D. XII

166 43 29
                                    

------

"Kau tau.." Bisik Jiyoung,
"Ran tu kan jenis yang ehem.. "

"Jiyoon, kaulah yang sambung, aku tak tahu macam mana nak cakap." Jiyoung mengalah, dia buntu kata. Sukar untuk diluahkan bagaimana perilaku Hong Ran itu.

"Haish kau ni." Keluh Jiyoon. Tapi akhirnya dia akur juga.

"Begini ceritanya, si Ran tu kan. Dia tu asal sahaja ada lelaki yang popular mesti nak cop dia yang punya. Kan sekarang ni Seungyoun popular?" Jelas Jiyoon.

Nama Seungyoun mendadak naik sebab pencapaiannya yang cemerlang dalam kedua-dua aspek— akademi dan kokurikulum.

Baru-baru ini juga, dia selaku kapten team basketball berjaya harumkan nama sekolah kerana kemenangan melawan sekolah-sekolah.

"Dulu Seungwoo, sekarang Seungyoun." Tambah Jiyoon lagi, "Lama-lama nanti, semua lelaki dekat sekolah ni dia nakkan." Sambungnya.

Jungseo agak terkedu dan terkejut dalam masa yang sama, dia tak sangka yang Ran berperangai seperti itu. Harapkan sahaja wajah cantik, sentiasa kemas ke sekolah, pakaian branded, rambut sentiasa dirata rapi dan menarik.

Bukan macam Jungseo dengan gengnya dua ekor itu. Selekeh, comot, jelek, suka rehat tepi longkang.

"Tapi, kau sendiri tahukan, Seungyoun tu perangai dia macam mana?" Tanya Jiyoon.

Jungseo mengangguk perlahan.
"Tahu." Jawabnya pendek.

"Biarpun si Ran tu terhegeh kejar Seungyoun. Tapi, tetap juga Seungyoun tak pernah layan dia." Sampuk Jiyoung yang kembali bersuara.

"Maksudnya?" Tanya Jungseo. Dia saja nak tahu.

"Hari tu, Ran bagi coklat dekat Seungyoun." Cerita Jiyoung.

"Habistu? Seungyoun terima?" Tanya Jungseo lagi, nak tahu kelanjutan cerita.

"Terima." Jawab Jiyoung pendek.

Jungseo terkejut, dan hairan juga dalam masa yang sama.

"Dia terima tapi, dia baling dekat buaya kelaparan." Potong Jiyoon.

"Ha? Mak— "

"Vernon dengan Hangyul, buaya kelaparan. Kan berdua tu tak tolak makanan, bagi tahi ayam pun dorang terima." Sambung Jiyoon.

Mereka bertiga ketawa girang dengan cerita tadi. Tapi, Jungseo dapat merasakan perasaan hatinya yang senang dan lega.

Jangan cakap yang Jungseo lega sebab Ran tiada kaitan langsung dengan Seungyoun.

- flashback mode off -

-----

Seungyoun berganjak berdiri, dan berjalan memajukan dirinya pada Jungseo yang sedang bersandar di katil. Refleks Jungseo menarik selimut katil menutup badannya.

Mahunya, ingin bungkus diri dalam selimut. Seungyoun agak menakutkan. Entah setan apa lagi yang merasuki anak ini.

Ingin sahaja Jungseo memukul dengan keras Seungyoun gunakan bantal— untuk menghalau setan dalam badan lelaki itu.

Dahi yang tersembul keluar dari selimut itu disentuh oleh Seungyoun. Bagaikan dihipnotis, Jungseo hanya mampu mendiamkan diri sambil perhatikan perlakuan Seungyoun ke atasnya.

"Demam." Gumam Seungyoun perlahan, namun dapat didengari oleh Jungseo.

"Balik nanti, minum ubat. Lepastu, tidur." Tambahnya lagi. Seungyoun kembali duduk di tempatnya.

"Kau dengar tadi aku pesan apa?"

"N- nae.." Jungseo agak tergagap. Seungyoun ni pelik, tadi marah-marah sekarang baik pula.

Soal jantungnya si Jungseo, jangan ditanya.
Rasanya hendak tercabut dari tubuhnya sekarang juga!

cleck

Jungseo dan Seungyoun refleks memandang ke arah pintu yang dibuka dari luar. Itu Cikgu Jiho.

"Ah, Jiho-ssaem.." Kata Seungyoun.

"Jungseo, imeo kamu dah sampai." Maklum Jiho-ssaem.

"Nae ssaem. Gumawo." Jungseo berganjak berdiri dan berkemas.

Baru sahaja dia hendak turun dari katil, Seungyoun memapah tubuhnya. Bahu gadis itu dipeluknya dari sisi belakang, untuk memastikan Jungseo supaya berdiri stabil.

"Aku masih ada sifat perikemanusiaan tak biarkan orang sakit jalan sendiri."  Ucap Seungyoun perlahan, tapi dapat didengar oleh Jungseo dan jarak mereka berdua dekat sekali.

Cikgu Jiho pula mengemas bilik kesihatan. Rasanya, dia tak perlu bantu Jungseo sebab Seungyoun dah ada.

------

"Ma, pesan dia suruh makan ubat dan rehat." Kata Seungyoun. Kembali mengulang pesannya tadi.

Kini, dia sudah selesai bantu Jungseo duduk sebelah mamanya dalam kereta.

"Nae youn. Risau sangat kamu ni dekat Jungseo." Usik mamanya, saja nak usik anak lelakinya itu.

Seungyoun pula. Terus masuk ke blok akademi.
Cuba sembunyi wajahnya yang merona merah.

Tak lama kemudian, enjin kereta dihidupkan. Audi A6 silver itu meluncur laju di jalan raya bertar.

"Jungseo, jangan ambil hati sangat dengan anak imeo tu. Seungyoun memang macam tu, dia risaukan kamu sebenarnya." Yoomi imeo buka bicara, tapi Jungseo dah tidur semula.

Tanpa disedari, Jungseo dapat dengar dengan samar-samar kata-kata Yoomi imeo tadi.

Seungyoun risaukan aku?
Gumam hati Jungseo. Dalam tidur dia tersenyum.

➳❥ tbc

------

anyone miss woo-seo moments?
want for next? or prefer youn-seo?

thanks masih ikut perkembangan fanfic ni 😢
nak tanya, bagi korang jalan cerita fanfic ni
macam mana?

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now