------
Pulang dari sekolah, Seungyoun pulang awal berbanding Seungwoo. Abang kembarnya itu ada program extra kokurikulum di sekolah.
Sampai sahaja di rumah, Seungyoun tercari-cari kelibat ommanya, dia menjumpai ommanya di dapur sedang memasak makanan.
"Ma.." Panggil Seungyoun. Dia mengambil tempat duduk di meja makan sementara ommanya mengemas lauk atas meja.
"Youn, mana wooya?" Tanya ommanya.
"Kejap lagi baliklah tu. Ada extra kokum." Jawab Seungyoun, buah epal atas meja dikupas dan dimakan.
"Youn nak cakap apa tadi?" Tanya ommanya pula.
Seungyoun menggeleng. Tak lama kemudian, dia bersuara semula.
"Ah, aniyo." Jawabnya kaku. Seungyoun sebenarnya malu hendak bertanya soal Jungseo kepada mamanya.
Sebenarnya, bukan malu tapi ego.
"Jungseo ada dalam bilik dia. Mungkin dah masuk tidur, dia mengadu sakit kepala tadi." mamanya ambil tempat duduk di sebelah Seungyoun.
"mama dah suruh dia minum ubat tadi, dia dah rehat dah." Tambahnya lagi.
Seungyoun mendecit kecil, "Youn tak tanya pun mama."
"Tapi mama tahu, itu yang kamu nak tanya tadi." Seungyoun mencebik geram, Seungyoun ini memang anak yang keras kepala. Tak mengaku pula.
Dulang berisi bubur ayam dan air putih diberi oleh mamanya kepada Seungyoun.
"Apa ni ma?" Tanya Seungyoun hairan, "mama tahu kan Youn tak suka bubur." Dulang itu kembali ditolak dan diletak atas meja.
mamanya mengambil dulang itu dan diberi semula kepada Seungyoun.
"Bukan untuk kamu. Bubur ni untuk Jungseo." Jawab mamanya, nak tak nak Seungyoun terpaksa ambil dulang itu.
"Suruh Jungseo makan tu bubur, nanti perut dia kosong. Silap-silap nanti gastrik dia datang lagi. Seungyoun juga yang risau kan?"
"Ma-! "
"Kalau Jungseo tak nak makan, Youn suapkan."
"mama-! "
"mama gurau je lah, dah pergi sana hantar." Bahu anaknya itu ditepuk, mamanya sahaja nak mengusik Seungyoun.
Mamanya kenal sangat anak kembar bongsunya- Seungyoun itu. Nampak sahaja jahat, tapi sebenarnya baik.
Mother knows everything.
------
cleck
Pintu rumah dibuka, Seungwoo datang. Seungyoun yang baru sahaja hendak menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas rumah- menuju ke bilik Jungseo itu terhenti dari berjalan.
"Nak tolong hantarkan dekat Jungseo?" Tawar Seungwoo. Dia mendekati adiknya itu.
Seungyoun sebaliknya hanya berdiam. Dulang yang dirampas dari tangannya itu dibiarkan. Kini, dulang bertukar tangan. Seungwoo berjalan menuju ke bilik Jungseo.
Seungyoun hanya memerhati abangnya. Dia malas hendak berdalih dengan abang kembar sendiri. Padahal, dialah sepatutnya yang hantar dulang makanan itu.
Sabar, Seungyoun. Sabar!
Gumam hati Seungyoun dalam diam.------
Pintu bilik Jungseo diketuk dari luar. Jungseo duduk di meja belajar sambil matanya tak lekang membaca buku— mengulang kaji pelajaran.
Dia risau akan ketinggalan pelajaran. Sudahlah tadi dia skip kelas physics sebab dia pulang tiga jam lebih awal. Dia mengambil keputusan untuk mengulang kaji memandangkan tubuhnya juga larat untuk bergerak.
Walau sebenarnya, kepalanya agak sakit dan pening. Akibat dikurung dalam gudang sekolah tadi.
Jungseo sempat termenung memikirkan kata-kata Seungyoun sewaktu di bilik kesihatan sekolah- bahawa semua itu adalah perbuatan Hong Ran dengan konconya, Jang Saemi dan Yoon Dohee. Kononnya, itu rancangan mereka bertiga yang mengunci Jungseo dari luar.
"Seo, may I come in?" Tanya Seungwoo dari luar. Seungwoo ini, selalunya main terjah masuk. Kali ini, sopan pula dia.
"Nae." Jawab Jungseo pendek,
"Bukalah, pintu tu tak berkunci." Lanjutnya lagi.Kelibat Seungwoo masuk bersama dulang makanan. Dia mengambil tempat duduk di samping Jungseo. Dulang makanan diletak atas meja kecil di bilik Jungseo itu.
"Bubur?" Tanya Jungseo.
"Kenapa? Awak tak suka makan bubur?" Tanya Seungwoo pula, soalan dibalas dengan soalan. Good!
Jungseo menggeleng dan buat riak muka menjengkelkan. Lihatlah, betapa bencinya dia dengan bubur. Persis Seungyoun yang tak suka makan bubur.
"Awak kena makan, kan awak ada gastrik." Satu sudu bubur disuakan kepada Jungseo. Dia pula cuba mengelak dengan terus-terus menggeleng.
"Tak boleh ke saya makan kepsi, mekdi, burg- "
Kata Jungseo terhenti sebaik sahaja mulutnya sudah berisi bubur ayam. Mahu sahaja dia muntahkan bubur itu di situ juga.
Buat masa sekarang, dia naik demam. Semua makanan yang dimakan, rasa tak sedap. Air liurnya perit.
"Telan." Arah Seungwoo.
Jungseo tak mampu telan, dia mengambil air putih untuk diminum dan ditelan sekali bersama bubur itu. Alternatif yang bagus bukan?
"Awak kena sihat, jangan sakit macam ni."
"Saya janji akan cari orang yang kunci awak dalam gudang sekolah tu."
"Kalau boleh, biar saya yang sakit. Jangan awak."
Perempuan mana yang tak akan jatuh hati kalau Seungwoo berkata sedemikian pada Jungseo sambil mengelus lembut pipi gadis itu. Tanda dia sayang akan Jungseo.
"Seungwoo- " Tangan Seungwoo ditahan oleh Jungseo.
cleck
Pintu bilik ditolak, Seungyoun masuk tiba-tiba.
"Ambil ubat kau ni." Katanya sambil menyodorkan sebuah plastik putih kecil berisi ubat-ubatan pil.
Jungseo kelu kata. Ubatnya sudah ada atas meja belajar. Yoomi imeo dah hantarkan padanya lebih awal.
"Tapi, saya dah ambil tadi." Jawab Jungseo sambil tunjuk ubatnya atas meja.
Seungyoun salah tingkah. Sebenarnya, itu hanya alasan untuk dia tak pastikan Seungwoo dan Jungseo berduaan.
Seungyoun, cemburu.
------
kalau lah dua beradik kembar tu suka Jungseo,
korang rasa siapa yang menang ?
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O