D. XX

179 31 43
                                    

------

"Seung-"

"Aku tahu apa yang dah jadi dekat kau." Potong Seungyoun. Memang hobinya memotong cakap orang lain terlebih dahulu.

Jungseo menghela nafas. "Kenapa Seungwoo buat macam tu?" Jungseo beranikan diri menanya.

Seungyoun tampak menjongketkan bahunya, malas hendak bercerita panjang. "Balik rumah nanti, tanyalah dia sendiri." Jawab Seungyoun acuh tak acuh.

Jungseo pasrah, walau sebenarnya dalam hati dia tidaj mahu bersemuka lagi dengan Seungwoo. "Habis, awak tak pernah report omma dengan appa awak?" Tanya Jungseo lagi.

"Tiada gunanya" Jawab Seungyoun pendek. "Mereka bukan percaya pun." Tambahnya lagi.

"Tapi... saya tak sangka, Seungwoo berani buat macam tu." Kembali terimbas adegan panas yang dilihatnya tadi, Jungseo menggigit bibir bawahnya. Geram jugaklah.

Kembar apa macam ini? Abang sendiri tak tahu!
Dia geram dengan sikap Seungyoun yang tidak risau akan abang kembarnya itu.

Sanggup dia sorokkan perkara ini dari orangtua mereka, sampaikan Seungwoo sudah bertindak melampau begitu kepada anak dara orang.

"Itulah, dulu aku pernah pesan. Jangan rapat sangat dengan Seungwoo. Kau degil juga, itu dah kira selamat sebab kau belum dia sentuh!" Seungyoun menuding jari pada Jungseo. Dengan niat memberi pelajaran kepada gadis naif itu.

"Jangan sangka orang baik itu terlalu baik, dan jangan sangka orang jahat tu tetap akan jadi jahat." Tambahnya lagi.

Jungseo terkedu, memproses kata-kata Seungyoun. Ah ha! Maksudnya... Jungseo mendapat idea.

"Bermakna.. awak orang baiklah ni?"

Seungyoun terdiam, menjeling sekilas gadis yang berjalan di sebelahnya itu, dan lajukan langkah jalan di hadapan Jungseo terlebih dahulu.

"Aku tak cakap." Ucap Seungyoun perlahan.

Namun, dapat didengari oleh Jungseo. "Tapi, awak maksudkannya." Jungseo mengejar Seungyoun.

Seungyoun kembali melajukan langkahnya, dan berhenti di tempat dia berdiri. Jungseo di belakangnya juga refleks berhenti.

"Jalan depan aku."

Jungseo tersengih kecil sambil berkata dalam hati, bahawa Seungyoun sebenarnya baik. Tapi, tertutup oleh sifat tsunderenya. Seungwoo pula jahat dan pandai menutup belangnya selama ini.

Malam itu juga, tanggapan buruk Jungseo terhadap Seungyoun sudah terhapus. Dalam hati, dia yakin yang Seungyoun ini baik.

Seungyoun sudah dari awal pesan padanya jangan rapat dengan Seungwoo, jaga pemakaian, jangan bawa lelaki masuk bilik, jangan selalu balik dengan Seungwoo. Jungseo sudah faham.

Buktinya, dia tidak memberitahu kelakuan buruk Seungwoo yang menjadi pemuas nafsu melayan wanita dahagakan perhatian diluar sana, demi kebaikan abang kembarnya itu.

------

Jungseo duduk menonton tv di ruang tamu sambil makan ramen super hot. Hari ni, Seungyoun latihan basketball dan Seungwoo pula entah merayap ke mana lagi.

Imeo dan Samcheon pergi ke pejabat pos. Katanya, ambil telegraf pesanan appa Jungseo yang dihantar minggu lalu. Pesanan telegraf memang mengambil masa yang lama, lagi-lagi ayahnya itu sekarang berada si Korea Utara, teknologi rendah sebab itulah guna telegraf.

Pintu rumah dihempas kuat dari luar, Jungseo terkejut seraya berdiri. Seungwoo datang dengan keadaannya yang messy dan serabut.

Seungwoo menghampiri Jungseo. "Apa awak buat hah!" Tengkingnya di depan muka Jungseo.

Nafas berbau rokok. Jungseo tidak sukanya, ayahnya sendiri bukan perokok. "Sa-saya buat apa?"

Jungseo terkejut apabila Seungwoo mencengkam kuat pergelangan tangannya. "Seungwoo.."

"Lupakan soal malam tadi."

"Tak! Selagi awak tak bagitahu apa sebab awak buat macam tu!" Jungseo menengking semula.

"Ini Gangnamlah! Gangnam style! Selagi masih muda, selagi itulah kita mesti enjoy! I do it for my youth, masa muda takkan berulang. Awak tahu, Jungseo sayang.."

Waktu itu, mahu sahaja Jungseo menampar wajah kacak Seungwoo. Alasan yang tak munasarawak untuk lakukan banda haram begitu, patutkah diterima?

Sepatutnya masa muda dihabiskan dengan perkara berfaedah.
Gumam Jungseo dalam hati. Seungwoo Bodoh!

Jungseo merentap kasar tangannya sehinggakan terlepas dari genggaman Seungwoo. Lingkaran merah terbentuk, kuat juga Seungwoo mencengkamnya tadi.

Rasa sakit dipergelangan tangan diabaikan, sakit di hatinya bukan main kepalang. Seungwoo dengan alasan bodohnya itu buatkan Jungseo sakit hati. Dia melangkah ingin keluar dari rumah itu.

"Tunggu, awak nak ke mana?"

"Ke mana lagi, bagitahu imeo dengan sam─ "

Kata Jungseo terhenti apabila Seungwoo mengucup bibir gadis itu sekejap saja, terbutang luas kedua matanya sampaikan anak mata hendak terkeluar. Berani sekali Seungwoo ini!

"Selangkah awak keluar.." Seungwoo menjilat ulas bibirnya, vibe bad young daddy merasukinya. Jari jemari membuka butang kemeja, "Saya rogol awak."

Jungseo membeku tanpa pergerakan, tubuhnya sudah ditahan Seungwoo. Mahu melawan tapi tidak mampu, tenaga lelaki lebih mendominasi.

➳❥ tbc

im sorry seungwoo sebenarnya jahat 😢
plot twist macam apa ini!
haha ada lagi dua plot twist sebelum ending.

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now