⬆
narae si anjing peliharaan seungyoun.------
"Imeo, saya bawa Narae jalan-jalan petang nanti, bolehkan?" Tanya Jungseo, dia membantu Yoomi Imeo memasak di dapur menyediakan makan tengah hari.
Hari ini cuti, cuti musim panas selama seminggu. Sudah empat hari berlalu, masa cuti hanya dihabiskan dengan rebahan di bilik sendiri. Sangat tidak bagus bukan? Silap-silap boleh berkumpul lemak bawah perut.
Makanya, Jungseo ingin beriadah petang nanti. Biarlah dia bersendiri, dia tidak kisah. Kalaupun hanya beriadah di sekitar taman perumahan Hongdae itu. Mana mungkinlah dia boleh sesat, kan dah 5 bulan dia menetap di situ.
"Mestilah boleh Jungseo. Narae pun bosan duduk kandang terus." Gurau Yoomi imeo.
"Tapi, kamu kena jaga betul-betul. Narae anjing kesayangan Seungyoun. Luka sikit mengamuk nanti dia." Lanjut Yoomi imeo lagi.
Jungseo hanya mengangguk faham, dia tahu akan itu. Seringkali, dia melihat Seungyoun luangkan masa bersama Narae bila waktu petang. Dia bermain di halaman belakang rumah.
Pernah juga Jungseo ternampak Seungyoun menidurkan Narae. Dengan gayanya— memainkan paw haiwan peliharaannya itu. Kesimpulannya, Narae manja dengan Seungyoun.
"Nae, imeo. Jungseo janji akan jaga Narae baik-baik."
------
Seluar tracksuit hitam dipadankan dengan t-shirt putih yang sedikit kebesaran ditubuhnya. Membuatkan Jungseo kelihatan seperti budak kecil.
Tertelan dirinya oleh baju t-shirt tersebut, dengan Narae yang diikat dan talinya digenggam kuat dalam genggaman supaya tidak terlepas.
"Narae, kita duduk dekat sana dulu. Nak tengok pemandangan tasik!" Jungseo berkata pada Narae. Macamlah si anjing itu faham bahasa manusia -_-#
Anjing bernama Narae itu mengonggong kecil dan mengikuti langkah kecil si gadis naif. Seakan mengerti, Narae anjing yang penurut dan jinak. Senang sikit nak diuruskan.
"Hey, Jungseo." Bahu Jungseo ditepuk dari belakang.
Si gadis terkejut namun tahu sembunyi reaksinya. Dada cuba dipegang untuk meredakan rasa takutnya, refleks menyebabkan pegangan tali dalam genggamannya tadi terlepas.
Narae berlari laju meninggalkan Jungseo. Si gadis tak perasan langsung kehilangan si anjing, dia fokus dengan figura yang mengejutkannya itu.
"Bae Jinyoung-Yah! Awak buat jantung saya gugur tau!" Marah Jungseo. Bahu Jinyoung dipukul perlahan sebagai tanda melepaskan geram.
Jinyoung cuma tersengih menang, "Jantung awak gugur sebab kekacakkan saya, kan?" Usiknya.
Jungseo memukul lagi bahu Jinyoung, dengan niat supaya lelaki teman sekelasnya itu sedar akan dirinya. "Apa awak buat dekat sini?" Jungseo mengalihkan topik bicara.
"Saya dari beli snack dekat kedai runcit hujung jalan tadi." Jawab Jinyoung, "Awak pula buat apa dekat sini?" Tanyanya.
"Saja jalan-jalan, bawa Na— YAH MANA NARAE MANA KAMU PERGI!? " Jungseo terkejut, sebaik sahaja dia melihat di sisinya.
Anjing berbulu putih dan oren itu menghilang. Habislah Jungseo, anjing kesayangan Seungyoun itu dia dah hilangkan. Inilah yang dimaksudkan dengan; definisi mencari maut.
Maka, Jungseo mesti bersedia menepah keranda sendiri.
------
Hari dah nak malam, Jungseo masih setia mencari Narae. Dikelilingnya kawasan taman perumahan Hongdae itu, ditemani juga oleh Jinyoung.
Sampaikan snack yang dipesan oleh kakak Jinyoung itu belum dihantar pulang olehnya, habislah Jinyoung kalau balik rumah nanti. Kakaknya, Jin Ae itu singa betina.
Jungseo pasrah, jam handphone ditilik lama. Sudah masuk 2 jam dia mencari namun tetap nihil. Tiada juga hasilnya. Jam digital menunjukkan angka 19 : 43.
Jungseo duduk di tepi bonggol jalan raya, matanya berair. Jungseo menangis, si gadis cengeng nan naif itu sudah mula mengalah.
Kelibat Jinyoung belum juga kelihatan, mungkin sudah pulang menghantarkan snack pesanan kakaknya itu sebelum Jin Ae bertukar menjadi Temari si gadis kasar dengan kipas besar dalam siri anime Naruto, tidak kenal akan Temari? Maka, anda noob!
"Sunbaenim..." panggil sesorang. Kelibat itu semakin mendekati Jungseo.
Semakin lama, semakin mendekat. Jungseo agak hairan, siapa orang ini-- Ralat, siapa budak lelaki ini? Dan...
"HUWAAA NARAE! MANA KAMU PERGI PENAT SAYA CARI HUWAA." Jungseo menjerit, ralat lagi-- paling tepatnya, dia menangis sambil menjerit.
Lantas berlari ke arah budak lelaki itu, Narae bersama budak itu.
"Sunbae, saya jumpa anjing ni berdiri depan rumah saya." Budak itu buka bicara.
Dia turut melutut bersama Jungseo, gadis itu pula memeluk erat si anjing Narae. Si anjing hanya menggonggong kecil dan menjelir lidah, seolah-olah mesej; aku melepak kejap cari boyfriend.
"Terima kasih, ah- " Jungseo berdiri, budak lelaki itu turut berdiri juga. Dia menjedakan katanya...
"Dohyon. Nam Dohyon-imnida."
"Sama-sama, Jungseo sunbae!"
"Awak, maksud saya, Dohyon kenal no— ?"
"Mestilah kenal, senior sekolah kan!"
➳❥ tbc
hi, long time no see :^)
baca ulang eh sebab lama tak update 😆
rileks dulu, lagi dua chapter akan reveal siapa jahat sebenarnya! bagi korang? seungwoo atau seungyoun?next, saya reveal watak baru!
setakat ni, apa pandangan korang dengan our twins boi? sesi Q&A dibuka, komen di bawah ya! bagi saya semangat nak update!
seungwoo 👉
seungyoun 👉
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O