------
[ Jungseo POV ]
Waktu rehat, disebabkan ada kawan baru. Jiyoung dan Jiyoon, sebenarnya semua perempuan dekat kelas berbaik denganku. Tapi, aku lagi selesa dengan mereka berdua ni. Seatmate.
Kami rehat di meja kecil bawah pokok. Jiyoung baca buku, Jiyoon pula sibuk siapkan kerja latihan physics, sewaktu cikgu Jaesuk mengajar dia pergi curi-curi tidur.
Lupa nak perkenalkan nama sebenar mereka berdua ;
Ahn Jiyoung dan Woo Jiyoon." Jungseo. "
Aku dikejutkan oleh suara lelaki— itu Seungwoo yang datang dengan seorang kawan dia. Refleks, si Jiyoon dah tertunduk malu. Jiyoung pula sembunyi muka nya dengan buku yang dibacanya tadi. Fangirling
" Seungwoo. Ada apa ? " soalku.
" Ini... nak bagi awak. " dia senyum dan bagi dua bungkus roti gardenia. Berbeza flavour, satu vanilla satunya lagi chocolate.
" Saya tak tahu mana satu yang awak suka, jadi saya belikan lah dua-dua. " tengkuk nya disapu.
" Eh tak apa lah Seungwoo. Saya dah ada makanan ni. " aku tunjuk dekat tangan, beberapa keping sandwich yang pagi tadi yoomi imeo sediakan sebab dua orang anak kembarnya tak mahu bawa bekal makan.
" Bye. " Seungwoo pamit. Mukanya dah naik merah, hairan aku.
Tapi seorang rakannya itu kembali menoleh ke arah kami.
" Hi Jungseo. Btw, aku Wooseok. " Wooseok tersenyum sambil kenyit mata.
" Errm— hai Wooseok. " jawabku kekok.
Aku lihat ke arah dua kawanku itu, macam mahu pengsan saja mereka penangan wink si Wooseok tadi. Geleng-geleng kepala aku dibuatnya.
Sekejap kemudian, kami sibuk bercerita pasal Seungyoun dan Seungwoo. Aku saja nak ambil tahu pasal mereka di sekolah ni. Mereka berdua ni pun dengan senang hati cerita padaku.
" Seungwoo, dia macam mana dekat sekolah? Maksud saya, tipe yang macam mana ? "
" Oh Seungwoo... dia, Gentleman, banyak admirer. Sampaikan si jiyoung ni pun termasuk jugak. " kata Jiyoon.
Jiyoung yang dengar terus memukul bahu Jiyoon dengan bukunya, " Ihh, Itu dulu lah. Sekarang saya dah setia dengan Guanlin. " katanya.
" Pandai, Populer, Presiden kelab Sastera, Pemain bola sepak sekolah. Lepastu kan, hm... macik kantin pun admire dekat dia. "
Nak tergelak aku dengar cerita si Jiyoon, lagi-lagi cerita yang terakhir tu.
" Seungyoun pulak ? " soalku, nak tahu pasal si setan.
" Ah Seungyoun pun sama. Tak kalah populer dengan abangnya. Selain pandai, juga cemerlang dalam sukan. Semua dia pandai main. Ketua team basketball sekolah, presiden kelab muzik. " kali ini panjang lebar penjelasan oleh Jiyoung.
" Apapun, mereka berdua lebih kurang sama. " sampuk jiyoon
" Sama? Seungwoo malaikat, Seungyoun set— . " ujarku namun tak jadi cakap sampai habis.
Kami dikejutkan sekali lagi dengan kedatangan Seungyoun sendirian.
" Makan bekal tu. "
" Jangan mengumpat orang. "
Bento diberi pada aku secara paksa. Diletak atas meja dan lepastu dia berlalu pergi begitu saja. Hairan aku, setan apa yang merasuki setan Seungyoun ni.
Mengumpat katanya? Kami bercakap benar. Pelik, apa tujuan dia datang kalau nak cakap benda yang tak munasarawak(?) .
------
Balik dari sesi persekolahan, Seungwoo pesan suruh tunggu dia dekat pondok depan sekolah. Tapi, dia tidak kelihatan. Di situ cuma ada Seungyoun yang berdiri bersandar pada tiang pondok.
" Seungyoun, mana Seungwoo— "
Kataku terhenti, sebab Seungyoun dah jalan dahulu dan abaikan aku. Tangan dia seperti biasa dalam kocek seluar dengan beg sekolah disandang sebelah bahu sahaja.
Aku kaku disitu, takkan tak tunggu Seungwoo. Bukannya, Seokhoon samcheon pesan kami bertiga mesti balik bersama.
" Hei, kau tunggulah Seungwoo di situ sampai malam. " katanya dengan nada datar.
Lepastu, dia sambung jalan kaki ke perhentian bas. Aku yang buntu pun tetap mengikutinya dibelakang.
" Hei. "
" Hei hoi hei hoi, kita ada namalah ! " bentakku, ini orang macam tak tahu membaca saja. Jelas sekali ada abjad tertulis di nametagku, 은정서.
" Aku nampak kau dah mula rapat dengan Seungwoo. " Seungyoun bersuara tiba-tiba. Jangan cakap yang dia nampak waktu rehat tadi.
" Kalau tak kenapa, kalau ya kenapa? " jawabku. Mahukan jawapan lebih kenapa Seungyoun ni tanya pasal itu pulak.
Kan abang dia baik, tak macam dia ni. Perangai menyetan. Tsundere betullah.
" Kalau tidak, baguslah. Kalau ya, baik kau hati-hati. "
Aku bengong seketika, hati-hati apanya. Sepatutnya, aku yang berhati-hati dengan kaulah, kan kau setan.
[ End POV ]
➳❥ tbc
------
+ Thanks for reading. Ringankan tangan anda untuk vote dan comment, i appreciate it ♡.
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O