan awak?"

Amboi akmal. Gelojoh benar kau ni.

"Eh! Maksud saya. Kita kena bincang dekat luar. Tak best kalau bincang dalam fon. Nak tak?" Coverline akmal!

Darwina seakan masih berfikir.

"Baiklah."




❤❤❤❤❤❤❤

"Biy tengah buat apa tu?" Soal qis sebaik saja keluar dari tandas. Baru lepas mandi.

Cinta Kita Selalu✔Where stories live. Discover now