D. I

469 79 79
                                    

       

       

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

[ Jungseo POV ]

Ya, berakhirlah aku disini, di depan rumah banglo marga cho bersama dua beg roda warna kuning besar yang aku sorong di sepanjang perjalanan dari tadi.

Appa pergi tugasan luar negara, bertugas sebagai pegawai perisikan negara. Appa berada di luar negara, Korea Utara dalam 3 bulan.

Maka, aku diarahkan untuk tinggal di rumah keluarga cho semasa ketiadaan ayah. Seokhoon samcheon yang mahu aku tinggal bersama keluarganya, memandangkan ayah percaya sangat akan mereka.

Seokhoon samcheon adalah rakan appa sejak zaman bangku sekolah lagi. Kepercayaan dibina sejak setahun jagung, maka appa benarkan Seokhoon samcheon dan Yoomi imeo menjaga aku.

Dibantu, dua anak lelaki kembarnya.

Aku sendiri sudah tidak kenal akan wajah mereka berdua. Asal ada majlis keramaian, mereka berdua tak ikut. Kali terakhir aku berjumpa mereka, waktu kecil dulu.

Mereka berdua main permainan masak-masak denganku, sampaikan ada satu peristiwa yang aku jatuh tersadung muka tersembab di tanah. Sekali bangun, mulut dah penuh dengan tanah.

Pagar rumah aku buka, dan ianya tak berkunci. Kemudian, aku mengetuk pintu rumah tersebut. Pintu dibuka, dan seorang kelibat lelaki muncul.

" Tiada sumbangan. "

Pintu ditutup semula olehnya. Apa? dia menyangka aku gelandangan yang minta sedekah di sekitar taman perumahan Hongdae ni.

Aku terpaku disitu, dengan menarik kedua beg rodaku. Aku simpannya di tepi, dan hendak mendail nombor handphone yoomi imeo.

Kalau Seokhoon samcheon, pasti sibuk di kem tentera, yalah kan kerjanya sebagai tentera, paling tepatnya digelar Leftenan Cho.

Belum sempat aku mendail, pintu dibuka semula. Kali ini, yoomi imeo yang muncul.

" Jungseo! minta maaflah anak imeo ni, haish. " anaknya yang tadi— menutupkan pintu untukku itu dipukulnya lembut oleh imeo di bahunya.

" Seungyoun, ini lah Jungseo. Anak uncle Jaeho yang mama cakapkan semalam. "

Seungyoun. Oh iya, dia salah seorang rakanku waktu kecil, yang suka rebut mainan aku. Sampikan patung barbieku direbutnya dan bawa pulang.

" Jungseo. Mari sini masuk. " imeo yoomi mempersilakan aku masuk, baru sahaja aku hendak bawa beg roda ku.

Imeo mula bersuara kembali.
" Youn. bawakan beg roda Jungseo. "

" Tch, menyusahkan. "

" Youn, jaga mulut kamu. Jungseo tetamu di rumah kita. "

" Yalah, mama. "

Demi tuhan, aku curi pandang lelaki nama seungyoun ni dan checkmate. Dia balas balik pandanganku sampailah dia sendiri putuskan eye contact dengan menjeling tajam.

Menakutkan, macam setan.

------

Imeo bawa aku ke sebuah bilik tetamu di tingkat atas rumah, bilik itu kosong tapi bersih. Cuma ada beberapa buah buku atas katil.

" Mama, kejap " lelaki tadi, seungyoun berlari ke arah aku dan mamanya. dia kemudian masuk dahulu dalam bilik bakal aku huni itu, mengambil beberapa buah buku atas tilam.

Jangan cakap, yang bilik ini adalah biliknya—

" Seungyoun suka belajar dalam bilik ni, jangan risaulah. Lepasni dia takkan masuk sini dah. Mulai hari ni, bilik ni dah jadi bilik kamu. "

Fuh, nasib.

------

Pintu diketuk, aku baru sahaja selesai mengemas pakaian untuk diisikan dalam almari. Aku pun buka pintu tu, dan kelibat seorang lelaki muncul dan menerjah masuk.

Lelaki ini, dia bukan seungyoun. Mesti ini kembarnya, tapikan aku dah lupa namanya.

" Tumpang tandas boleh? Tandas dekat bawah papa yang pakai. "

" Bo— boleh ! "

Dia terus menerjah masuk dalam tandas. Sakit berakkah apa. Sekejap kemudian dia keluar, aku dah berdiri depan pintu yang dibiarkan terbuka sejak dia masuk tadi.

" Terima kasih, Jungseo. " dia menyelak rambutnya ke tepi.

Aku angguk laju.

" Saya Seungwoo. Ingat tak lagi? "

Aku geleng, dan opss.
Aku angguk. Pura-puralah ingat.

" Awak masih cantik macam kita kecil-kecil dulu. "

Apa? aku terkejut. Lagi-lagi lihat wajah lelaki— Seungwoo yang berada dekat sangat dengan wajah aku ni. Dia bagaikan malaikat sekarang, debaran degupan jantung terasa bila mendekati aku.

"Ekhem. "

Kami berdua dikejutkan oleh suara orang berdehem.

" Mama panggil, turun makan. "

Si setan rupanya.

[ End POV ]

➳❥ tbc

------

+ Please give feedback. Vote atau comment supaya saya dapat perbaiki apa yang kurang okay ?

+ Apa macam chapter satu ? 😆 boring yeah i know. Ceritanya noob seperti penulisnya

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now