------
[ Jungseo POV ]
Lepas makan malam, aku duduk sambil nonton tv di ruang tamu sementara yoomi imeo pergi keluar sebentar ke Watson, katanya kehabisan stock skincare.
Seungwoo? Entah dia merayap ke mana. Dahlah pulang sekolah jam 5, lepas sahaja makan malam terus lenyap dari rumah. Bukan macam Seungyoun, perawan di rumah.
Introvert.
Sementara aku pergi sebentar ke dapur, ambil cola dan snack. Yah nonton drama kan bagus sambil ditemani makanan.
" Kau nonton apa ? " tegur Seungyoun yang datang tiba-tiba dan kemudian duduk di sofa berjauhan sedikit dengan aku. Introvert betul lah -_-
Aku yang terkejut dengan kehadiran Seungyoun cuba sembunyi reaksinya, " eh— ddd.. drama. " tak sangka pula boleh tergagap jadinya.
" Ronaldo berlakon drama ? " kata Seungyoun dengan nada seringai, ketawakan salah tingkahku.
Masalahnya, aku mahu nonton drama tapi yang sedang tayang di tv ialah siaran langsung bola sepak.
" Kenapa kau tak tidur lagi? " soal Seungyoun sambil matanya fokus dengan tv.
" Awal. " jawabku, padahal jam dah 10 malam.
" Mari sini tu remote. " muka tiada reaksi dan masih fokus dengan tv.
" Ihh orang nak nonton drama. "
" Naik atas, masuk tidur. " masih lagi fokus pandang tv.
" Taknak. Awal la— yAH COLA NI HAMPIR TUMPAH TAU ! " bentakku.
Aku terkejut sebaik sahaja Seungyoun membaling kusyen sofa ke arahku. Hampir sahaja tumpah tu cola atas paha.
" Tutup tu paha, tak reti sejuk kah apa. " ujar Seungyoun dan berjalan naik ke atas, tanpa pandang belakang.
Itu anak kenapa, hng ?
------
Waktu pagi, sebelum pergi ke sekolah. Aku berbual-bual sambil sarapan dengan si kembar. Mama dan papa mereka di ruang tamu, sediakan kelengkapan seokhoon samcheon untuk persiapan masuk ke kem tentera selama satu bulan. Maknanya, samcheon tidak akan berada di rumah dalam satu bulan.
" Jungseo, Jihyo-ssaem ada suruh awak beli buku rujukan baru kan ? "
Aku balas dengan anggukan. Ssaem ada pesan untuk aku beli buku rujukan physics, chemist, dan banyak lagi.
" Petang nanti, balik dari sekolah. Kita terus ke kedai buku. Mahu? " tawar Seungwoo.
" Eh tak payahlah, jiyoung dan jiyoon— " belum sempat aku habiskan cakap, Seungyoun di sebelah Seungwoo memintas kataku.
" Dia ada mulut, kalau sesat boleh tanya orang lain. "
Huek. Kurang asam betul perangai si setan ni. Mahu saja aku tampar dia dengan sayur kubis dalam sandwich yang aku makan ni.
" Tapikan Youn, dia mana tahu selok belok bandar Gangnam ni. Nanti dia kena culiklah pulak. " tambah Seungwoo lagi.
" Dia ada kaki, boleh lari. "
" Nanti kita yang kena marah Uncle Jaeho, tak pandai jaga Jungseo. " tokok tambahnya lagi, sedaya upaya yakinkan adik kembarnya itu.
" Bukan urusan aku. "
Aku hanya boleh memerhati sahaja kelibat Seungyoun yang hentak tangannya atas meja makan, dan berlalu pergi ke sekolah. Itu anak dirasuk setan apa???
" Seungyoun memang begitu. Dia memang kasar, tapi jangan risaulah, dia sebenarnya baik. " pujuk Seungwoo. Meminta maaf atas kelakuan adiknya ke atasku tadi.
Baik katanya? Seungyoun itu sepatutnya dihantar ke Savannah, biar dia jadi makanan dubuk.
------
Lepas sesi persekolahan, Jiyoung dan Jiyoon membawa aku stay di sekolah sekejap untuk menonton team basketball sekolah buat latihan di gelanggang basket.
" Jungseo, Guanlin sangat hensemlah uhuuy. "
" Biar mandi keringat tetap nampak hensem. "
Jiyoung dah jadikan aku beg gustinya, dipukul berkali-kali dengan teruja melihat crushnya, Lai Guanlin yang sedang bermain basketball.
Jiyoon pula hanya pandang pelajar lelaki yang bermain, fokus dia pandang setiap gerak geri mereka kerana Jiyoon kata dia juga pemain basketball sekolah. Pemain wanita.
Permainan dihentikan, waktu rehat sebentar. Aku dikejutkan dengan cubitan Jiyoung pada lenganku.
" wEYH SEUNGYOUN DATANG KE SINILAH. "
" Hah, mana, mana? " soalku sambil mencari-cari kelibat Seungyoun. Dan betul, dia menuju ke arah kami yang duduk di bangku kayu.
Semua pelajar perempuan yang ada di situ menjerit histeria. Geng cheerleaders, kumpulan Supergirl. Semua mereka cantik-cantik belaka dan seksi bukan macam kami bertiga selekeh, comot, jelek.
" Kau buat apa di sini? "
" Hah— "
" Balik sana. Jangan tunggu aku, "
" Mana ada— "
" Call Seungwoo. Balik dengan dia. Aku balik malam. "
Belum sempat aku bersuara membalasnya, memang hobi dia potong cakap orang. Seungyoun dah balik badan dan ingin masuk gelanggang semula.
Entah dari mana datangnya bola keranjang menuju tepat ke arah Seungyoun. Kerana cekap, dia berjaya menepisnya keluar dari gelanggang.
" SIAPA YANG LONTAR BOLA TADI! "
" Ma— Maaf Seungyoun. Aku tak sengaja. " Vernon datang dari dalam gelanggang dan menuju ke hadapan Seungyoun, dia tunduk hormat.
Bayangkan, tadinya satu gelanggang itu dipenuhi jeritan sorakan para cheerleaders kini bertukar hening, cuma kedengaran suara marahnya Seungyoun. Semua orang takut jadinya.
" KALAU AKU YANG KENA TAK APA. TAPI KALAU DIA! "
semua mata tertumpu pada aku, sebab Seungyoun berkata dengan nada marah sambil menuding jari telunjuk ke arah aku.
" MEMANG HABIS AKU KERJAKAN KAU VERNON. "
➳❥ tbc
------
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O