------
Jungseo beranikan diri melangkah ke kawasan kelab malam itu. Dari luar sahaja, pantulan cahaya lampu disko menyinari dengan lagu kuat berkumandang. Entahlah, gaya hidup orang zaman sekarang yang terlalu asyik dengan hiburan.
Tadi tu kereta wooseok kan?
Jungseo kembali memandang kereta hitam dibelakangnya, mata dikelipkan berkali-kali.89 구 6246
Dia ingat plat number itu. Jungseo bukan pelupa, dia jenis yang kuat ingatan. Jadi, janganlah hairan dia memang menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.
Jungseo hendak masuk namun, dua lelaki menjaga pintu masuk itu menahannya.
"Kamu pelajar sekolah bawah 18 tahun, kan?" Tanya seorang pengawal berkaca mata hitam dengan coat segak. "Mana id card?"
Eleh, segak tapi kerja di tempat haram. Baik kau jaga kawasan perumahan aku ada guna juga, selamat aku daripada dikejar anjing kalau balik jalan kaki...
Jungseo menggeleng lemah.
"Oi! Budak kecil! Ini bukan tempat sesuai untuk kamu. Pergi balik rumah main game cacing." Tegah seorang pengawal lagi.
Mentang-mentanglah, Jungseo itu babyface dan pendek orangnya. Suka hati cop orang budak, hei aku dah 17 tahun lah!
Jungseo membebel sendiri dalam hati sambil berjalan keluar dari kawasan haram itu. Tiada guna dia di sana, silap-silap nanti dia kena culik dengan sugar daddy.
Baguslah, kalau young sugar daddy. Ini pula, kalau yang tua kerepot kubur dah memanggil masuk tu. Tak ke naya kau Jungseo?
Jungseo terhenti daripada melangkah, tengkuk digosok perlahan. Dari tadi dia berjalan tidak tentu arah sampaikan dia tak sedar sekarang dirinya di kawasan lorong gelap.
Gulp.
Jungseo menelan ludah perit. Matanya tertancap pada, dua orang di lorong itu, awalnya Jungseo ingin meminta bantuan-- menanyakan nama lorong ini. Sebab, nampaknya Jungseo sudah tersesat."Erm.. ahjussi, saya nak tanya ini lorong apa─ " Jungseo terjeda, sebaik sahaja lelaki itu menampakkan wajahnya.
Tadi, lelaki itu sedang bercumbuan panas dengan wanita seksi tak cukup kain. Mengotorkan alam sekitar betullah, hotel kan ada nak juga membuat maksiat di lorong ini.
"Seu- seung... Seungwoo!" Jungseo menekup mulutnya dengan kedua telapak tangan. Dia tidak sangka, lelaki yang bercumbuan dengan perempuan seksi itu adalah Seungwoo.
Tidak, mungkin! Seungwoo yang aku kenal bukan macam ni.
Jungseo berlari dari kawasan itu, mencari cahaya. Dia masih mengingat jelas dan dapat cam wajah Seungwoo melalui cahaya lampu jalan."Jungseo, tunggu!" Jerit dari kejauhan, dan semestinya itu adalah lelaki tadi. Jadi, betullah Jungseo tidak bermimpi, lelaki itu adalah Seungwoo.
Tapi, apa tujuan Seungwoo buat begini?
------
Jungseo duduk di atas rumput, kepenatan berlari dari Seungwoo. Dia risau akan dikejar oleh lelaki itu. Tanpa sedar, bahunya ditepuk dari belakang.
"Jangan Seungwoo, hiks- sa.. saya janji takkan bagitahu imeo dengan samcheon apa yang saya nampak tadi." Ucap Jungseo dengan menekup wajahnya, dia takut.
Seungwoo begitu rakus melayani nafsunya menerkam perempuan tadi. Jujur sahaja, Jungseo takut. Takut diapa-apakan oleh Seungwoo. Manalah tahu dia akan dilenyapkan dari bumi.
"Ini aku."
Sebaik sahaja mendengarkan suara itu─ berbeza dengan suaranya Seungwoo, Jungseo beralih memeluk orang itu. Dia tahu itu adalah Seungyoun yang datang.
"Geumanhae," Seungyoun membalas pelukan, kekok pada awalnya. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk tidak rosakkan suasana. Jungseo sudah menangis dibahunya yang terasa basah dek kerana air mata itu.
"Uljima." Belakang badan gadis itu disapu perlahan untuk menenangkannya.
Seungyoun sudah tahu, apa yang terjadi pada Jungseo. Tiada guna untuk dia menyorokkan kebenaran itu lagi.
------
Seungyoun dan Jungseo berjalan kaki pulang. Suasana mereka berdua agak suram tanpa bicara langsung dari keduanya. Masing-masing memilih untuk berdiam dan menikmati suasana malam dengan gugusan bintang di langit.
Topokki yang dibelikan oleh Seungyoun di gerai kecil siring jalan tadi, dibimbit oleh Jungseo. Seungyoun bahkan sudah tahu gadis kecil itu suka makan Topokki, dengan hirisan bawang.
"Seung-"
"Aku tahu apa yang dah jadi dekat kau." Potong Seungyoun. Memang hobinya memotong cakap orang lain terlebih dahulu.
Jungseo menghela nafas. "Kenapa Seungwoo buat macam tu?" Jungseo beranikan diri menanya.
➳❥ tbc
double update sempena comeback uri uyon 😢
buatkan moodz fangirl teruk tau!
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O