──────
[ Seungyoun POV ]
Petang, hari dah nak malam. Tapi si naif tu tak pandai balik-balik lagi. Entah ke mana dia merayap.
Aku gagahkan diri untuk berganjak keluar dari rumah, apa lagi kalau bukan mencari Jungseo. Itu anak memang hobi dia merayap sama macam Seungwoo.
Lepas sekolah tadi, aku lihat bersama dua orang rakannya itu. Entah pergi ke mana? Disebabkan malas nak tahu, tak mahu ambil tahu walaupun sebenarnya aku risaukan dia.
Langkah kaki diatur berjalan kaki ke arah sekolah, disebabkan malas nak naik bas. Lebih baik aku berjalan kaki sahaja. Siapa tahu nanti terserempak dengan Jungseo dijalanan.
Aku ambil keputusan untuk berdiri di bawah pokok sebaik sahaja ternampak kelibat Jungseo berjalan kaki.
Itu dia, aku lihat ada Jungseo berjalan kaki. Mungkin sahaja, dia lepas dari study dengan kawannya.
"Eo? Seungyoun? "
Terkejut aku sebaik sahaja dia menegur. Reaksi cuba disembunyikan.
"Kenapa awak dekat sini?" Soalnya sambil berjalan mendekati aku.
"Ingat ini jalan nenek moyang kau sampai aku tak boleh berdiri sini?"
"Maksud sa— "
"Lain kali kalau balik lambat, bagitau aku."
"Atau, Seungwoo."
"Kau orang perempuan tiada takut-takutnya hah! "
Selesai sahaja membebel marahkan si naif itu, aku berganjak hendak pergi.
"Heh. Kenapa bingung disitu?"
"Bukan--"
"Mahu diserang pacik-pacik mabuk?"
"Ha?"
"Yah. Kalau kau mahu kena kacau orang mabuk, kau tinggallah disitu." Aku berjalan tinggalkan Jungseo.
Laju Jungseo mengejar aku dibelakang. "Seungyoun, tunggulah!"
------
Kami berdua putuskan untuk berjalan kaki sahaja. Taklah jauh sangat dengan rumah. Nak tanya mama, mama pergi jumpa aunty cheetah di Yeouido, Seungwoo pula merayap lagi.
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O