D. XVIII

132 34 10
                                    

------

"Noona!" Panggil Dohyon. "Kalau boleh esok Dohyon nak bawa Noona keluar." Lanjutnya lagi.

"Keluar? Nak ke mana?" Tanya Jungseo pula. Mereka berdua kini berjalan keluar dari kawasan perkarangan sekolah.

"Sebagai tanda terima kasih kumpulan kami, Dohyon dengan Heejin akan belanja noona hehe.." Dohyon menggaru-garu pipinya dengan jari telunjuk.

Malu nak cakap sebenarnya. Tetapi, mereka sekumpulan terhutang budi sunbaenim Eun ini, sudah mengajar mereka konsep untuk buat water rocket project physics.

"Uwu.. Comelnya kamu Dohyon!" Jungseo mencubit kedua belah pipi Dohyon. Comel benar akan dolphin itu, kan geram jadinya dia.

------

Jungseo memutuskan untuk menaiki bas, dia menunggu di pondok bas stesen Hyehwa. Tetapi, satupun bas belum sampai kerana belum waktu puncak orang balik kerja. Terpaksalah, dia menunggu walau kemalaman.

Pin pon! *sorry, sound effect hancur

Audi R8 berhenti di stesen itu. Jungseo pandang kiri kanannya, manalah tahu ada orang lain. Tapi tiada. Cermin kereta diturunkan, kepala Seungwoo tersembur keluar.

"Jungseo, sini!" Panggilnya dengan tangan melambai.

Jungseo menggeleng, menolak. Dia terfikir yang sekarang ini kes penculikan berleluasa. Siapa tahu nanti, dia diculik organnya dijual ke luar negara. Aduh, nanti mati tak lengkap anggota badan.

"Ini, Wooseok yang drive. Sekali hantar saya pulang. Tumpanglah sekali." Tambah Seungwoo lagi. Jungseo jadi yakin, dia kenal mereka berdua ini.

Tanpa membuang masa, Jungseo masuk ke dalam perut kereta itu.

------

Keesokan harinya, hari cuti. Jungseo memakai coat dufel sebab cuaca sejuk. Mereka sudah berjanji dengan Dohyon dan Heejin untuk keluar, awaslah berdua itu, nanti Jungseo akan minta belanja ke restoran mewah baru tahu langit tinggi atau rendah selama ni.

"Kau nak ke mana?"

Jungseo yang minum air di dapur itu terkejut, dadanya disapu perlahan, nasiblah tak tersembur keluar jus orange dari dalam mulutnya itu. Selain menyakitkan hati orang, Seungyoun juga hobi membuatkan jantung orang tercabut.

Jungseo diam, malas bercakap dengan orang tsundere ini. Paling-paling pun, hanya dibalas dengan sepatah dua patah perkataan.

"Lain kali, minum guna cawan." Tegur Seungyoun.
"Cubalah jaga sikap sikit, kau tu perempuan." Tambahnya lagi.

Jungseo tersengih macam orang dungu, memang kebiasaan dirinya minum tungap botol. "Ya, ya. Sorry." Jawab Jungseo.

Dia berjalan melintasi Seungyoun yang berdiri bersandar pada pintu. Belum sempat Jungseo melangkah melepasinya, Seungyoun menahan lengan gadis itu.

"Eh-"

"Pulang jam berapa?"

"Ha?"

"Aku yang ambil kau."

"Apa?"

"Aku malas nak ulang cakap. Sebelum jam 5 petang, kau mesti ada dekat rumah atau aku-- "

" ─Ya, sudah. Saya bukan budak kecil lagi, nak arah itu ini, saya pandai berdikari..."

Jungseo terkedu, tidak sempat menghabiskan katanya kerana Seungyoun menyapu lembut kepala gadis itu.

"Jaga diri." Ucap Seungyoun perlahan sambil Jungseo berlari keluar rumah, sebelum jantungnya meledak di situ juga. Jantung yang bedetak abnormal itu coba ditenangkan dengan memegang dadanya sendiri.

Mimpi apa si setan itu jadi baik begini, ah pabo Jungseo jangan fikirkan sangat. Mungkin, dah tertukar identiti dengan Seungwoo?

------

"Kita makan dekat subway hujung jalan Nongdae tu je. Noona gurau je nak pergi Restoran Jepun tu." Ucap Jungseo.

Heejin dan Dohyon menghela nafas lega. Kalau tidak, habislah bocor dompet mereka.

"Okay, jom."

"Noona nak makan Topokki !"

"Heejin nak makan Bingsu!"

------

Selepas sahaja keluar makan dan bermain di pusat Arcade, mereka bertiga dalam perjalanan pulang. Heejin mengikuti Dohyon pulang bersama kerena mereka, kan.. pasangan kekasih.

Teman lelaki apa, tak hantar pulang girlfriend sendiri? Itu tidak patut digelar sebagai lelaki! Dohyon, dia anak baik. Sebab itulah, dia hantar Heejin.

Jungseo pula menolak untuk dihantar oleh ommanya Dohyon, cukuplah dia sudah buatkan poket dua pasangan kekasih itu bocor sebab belanjanya makan. Dia tidak mahu menyusahkan mereka lagi.

Lagipula, Jungeo ikhlas menolong mereka. Namun, Dohyon selaku ketua kumpulan memaksa dan berkeras mahu belanja Jungseo sebagai tanda terima kasih mereka.

Sedar tak sedar, Jungseo berjalan sambil on call dengan Jiyeong. Hanya berborak kecil soal comeback terbaru artis yang mereka idolakan─ Woodz dengan lagunya Love Me Harder.

"Ya, aku tahu. Woodzeu aku hensem.."

"Tapi, kau dah dengar lagu dia yang tajuk apa tu ah, kejap lupa. Oh ya, Buck. Wow! Dengan fav rapper aku punchnello! pemenang Show Me The Money 8 HUWAAA! "

"Cakap pasal Show Me The Money kan, aku teringat SMTM5. Waktu tu Woodz, ada ikut sekali kan? Masa tu, dia guna nama Luizy."

"Ya, aku harap SMTM9 oktober ni, Woodz ikut juga!"

"Woi! Aku pun fikir benda yang sama!"

"Memanglah, kan kita geng. Sehati sejantung sepeparu sepankreas."

"Eh, pabo! Kalau macam tu, kita kembar siamlah. Ee taknak aku kongsi organ─ "

Tut. Jungseo mematikan panggilan. Matanya tertancap pada kereta Audi R8 hitam yang diparkir berhadapan kelab malam Octagon.

➳❥ tbc

keep streaming parahge!
uri all-rounder man daebak ah, kan?
saya suka sangat mv tu, dan semua tracklist.

lagi-lagi lagu buck,
uri uyon ft dengan fav rapper saya,
pemenang smtm8 ㅠㅠ punchnello.

entah kenapa saya harap uyon dapat
participate dalam smtm9 oktober nanti!
i want to see him again on the stage!

[DC] Duplicate.Where stories live. Discover now