D. XV

244 43 39
                                    

------

Jungseo turun ke bawah, di ruang tamu hanya ada Seungyoun yang sedang belajar. Membaca sambil menghafal.

"Seungyoun, mana Seungwoo?" Jungseo beranikan diri bertanya.

Dia mengambil tempat duduk di sofa berhadapan dengan Seungyoun. Tetapi, lelaki itu masih fokus dengan pembacaannya.

Lama tidak berjawab soalan Jungseo, dia mengambil remote tv atas meja. Cuba cover line sebab kena bluetick.

Sekali sekala, Seungyoun mencuri pandang Jungseo. Gadis itu pula sedang menekan-nekan punat remote tv, masih tercari-cari saluran yang mengena seleranya. Namun, nihil.

"Macam biasa." Jawan Seungyoun ringkas.

Lain kali jangan jawab kalau tak ikhlas, tch.
Gumam hati Jungseo, dia masih geram dengan sikap Seungyoun ke atasnya.

Sudah lebih 5 bulan dia tinggal bersama keluarga mereka, namun sikap Seungyoun masih sahaja datar. Betul-betul berbeza dengan waktu dia kecil dahulu.

"Laparlah pula." Gumam Jungseo perlahan, namun dapat didengar Seungyoun.

Dia mencuri pandang Jungseo di sisi, dan checkmate! Jungseo juga memandangnya.

Seungyoun cepat-cepat mengalihkan semula pandangan ke arah buku— beberapa rumus physics yang merumitkan cuba dihafal. Rumus gerakan linear.

"Ma- masaklah." Ujar Seungyoun gagap. Dia sendiri tidak tahu apa sebab dia jadi gagap sebegitu.

"Saya tak pandai masak sangat, tapi.. stok ramyeon ada lagi tak?" Tanya Jungseo.

"Hm." Seungyoun berdehem.
"Dalam almari." Lanjutnya.

Jungseo cepat-cepat berlari ke dapur. Dia lapar, sudahlah hari ini Yoomi imeo akan mengambil Seokhoon samcheon di kem tentera.

Ayah Seungwoo dan Seungyoun itu akan pulang hari ini. Kira-kira dalam jam 10 malam akan tiba sebab perjalanan ke kem tentera itu memakan masa lama.

Dengan Yoomi imeo lagi kalau memandu persis kura-kura melintas jalan. Bak katanya selalu, biar lambat asalkan selamat!

------

"Nak campur sayurlah!" Jungseo berlari anak ke arah peti sejuk, dicapainya sayur-sayuran— kubis. Ramyeon campur kubis, lagi berkhasiat! Dengan keju lagi tu.

Sayur itu dipotong dan disebabkan terlalu cuai. Jungseo terhiris sedikit jari telunjuknya. Fikirnya hanya luka kecil. Namun, mengeluarkan darah yang banyak.

"Au!" Rintih Jungseo.

Luka ni mungkin dalam atau.. jari aku putus huwaa. Gumam hati Jungseo. Dia hendak nangis, perih dan pedih luka itu.

Seungyoun yang dari tadi berdiri di depan pintu dapur berlari ke arah Jungseo. Buku rumusnya yang dipegang tadi diletak atas meja makan.

Lantas, tangan Jungseo dicapainya. Cukup kasar Seungyoun menarik tangan Jungseo sampai buatkan gadis kecil itu terikut bersama— menghapus jarak antara mereka berdua.

Tolonglah, jarak dekat sangat begini buatkan jantung Jungseo tidak sihat!

Sehinggakan, luka dijarinya itu sudah diabaikan. Hanya fokus dengan perlakuan Seungyoun terhadapnya.

Seungyoun memerhati luka dijari Jungseo, kemudian beralih menarik gadis itu berjalan ke arah sinki. Dicuci luka itu.

Selepas itu, Jungseo ditarik lagi untuk duduk di bangku meja makan. Bagaikan kerbau ditarik pada talinya, Jungseo hanya menurut dengan Seungyoun.

"Bodoh! Kalau tak tahu masak, jangan masak."

Jungseo tersentak, Seungyoun marahkannya? Tapikan, yang luka itu Jungseo bukan Seungyou—

"Kau ni tak henti-henti buat aku risau."

Jungseo mematung, begitu juga dengan Seungyoun.

Jungseo berfikir sejenak,
Seungyoun risaukan aku? Getus hatinya. Terselit sedikit rasa bahagia walaupun tadi dia dikata Bodoh.

Seungyoun berfikir semula,
Bodoh Seungyoun, kenapa terlepas cakap?
Getus hati Seungyoun.

Dia menggerutu diri sendiri yang terlepas cakap tadi. Sedaya upaya dia mengawal reaksi supaya tidak ketahuan oleh Jungseo.

Seungyoun berlari anak ke arah dapur. Dimatikan olehnya dapur gas itu. Yang tadinya ada air yang dididih oleh Jungseo untuk memasak ramyeon.

"A- aku risau sebab inilah! Silap nanti kau letupkan rumah!" Seungyoun berganjak berjalan keluar dari dapur. Ditinggalnya Jungseo yang duduk terdiam di situ.

Cuainya aku-!
Getus hati Jungseo. Dia cuai sangat, naif sangat!

"Aku pun lapar. Kalau kau nak ikut aku keluar makan, siap cepat." Jerit Seungyoun dari ruang tamu.

Jungseo berlari naik ke atas biliknya, perut laparnya harus dilayan buat masa ini. Berkeroncong perut itu macam ada piranha di dalamnya. Tetapi, tak kalah dengan degupan jantungnya. Dek perlakuan dan kata-kata Seungyoun tadi.

Yang dia sentuh tangan, tapi yang makin menjadi-jadi ni jantung. Alahai!

➳❥ tbc

------

you guys ready for plot twist!
bosanlah asyik sweet terus :^)

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now