D. X

214 49 14
                                    

sorry ya, pov seungwoo ditunda
ke chapter yang lain. sorry again ✊


-

-----


Jungseo berjalan ke arah hadapan,  menghantar kerja yang dah siap. Soalnya, classmate yang lain belum siap. Dia yang siap awal dari mereka semua sebab laju menulis.

Chemistry. Latihan dalam module chemistry itu dah awal siap oleh Jungseo. Dia maju menghantar buku modul itu ke meja cikgu Gary di hadapan.

"Nah, ssaem !"

"Awalnya kamu siap." Cikgu Gary sedikit terkejut, dia baru sahaja naik bermain dengan handphone nya, video call dengan anaknya Ha Oh.

Yalah, kan Jungseo laju menulis. "Okay, kalau macam tu." Cikgu Gary membuka pencil boxnya. Tercari-cari pen dan cop untuk menanda latihan Jungseo yang sudah siap itu.

"Alaa, Jungseo. Cop tertinggal dalam bilik gurulah." Cikgu Gary menggaru kepalanya yang tak gatal. "Boleh kamu ambilkan dekat bilik guru, meja saya tepi tingkap. Tahukan?"

Jungseo mengangguk laju. "Tahu ssaem."

"Ah iya, tolong sekali ambilkan module ujian last year dekat gudang. Tauh gudang dekat mana?" Arah cikgu Gary.

Buku module itu adalah milik pelajar tahun lalu, untuk digunakan mengajar bagi sesi seterusnya.

"Tahu ssaem." Jungseo akur. Dia berjalan sendiri, tanpa ditemani sesiapa. Dia faham, Jiyoung dan Jiyoon sibuk dengan latihan chemist itu.

Pertama ke bilik guru, laci bawah meja ditarik dan pencil case kecil berwarna neon diambil— dalamnya ada cop itu.

Kemudian, Jungseo melangkah ke gudang di tingkat atas, hujung bangunan. Gudang itu gelap gelita, Jungseo masuk ke dalam.

Suis ditekan, lampu mula hidup. Taklah terang sangat tapi, dapat nampak kedudukan tempat letak kertas-kertas ujian dalam rak dan bertimbunan dengan kertas itu.

ppap !

Bunyi pintu tertutup. Jungseo lekas ke arah pintu, dipulas tombol pintu itu mengikut arah lawan jam. Namun, hampa. Langsung tidak dapat dibuka.

Dirinya terkunci di dalam. Dengan cahaya lampu yang agak malap— bilik gudang tidak bertingkap dan, terkunci. Entah siapa punya perbuatan keji tersebut.

"Tolong! Ada sesiapa dekat luar,  tolong saya!" Panggil Jungseo, bukan— menjerit kuat. Namun, bilik itu lumayan kedap bunyi.

Dinding konkrit bilik gudang itu saling memantulkan bunyi dari dalam. Gema kedengaran dalam sekitar bilik, tak mungkin kedengaran suaranya yang minta tolong itu keluar.

Dengan keadaan yang panas, titisan keringat membasahi dahi dan pelipis. Tubuh Jungseo mula jatuh longlai ke lantai gudang sekolah.

------

"Bodoh, mati sahajalah kau dalam tu !" Ran menendang pintu bilik gudang. Suara minta tolong Jungseo dari dalam diendahkannya.

"Kan kami dah warn kau awal-awal. Masih juga nak dekat dengan namjachingu Ran ckckck." Dohee mendecit kesal.

Dia kasihan bukan— buat-buat kesian dengan nasib Jungseo yang dikurung dalam gudang sekolah itu. Cari pasal dengan geng deorang kan.

"Ayuh, kita balik kelas. Nanti ada cikgu pula lalu. Habis kita." Saemi mengarah, kedua rakannya itu patuh. Mereka bertiga meninggalkan Jungseo yang terkunci di dalam.

Kunci bilik gudang dalam genggaman Ran dibuang ke dalam tandas pelajar perempuan. Kemudian, flush ditarik. Bayang batang kunci itu mula hilang dari pandangan.

Mereka bertiga tersenyum puas. Tanda menang. Seraya langkah kaki diatur masuk semula ke dalam kelas.

Semoga sahaja Cikgu Song Jihyo tidak akan curiga dengan mereka yang katanya nak pergi ke tandas. Tetapi, memakan masa yang lama.

------

Cikgu Gary mula resah, pelajar yang dia minta tolong tadi tidak muncul-muncul lagi. Masa kelas kimia dah nak habis, tapi kelibat bayang Jungseo belum muncul juga.

"Ssaem.... " Jihoon tercungap-cungap nafas, "Da— dalam... gudang..." Dia cuba menuturkan kata sedaya upaya yang mungkin.

"Apa!" Cikgu Gary bingkas ke gudang di tigkat atas tu.

Sampai sahaja di sana, ada ramai pelajar di depan bilik berkerumun. Kebanyakkan dari mereka adalah pelajar senior kerana bilik gudang sekolah ini berdekatan dengan kelas mereka.

Cikgu Jongkook datang tiba-tiba dan menendang pintu bilik gudang, kemudian dihempap dengan tubuh sasanya. Terbukalah pintu itu.

Alangkah terkejutnya mereka semua di situ, Jungseo terbaring longlai dilantai bilik gudang. Lantas, beberapa pelajar kelab doktor muda mengangkat Jungseo untuk dihantar ke bilik kesihatan.

➳❥ tbc

------

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now