D. II

257 61 52
                                    

------

Bersiap hendak ke sekolah pada pagi harinya, si dua kembar sedang tunggu Jungseo di bawah sambil pakai kasut sekolah masing-masing. Baru lepas sarapan.

Di situ juga turut ada papa mereka, belum bersiap ke kem tentera kerana waktu malam barulah tugas kerjanya. Mama mereka pula sedang mengemas dapur.

" Pergi sekolah sama-sama dengan Jungseo. Balik sekali tunggu dia kalau lambat. "

" Tengok-tengokkan dia dekat sekolah. Kalau ada yang buli, lapor dekat cikgu disiplin. Jangan sampai papa di'jemput' ke sekolah sebab kamu cederakan anak orang. "

Pernah sekali, peristiwa Seungyoun berlanggar bahu dengan pelajar senior. Sampaikan habis dibelasahnya anak orang tu. Yang dia belasah tu adalah pelajar tahun terakhir, Ha Sungwoon.

" Boleh ingat pesan papa. Wooya? Youn? "

" Baik papa. " sahut Seungwoo.

" Seungyoun. " panggil papa mereka, Seungyoun pura-pura tak dengar papanya membebel 1001 muka surat dari tadi.

" Haish, yalah papa. " terpaksa dia akur dengan arahan papanya.

Sekejap kemudian Jungseo turun dari biliknya, lengkap berpakaian seragam sekolah baharu. Sekarang, dia bersekolah bersama si kembar, Hanlim Multi Arts High School.

Dahulunya dia bersekolah di Daewon Foreign Language High School, uniform warna putih dan sedikit kecoklatan.

*p/s : ( saya sertakan medianya ya, sebab saya pernah nampak Seo Donghyun bawa waktu perform lagu Problematic ft. Coogie di Semi Final Show Me The Money 8 - Fav rapper kuuhhh. )

-------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-------

Dalam perjalanan mereka bertiga ke perhentian bas Hyehwa. Sepatutnya, seokhoon samcheon suruh mereka naik basikal sahaja. Tapi tayar basikal Seungyoun pancit.

Takkanlah mahu naik basikal Seungwoo. Satu basikal tapi boncengnya tiga orang. Ingat drama Hindustan kah apa.

Maka, berakhirlah mereka bertiga jalan kaki bersama. Seungwoo dan Jungseo jalan bersebelahan sambil berbual-bual, Seungyoun pula jalan di belakang mereka, dengan kedua tangannya dalam kocek seluar uniform.

" Jungseo, dulu siapa yang jatuh habistu makan tanah ? " tanya Seungwoo dengan nada usikan sekali, nak ungkit kisah lama zaman noob.

" Siapa pula yang kena tarik telinga oleh mamanya sebab curi Bulgogi saya? " tanya Jungseo pula, pernah waktu kecil dulu...

Waktu percutian keluarga mereka bersama Jungseo dan ayahnya di Jeju. Bakar-bakar dan panggang satay daging, Seungwoo curi daging lembu Jungseo punya.

Buatkan Jungseo merengek kuat, dan yoomi imeo tarik telinga Seungwoo sampai naik merah sebab anaknya nakal.

" Siapalah dulu tu yang menangis hingus meleleh lap dekat lengan baju haha. " Seungwoo mengusiknya lagi. Boleh tahan kuat memori si kembar abang ni tentang waktu zaman kecil dahulu.

Jungseo dah buang muka, malu bila diingatnya kembali. Tersangatlah noob. " Awak pula yang curi patung bar- "

Kata-kata Jungseo terhenti sebab dia teringat, dia salah orang. Yang mencuri patung barbienya adalah orang dinbelakang mereka. Seungyoun.

" Bisinglah kamu berdua. " kata Seungyoun dan memintas jalan mereka, kini dia berjalan di depan mereka.

------

Masuk dalam kelas, Jungseo ditempatkan di Kelas 4-B, lumayan ramai pelajar di kelas itu. Dalam 26 orang, hanya 12 daripadanya adalah lelaki. Sebahagiannya pelajar perempuan.

" Saya Eun Jungseo, dari DFLHS. Sila beri tunjuk ajar. " Jungseo memperkenalkan diri dan tunduk hormat.

Sementara Song Jihyo-ssaem pergi sebentar ke pejabat. Ada benda tertinggal katanya. Mungkin sahaja, ingin mengambil buku rekod kehadiran pelajarnya.

Namun, Jungseo sempat dipesan oleh Jihyo-ssaem untuk duduk di sebelah tingkap bersebelahan dengan Jiyoung dan di hadapannya Jiyoon.

" Erm- Song ssaem pesan saya duduk sebelah tingkap dengan Jiyoung dan Jiyoon. " kata Jungseo kekok. Namun, semua pelajar perempuan di kelas menyambutnya dengan baik.

Dia ditarik oleh Jiyoung ke tempat duduknya. Nice shot, sebelah tingkap. Boleh nampak padang sekolah.

" Saya Park Jihoon, marilah berkenalan. " bersuara seorang pelajar lelaki nun jauh di sana.

" Cantiknya tocang rambut awak. Comel. " seorang pelajar perempuan mendekati Jungseo. Nametag nya tertulis, Nam Haera.

" ada boyfriend tak ? " soal seorang pelajar lelaki lagi di belakang Jungseo. Itu Bae Jinyoung.

" Tadi, saya nampak awak pergi sekolah dengan si kembar! "

Semua pelajar bagaikan terkejut disambar halilintar. Refleks semuanya mengerumuni Jungseo, dan bertanya banyak soalan.

Jungseo sendiri bingung namun, dia tetap berkata benar. Apa? popular sangatkah si kembar itu di sekolah ni?

" Popular mereka berdua tu, mengalahkan anak perdana menteri tau. " sampuk Jihoon, si mood-maker dalam kelas. Yang dimaksudkannya itu adalah Jang Moonbok. Pelajar corot dan paling nakal serta suka cari pasal di sekolah.

➳❥ tbc

------

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now