------
Sudah dua minggu berlalu, Jungseo bersekolah semula seperti biasa. Ditemani oleh Seungyoun, dan Seungwoo.
Cakap pasal Seungwoo. Hubungannya dengan Jungseo masih tawar, Jungseo belum memaafkannya walaupun Seungwoo sudah merayu minta maaf berkali-kali.
Jungseo mahu lihat, sejauh mana Seungwoo akan bertahan dengan rasa bersalahnya itu. Jungseo masih belum boleh memaafkannya sebab perbuatan melampau Seungwoo itu.
Seungwoo mesti diberi pelajaran.
"Nanti, balik dengan Seungwoo. Aku ada latihan basketball." Ucap Seungyoun sambil berjalan dengan kedua tangannya dalam poket seluar seragam sekolah.
"Saya boleh balik sen- "
"Kalau kau nak kena culik, cubalah balik sendiri, tch." Jawab Seungyoun malas sambil berdecit kecil. Dia tahu, Jungseo itu degil tapi penurut juga orangnya.
"Woo, aku masuk kelas dulu." Seungyoun pamit pada abangnya itu, bahu Seungwoo ditepuk perlahan.
Kemudian, Seungyoun berjalan ke loker simpan buku dan bersiap menukar pakaian untuk kelas renang.
Jungseo berjalan naik ke blok akademi, Seungwoo mengikutinya dibelakang. Agak pelik juga, sebab kelas Seungwoo di blok lain bukan sama blok dengan Jungseo.
Lengan gadis itu ditahan oleh Seungwoo, Jungseo berhenti menaiki tangga. "Apa lagi ?" Tanya Jungseo malas.
Poket seluar diraba, lolipop diletak atas telapak tangan Jungseo. "Saya minta maaf." Ujarnya.
Jungseo hanya berdehem kecil. Hampir setiap hari jika bertemu, Seungwoo akan minta maaf padanya. Tapi, tetap diabaikan oleh Jungseo. Dia mahu lihat sejauh mana Seungwoo akan bertahan.
Lagipula, semenjak hari itu Seungwoo sudah berubah. Keluar malam tidak, masa merayau sudah berkurang, dan kelab malam sudah tidak dijejakinya.
Seungwoo juga mengaku, yang dirinya terpengaruh dengan ajakan Wooseok yang sukakan hiburan dunia. Wooseok yang kaya raya itu memang hidup bebas.
Jungseo mengambil lolipop itu lalu berjalan masuk kelas meninggalkan Seungwoo di tangga. Seungwoo menghela nafas lega.
Sekurang-kurangnya, Jungseo terima.
Gumam hati Seungwoo.------
Jungseo pulang sendiri selepas waktu persekolahan, Seungwoo dan Seungyoun pulang dahulu kerana Jungseo menghadiri kelas extra kokurikulum, kerana dia adalah pelajar kelas sastera. Hari ini, kelabnya mengadakan perjumpaan.
Gadis kecil iti kelihatan lesu dan kelelahan, penat satu hari menghabiskan masanya di sekolah. Sebaik sahaja tiba di rumah, di ruang tamu Yoomi imeo bersama seseorang tetamu wanita yang nampaknya sebaya dengannya.
"Imeo— "
" —Jungseo, sini. Duduk dengan imeo." Katanya terpintas apabila Yoomi imeo memanggilnya dan mengarahkan untuk duduk di sampingnya.
Tanpa membuang masa, Jungseo akur. Dia hanya memandang sekilas tetamu wanita itu yang tersenyum melihatnya, Jungseo membalas senyuman itu dengan manis. Tetamu itu juga nampaknya peramah dan murah dengan senyuman.
Wanita baya umur yang kelihatan sedikit kedut di bawah matanya, berpakaian formal dengan membimbit beg berjenama terkenal, Gucci. Selera Yoomi imeo memang berkawan dengan orang berada.
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O