D. V

260 62 69
                                    

------


[ Jungseo POV ]

Waktu petang, lepas balik dari sekolah. Yoomi imeo mungkin tidur dalam biliknya sebab penat baru balik dari hantar Seokhoon samcheon. Perjalanan jauh, penat imeo drive kereta.

Aku dikejutkan dengan kehadiran Seungwoo di ruang tamu bersama gitarnya, tadinya aku baru lepas ambil snack didapur. Setibanya kembali, sudah ada kelibat Seungwoo. Padahal, tadi balik sekolah dia tidak bersama kami— hanya aku dengan Seungyoun balik bersama.

" Eh— Seungwoo ? "

" Iya? " dia menoleh, tadinya fokus dengan gitar.

" Tak keluar? " tanyaku. Selalunya Seungwoo petang baru sampai.

" Malaslah. Awak? "

" Tak, " aku menggeleng, " Orang single. "

Seungwoo ketawa kecil dengar kataku, betul apa. Orang single patutnya duduk diam di rumah daripada sakit mata lihat orang berkepit macam belangkas.

" Jungseo, awak mahu dengar lagu baru saya ? "

Aku mengangguk laju, " Mahu! Awak pandai main gitar rupanya. " selama ini aku tak tahu Seungwoo pandai main gitar. Kan kami jarang berjumpa, kali terakhir waktu kecil.

" Mestilah, kita anak lelaki tahu. "

Aku menggaru kepala, kekok. Salah tingkah, tanpa aku sedar mataku tertumpu pada Seungyoun yang tiba-tiba datang dan duduk di sofa hujung. Jauh sikit dari kami berdua yang duduk bersebelahan.

❛❛ I can't let you go. I even feel uncomfortable
  when you text guys who are 'just friends',
  I can't let you go. No, I won't let you go. ❜❜

" Lagu awak baguslah ! " pujiku, lalu bertepuk tangan selepas selesai dia bernyanyi. Jujur, Seungwoo ada suara yang bagus. Dia pandai bernyanyi.

" Saya buat lagu ni sambil fikirkan awak. " Seungwoo senyum sampai ke telinga, boleh buatkan hati wanita cair. Tak hairanlah dia ramai peminat di sekolah.

Demi tuhan, aku tak jamin aku mampu bertahan lagi. Inikah perasaan melt—

Tut.

Aku dikejutkan oleh bunyi suara tv yang dimatikan oleh Seungyoun. Kemudian, remote dia baling atas sofa. Untung sofa, kalau lantai tadi dah berterabur semua bateri remote tv tu.

" Bising. "

------

Esok harinya, selepas sahaja sesi pembelajaran di sekolah. Jam 2 petang, ada Seungwoo dan Seungyoun sedang menunggu aku di pondok. Hendak jalan kaki bersama ke perhentian bas.

" Jungseo, awak pulang dengan Seungyoun ya ? Saya ada kerja nak buat dulu. "

" Tung— "

" Youn. Balik dengan Jungseo. Bagitau mama, saya pergi rumah Wooseok. " Seungwoo terus pecut kejar Wooseok dan seorang lagi rakannya.

" Cepat. "

Heuh. Ini anak tak reti sopan santun apa? Asyik-asyik bercakap kasar nasiblah aku jenis yang tak cepat terasa dan makan hati.

Sampai sahaja dalam bas, ramai orang yang dah masuk dulu membuatkan aku dan Seungyoun berdiri sambil berpaut pada kepala bangku supaya stabil.

Dia berdiri di sebelah aku sambil matanya pandang tingkap luas bas. Langsung tak hiraukan aku disebelahnya. Ish, memang itu namanya anak Tsundere.

Lama semakin lama, aku perasan yang tempat aku berdiri ini mula dikerumuni orang, lelaki. Pelajar bukan dari sekolahku. Lelaki yang nampak macam budak nakal dan tengok dari seragam ada tertulis Jeguk High School.

Perasan aku yang penumpang dah tak bertambah, tapi kenapa makin sempit.

" Boleh kenalan tak? " tegur salah seorang antara mereka, kemudian disertai dengan seringai tawa.

Aku perasan yang salah seorang lagi antara mereka berdiri dan meniup-niup tengkuk aku yang terdedah sebab rambut diikat ekor kuda dengan rapi. Aku lihat Seungyoun di sebelah, minta tolong tetapi dia masih dengan posisinya seperti tadi. Tiada perasaan langsung.

" Dia sexy wuu~ "

" Pretty girl. "

Aku dapat dengar kalimat najis yang dibisikkan oleh mereka sesama sendiri. Berbisik tapi orang lain dapat dengar. Semakin lama, aku rasa terancam, tindakan mereka pun semakin melampau.

Tolong aku—

Seungyoun ke arah belakang aku, dan diikatnya jacket hoodie pada pinggangku. Ikatan rambut juga dilepasnya. Maka, terhurailah rambut paras bahu itu. Kemudian dia menahan kedua tangannya di gerigi besi kepala bangku. Aku berada di antara kedua tangannya.

Ini posisi kami dah macam back hug.

" Tahulah skirt dah pendek masih lagi nak pakai, tahulah lelaki suka tengkuk perempuan nak juga dipamerkan. Bodoh. "

Waktu itu juga, kata-kata Jiyoon sewaktu rehat tadi menjelaskan soal keperibadian Seungyoun padaku. Salahkan diriku sendiri yang busybody dengan hal orang. Nak ambik tahu pasal Seungyoun dengan lebih lanjut.

" Seungyoun tu manusia rare dibumi ini. Kalaupun datang perempuan seksi yang melutut di depannya, dia takkan terpikat. Dia tu sebenarnya ada hati nurani. "

Pelik, Seungyoun ni sebenarnya spesis manusia yang macam mana? hng???

[ End POV ]

➳❥ tbc

------

+ korang ship seungwoo-jungseo, atau seungyoun-jungseo ?

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now