------
"Ke mana kau bawa Narae?"
Belum sempat Jungseo membuka pagar rumah, depan pagar Seungyoun berdiri dengan gayanya bercekak pinggang. Tak lupa juga, pandangan sinis lelaki itu.
Sampaikan, Jungseo sendiri boleh bayangkan yang Seungyoun naik angin sekarang. Boleh terbayang olehnya telinga Seungyoun naik berasap macam air panas mendidih dalam cerek.
"Ah- urm.. "
"Kau kenapa pulang lambat?"
Belum habis satu soalan, satu soalan lagi ditanyakan. Seungyoun terdiam sejenak, Jungseo juga langsung tidak bersuara. Dia risau akan dimarahi Seungyoun.
"Masuk dalam, dan bawa sini Narae tu." Tegah Seungyoun.
Jungseo menyerahkan tali ikat Narae kepada Seungyoun yang sudah siap membentangkan telapak tangannya. Lekas-lekas gadis itu berlari masuk ke dalam rumah, hari dah malam. Jam 7 malam.
"Kalau tadi Narae hilang, aku halau kau dari bilik aku tu."
Ucap Seungyoun dengan nada agak perlahan, tapi Jungseo yang masih berada di ambang pintu masuk rumah sedang menyimpan kasut sukannya dalam rak itu dapat menangkap kata-kata Seungyoun tadi.
Jujur sahaja, Jungseo terasa.
Dia terasa, yang dia adalah beban bagi keluarga itu.------
Selesai sahaja mandi dan makan, Jungseo duduk bersendirian di balkoni rumah. Memikirkan soal kata-kata Seungyoun padanya tadi.
Dia terasa hati, Seungyoun sudah menggores hati dan perasaannya. Memang terbuktilah kata-kata pujangga dahulu, kata-kata lebih tajam daripada mata pedang. Lagi-lagi, jika kata-kata itu keluar melalui mulut lasernya Seungyoun.
Lelaki Tsundere.
"Jungseo,"
Jungseo menoleh sebaik sahaja mendengarkan namanya dipanggil. Itu Seungwoo yang datang bersama dua cawan coklat panas. Satu cawan diberikan kepada Jungseo, dan satu lagi untuknya sendiri.
"Ada yang menganggu fikiran awak?" Tanya Seungwoo lembut.
Jungseo menggeleng lemah. "Tak ad-"
"Tipu. Dari mata awak sahaja, saya dah tahu awak fikirkan sesuatu." Katanya, "Dari meja makan lagi tadi, saya perasan." Sambung Seungwoo lagi.
Jungseo kembali menggeleng.
"Mesti Seungyoun.. kan?"
Jungseo menggeleng, tetapi dia melihat ke arah Seungwoo. Padangan mata bertemu, jelas sekali. Seungwoo mengharapkan jawapan darinya.
Tak lama kemudian, Jungseo mengangguk perlahan.
"Seungyoun memang perangai macam tu, awak jangan ambil hati sangat." Pujuk Seungwoo sambil mengelus lembut rambut Jungseo.
Dia tahu, gadis itu nak nangis. Hidungnya sudah naik merah dengan mata berair. Tak mungkinlah nak bersin kan?
"Biar saya hiburkan hati awak!" Ucap Seungwoo girang. Tangan Jungseo digenggamnya dalam kedua tangannya yang juga digenggam.
Jungseo jadi hilang urat malu, sebab yang penting baginya sekarang adalah menahan dirinya dari menangis. Sampaikan dia tidak sedar, Seungwoo mengenggam erat tangannya.
"Kita main jenga!" Laci bawah meja berdekatan tempat mereka duduki itu ditarik, kotak jenga dikeluarkan.
"Yang kalah kena kiss!"
"Ei! Seungwoo byuntae!"
"Haha, just kidding! Kalau awak kalah, awak kena jadi girlfriend saya?"
"Seungwoo... -_-# "
"Okay okay, yang kalah kena kongsi cerita. Jangan tanggung beban awak sendiri, saya tahu awak sedih sekarang... lagi-lagi appa- "
Jungseo lekas-lekas memotong pembicaraan Seungwoo. Dia tak nak bersedih lagi, lagi-lagi dengan appanya yang sudah 5 bulan tidak memberikan khabar. Surat? Telegraf? Langsung tiada dikirimkan untuknya.
"Kalau awak yang kalah pula, awak kena cerita sebab apa awak selalu tinggalkan sa- eh tak, maksud saya, apa sebab awak selalu merayap, setuju? "
Waktu itu juga, Seungwoo menelan ludah perit.
------
"Sunbae!" Dohyon turun dari bas. Menuju ke arah Jungseo dan Seungyoun yang berjalan bersama eh ralat- berjalan bersama ke sekolah tetapi, Seungyoun jalan dahulu.
Bukan namanya Cho Seungyoun kalau tidak jalan di depan perempuan terlebih dahulu. Dia benci berjalan lambat!
"Ah- Do?.. dohyon!" Jungseo ingat. Budak lelaki inilah yang membantunya malam hari itu mencari Narae. Bukan, rumah Dohyon dijadikan tempat melepak oleh Narae.
"Noona selalu datang sekolah waktu macam ni?" Tanya Dohyon.
Tak sangka, mereka berdua sudah jalan seiringan. Seungyoun? Langsung tidak peduli dan sibuk dengan dunianya berjalan di hadapan mereka.
Noona? Batin Seungyoun tertanya-tanya. Dia cuba berpaling ke belakangnya. Namun, peratus ego lebih mendominasi peratus ingin tahunya.
Walaupun sebenarnya, dia ingin tahu siapa yang memanggil Jungseo dengan panggilan noona itu?
Jam tangan ditilik, Jungseo mengangguk laju.
"Nae! Noona kalau jalan kaki selalu sampai sekolah waktu macam ni, kalau naik bas mungkin lambat sikitlah tadi." Jawabnya jujur.
Mereka berdua boleh dikatakan sudah menjadi rapat, tapi tak lebih daripada hubungan senior-junior.
"Noona boleh tolong, ajarkan konsep fizik? Untuk buat water rocket projek sebelum exam nanti. Kalau rocket kumpulan Dohyon dapat terbang, sir Jaesuk janji bagi extra marks 10 hehe."
"Okay, sure."
"Pulang sekolah nanti, terus pergi makmal fizik. Dohyon tunggu noona dengan kawan Dohyon kat situ." Terang Dohyon. Jungseo pun mengangguk.
➳❥ tbc
saya pernah dapat sir macam jaesuk tau! waktu tu water rocket grup saya(saya leader) hancur dan takda bentuk roket pun, dah lah warna warni budak lelaki kelas sebelah dok ketawakan 😂 sampaikan member gp aku 3/6 lari waktu roket tu dilaunchkan.
sekalinya, roket kami terbang paling jauh hampir cecah tembok asrama 😂 bayangkan dari padang ke asrama jauh amat ya 😂😂 beruntung jugalah, sebab sir tan (sir fizik saya waktu form 4,5) bagi 5 extra marks menyebabkan fizik saya dapat A bulat!
waktu tulah paling best dan enjoy! so, the moral is dont judge a book by its cover dan, masa study habiskan baik-baik dan buat betul-betul. jangan bercinta(seperti cerita di ff ni school romance yaw 😂) sebab masa sekolah menengah adalah masa paling best dan takkan terulang punya! kamu akan rindukannya.
sekian, perkongsian saya!
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O