D. XI

177 43 19
                                    

------

"Jungseo..."

Mata yang tadinya terpejam kini dibuka perlahan-lahan, kedengaran suara lelaki memanggil namanya. Kepala yang terasa berat sukar untuk membuatkan dia bangun.

"Awak dah sedar?" Tanya Seungwoo.

Seungwoo setia menunggu Jungseo sedar dari tadi, dalam 40 minit menunggu Jungseo. Sebaik sahaja mengetahui berita yang Jungseo terkurung dalam gudang, Seungwoo lantas berlari mendapatkan Jungseo di bilik kesihatan sekolah.

Habislah, apa nak dijawab kalau-kalau mereka ditanya di rumah nanti?

"Seung- seungwoo. Awak dah lama kat sini?" Jungseo cuba berdiri, badan disandarkan pada kepala katil.

Seungwoo mengangguk perlahan. Diberikannya satu botol air mineral dengan ubat dalam satu tablet.

"Minum dulu ubat ni, lepastu kita balik." Ujarnya.

Ubat itu diminum oleh Jungseo, kemudian bersuara semula. "Balik? Saya dah lama pengsan?"

"Dalam 40 minit begitu, awak kena balik dulu. mama ambil awak nanti." Ujar Seungwoo lagi.

"Awak tak apa kan, saya tinggal awak kat sini?" Tanya Seungwoo. "Saya bukan apa. Cuma, sekarang waktu kelas renang. Nanti Sukjin-ssaem— "

" —Tak apa, awak pergilah kelas. Saya tunggu imeo kat sini." Pintas Jungseo, dia berasa yang dia dah cukup menyusahkan semua orang hari ini.

"Hati-hati." Seungwoo berganjak berdiri. Dielusnya lembut rambut Jungseo. "Jangan sakit. Saya risau tau." Seungwoo keluar dari bilik.

Jungseo? Apa lagi, seakan tak percaya apa yang dilakukan oleh Seungwoo tadi. Dia kembali menutup muka dicelah-celah bantal. Sembunyi malu.

Cleck

Bunyi pintu dibuka dari luar, Jungseo sangkakan itu Yoomi Imeo. Tetapi, sangkaannya meleset— kelibat Seungyoun yang muncul.

Seungyoun ambil tempat duduk dibirai katil sebelah Jungseo. Lekas-lekas Jungseo duduk bersandar pada katil. Seungyoun datang dengan berwajah seram.

Jungseo jadi takut, kan Seungyoun itu setan bertopengkan manusia.

"Kau bagitau aku. Siapa buat kau begini?"  Tanya Seungyoun melulu.

Jungseo bingung dan hairan dalam masa yang sama. Siapa apa? Jungseo tidak tahu sama sekali.

"A- apa ni Seungyoun?" Tanya Jungseo.

"Pertanyaan tak sepatutnya dijawab dengan pertanyaan." Seungyoun pula berdalih.

"Aku mahu jawapan, siapa buat kau terkurung dalam gudang tu?" Bentaknya.

Jungseo agak terkedu bila dibentak oleh Seungyoun. Orang sakit malah dimarahi pula. Seungyoun ni marah tak kena tempat betullah.

"Ran kan?" Tanya Seungyoun lagi, minta kepastian. Dia kenal benar dengan Hong Ran —ketua Team Cheerleaders sekolah. Merangkap gelaran pelajar paling... Ugh sukar untuk dijelaskan.

"Sa- saya tak tahu." Jungseo menunduk. Rasanya dia nak nangis, dibentak oleh Seungyoun. Padahal, baru sahaja dia berasa bahagia dengan perlakuan Seungwoo terhadapnya tadi.

"Lain kali, kalau kau kena ancam oleh Ran. Bagitahu aku." Seungyoun menurunkan nada oktaf suaranya. Dia kini sudah boleh deal dengan amarahnya.

Marah? Ya memang Seungyoun marah.
Dia risau kalau-kalau berlaku perkara yang teruk ke atas Jungseo.

Yalah kan mereka pegang tanggungjawab menjaga Jungseo sementara ayahnya di Korea Utara menyelesaikan misi negara. Jungseo sepenuhnya menjadi tanggungjawab mereka sementara.

"Ta- tapi, Ran tu kan girlfriend awak. Saya tak patut buruk-burukkan— "

"Stop talking nonsense, Jungseo!" Sekali lagi, Seungyoun membentak.

Jungseo hairan, apa dia dah salah cakap?

Selama hampir sudah 5 bulan Jungseo tinggal dengan keluarga mereka. Ini baru kali pertama Seungyoun menyebut namanya. Selalunya, asyik Hoi-Hei-Hoi-Hei.

"Perempuan tu tiada kaitan dengan aku. Dia gedik, aku menyampah tengok." Jujur jawab Seungyoun.

Tiada satu pun lelaki di sekolah mereka tahan dengan perangai Ran. Gedik, manja, licik, dan ugh semuanyalah yang teruk dengan dia.

Jungseo terdiam, bermakna betullah apa kata Jiyoon dan Jiyoung padanya hari itu.

- flashback mode on -

"Weyh, aku nak tanya ni. " Jungseo mulakan bicara, "Pasal Seungyoun."

Jiyoung dan Jiyoon hampir tersembur nasi goreng kimchi yang mereka makan. Jungseo ada urusan apa bertanya soal si tsundere itu.

"Ran.. Ah maksud aku- Hong Ran, pelajar senior tu.. Erm, dia girlfriend Seungyoun kan?" Tanya Jungseo. Dia cuma ingin tahu.

"Kau tanya kenapa?" Balas Jiyoung pula.
Soalan dibalas soalan, good!

"Bagi dulu sebabnya kenapa kau tanya?" Jawab Jiyoon.

Jungseo terpaksa menceritakan peristiwa hari itu dia kena ugut oleh geng Hong Ran sewaktu di tandas.

"HAHAHAHAHA!" Refleks Jinyoung dan Jiyoon tertawa kuat. Sampaikan pelajar lain yang turut rehat di bawah pokok itu memandang mereka bertiga dengan pelik.

"Kau tau..." Jiyoung mendekatkan diri, dan berbisik perlahan supaya tidak didengari orang lain. Mereka bertiga membuat bulatan kecil, rahsia sulit negara tidak harus didengar orang lain!

➳❥ tbc

------

nak tahu apa jadi seterusnya?
well see in next update

keep vomments ya!
anda penyuntik semangat saya

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now