vomments tau! kali ni woo-seo moments 😍
------
Jungseo baru lepas dari study group di rumah Jiyoung, bersama Jiyoon. Seperti biasa, hanya mereka bertiga berkawan rapat. Sehati sejiwa, sejantung sepeparu.
Sedar tak sedar, Jungseo tak perasaan hari dah malam. Jam 7 lebih, disebabkan terlalu khusyuk study. Berkakai sebab ujian semester kedua akan bermula tiga hari lagi.
Jungseo agak keberatan untuk menumpang tidur di rumah Jiyoung— sebab Jiyoung ada abang. Jiyoon pula pulang diambil oleh ayahnya, di mana Jungseo juga segan nak minta hantarkan pulang.
Maka, berakhirlah Jungseo jalan kaki sendiri. Jarak rumah Jiyoung ke rumah tempat dia tinggal sekarang— rumah keluarga Cho itu taklah jauh sangat. Kira-kira dalam 400meter.
Jungseo tak takut jalan sendiri. Tetapi, fikirannya melayang memikirkan gossip hangat baru-baru ini di kejiranan Taman Perumahan Hongdae itu.
Kononnya, ada sekumpulan lelaki pemabuk yang kerap kali berkeliaran di jalan pada waktu malam sebegini. Mereka menggangu perempuan dan yang paling teruknya,
Menunjukkan 'aset' kelakian mereka kepada perempuan yang lalu di taman perumahan itu. Oh tidak, Jungseo yang terlalu naif tidak akan faham apa yang dimaksudkan dengan 'aset ' itu.
Dia terlalu naif sampaikan orang jahat yang hendak berbuat jahil padanya, dia tidak akan faham. Sebab itulah, Seungwoo dan Seungyoun risaukan Jungseo.
Sling bag disandang ke sisi kanan, cuba dipeluk kuat dari sisi. Buku rujukan chemisty tebal 1080 muka surat itu dipeluk kuat di dadanya. Agak menyeramkan suasana malam itu.
Langkah kaki dilajukan sebaik sahaja Jungseo mendengar derapan tapak kaki di belakang. Mulutnya terkumat-kamit menggerutu diri sendiri yang beranikan diri pulang waktu malam.
Sepatutnya, tadi dia call Seungwoo atau Seungyoun unuk mengambilnya pulang. Tapikan, apa boleh buat. Penyesalan sentiasa berada di belakang. Kalau awal-awal dia dah rasa menyesal, tidak akan terjadi seperti sekarang
"Hai adik cantik."
"Kenapa balik sendiri ni?"
"Nak abang teman tak?"
Kalimat najis yang diucapkan oleh lelaki pemabuk yang berjalan di belakangnya itu dapat didengar jelas oleh Jungseo. Bibir dikemam kemudian, gigi diketap.
"Cik adik nak tengok aset abang tak?"
Lelaki pemabuk itu menurunkan zip seluarnya.
"Ready for showtime!" Laung lelaki pemabuk itu dengan kuat.Jungseo yang takut dan meremang seluruh bulu roma. Terhidu olehnya bau alkohol yang sangat kuat menyengat indera bau.
Ya tuhan, tolong aku.
Gumam hati Jungseo. Dia menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan. Takut benar.Terasa sentuhan dibahu kanan Jungseo. Fikirnya, lelaki pemabuk itu sekarang berada dekat sangat dengannya.
Refleks lelaki itu menarik badan kecil Jungseo dan disembam muka Jungseo pada dadanya.
"Buat apa tayang aset macam tu? Pergi, atau aku sunat kau sekarang jugak!"
Jungseo kenal suara ini.
Itu Seungwoo.Lelaki pemabuk gila itu kembali menaikkan semula zip seluarnya cepat-cepat. Takut bila diancam dengan sunat.
"Berambus!" Marah Seungwoo.
Lari lintang pukang lelaki pemabuk itu, sampaikan botol sojunya tertinggal di jalan raya.
Seungwoo menyapu lembut bahu Jungseo. Mencuba untuk menenangkannya.
"Jungseo. Awak dah selamat sekarang." Ucapnya lirih.
Jungseo yang hampir menangis itu cepat-cepat menyedut semula cairan hingusnya. Dirinya agak cengeng dan childish.
"Terima kasih, Seungwoo. Kalau awak tak datang tadi, tak tahu apa yang akan terjadi dekat— "
"Shh. Sudah" Seungwoo cuba menenangkan Jungseo semula.
Buat masa ini, dia tak nak Jungseo banyak cakap. Dia faham, Jungseo agak trauma sedikit sebab diganggu pemabuk yang gila itu.
"Mari kita pulang."
Jungseo berjalan bersebelahan dengan Seungwoo.
"Pegang tangan saya." Seungwoo memberikan tangannya,
Sebaliknya Jungseo menolak. "It's okay."
Jungseo rasa serba salah, sebaik sahaja dia melihat wajah Seungwoo berubah riak. Tolong sedarkan dirinya, yang dia salah baca riak wajah itu.
Jungseo ambil keputusan untuk beranikan diri memegang hujung hoodie yang dipakai Seungwoo. Lelaki itu tersenyum kecil.
"Terima kasih, Seungwoo."
➳❥ tbc
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O