------
"Seungwoo... lepaskan saya." Rayu Jungseo, dia menekup wajahnya ketakutan. Dia menangis, kedengaran esakan tangisan perlahan.
Seungwoo si malaikat sudah berubah jadi setan.
Kemeja dicampak ke atas sofa, tubuh kecil Jungseo yang dikuncinya di dinding tadi disentuh perlahan di area bahu gadis itu. Jungseo menepis tangan Seungwoo dengan berani.
"Awak jahat, Seungwoo."
"Awak bukan Seungwoo yang saya kenal."
"Setan, iblis yang merasuk Seungwoo tolong keluar."
Jungseo mengamuk dengan menampar pipi belah kiri Seungwoo, menjadi panas membara hati lelaki itu. Tangannya beralih menyentuh pinggang Jungseo ingin mengangkat gadis itu.
Bbuk!
Pintu rumah dihempas sekali lagi dari luar, Seungyoun meluru masuk dengan laju. Ditarik badan Seungwoo yang tidak berbaju itu menjauhi Jungseo.
Penumbuk dikepal dan dihadiahkan dipipi kanan si abang, Seungwoo sudah melampau. Sudah jadi tanggungjawab mereka untuk jaga Jungseo sementara dia di sana, tetapi Seungwoo pula ingin merosakkan gadis itu.
Hati Seungyoun geram dengan abangnya itu.
"Woo sedarlah! Apa yang kau dah buat dekat dia!" Kembali ditumbuk muka Seungwoo.
Keduanya saling berkelahi, Jungseo pula berlari keluar dari rumah tanpa arah tuju. Apa yang dia mahu sekarang ini adalah ketenangan, sukar untuk dia menerima hakikat─ Seungwoo selama ini disangka baik itu hampir mengacaunya.
------
Di rumah Jiyoon, Jungseo menumpang di rumah Jiyoon sementara sebab terlalu bersedih. Lagipula, sedih kerana appanya sudah tiada memberi khabar, bertambah sedihnya apabila diperlakukan oleh Seungwoo sebegitu.
"Jung, sabarlah. Awak jangan nangis lagi." Pujuk Jiyoung, dia juga mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Jiyoon bersama Jungseo.
"Kalau awak tak henti nangis lagi, butalah mata awak tu." Gurau Jiyoon, Jungseo tertawa kecil. Kawannya itu pandai menghibur hati yang sedang sedih.
"Saya cuma.. sedih." Jungseo menyapu air matanya dengan selimutnya Jiyoon.
"Tapikan, Jung. Saya rasa yang Seungyoun tu.. sukakan awaklah." Jiyeong menyuarakan pendapatnya. Menurut cerita Jungseo yang Seungyoun sudah mula tidak berlaku kasar padanya.
"Taklah, dia buat baik dekat saya sebab itu tanggungjawab appa."
------
Pintu bilik Jiyoon diketuk dari luar, ibunya memanggil Jungseo.
"Yoon, mana Jungseo? Ada orang cari dekat bawah tu." Ujar Puan Woo.Jungseo tak banyak songeh, pastinya itu Seungyoun yang datang sebab memujuknya. Jujur, Jungseo suka kalau Seungyoun yang datang sebab dia masih takut-takut dengan Seungwoo.
Sebaik sahaja tiba di halaman rumah, Yoomi imeo dan Seokhoon samcheon keluar dari kereta mereka. Jungseo terkedu sebentar.
"Maafkan anak imeo, ya Jungseo. Mari kita pulang."
"Samcheon ada nak bincang dengan kamu. Pasal telegraf kiriman Jungho."
Demi telegraf kiriman appanya, Jungseo sanggup pulang semula ke rumah marga Cho itu.
------
Berkumpul di ruang tamu, hanya Seokhoon samcheon, Yoomi imeo dan Jungseo. Kedua anak mereka dengan kerja masing-masing, Seungwoo pula habis dimarahi oleh ayahnya kerana kelakuannya selama ini.
Akhirnya, Seungyoun membuka cerita. Menyebabkan abangnya itu dimarahi teruk, hampir sahaja Seungwoo dibelasah oleh ayahnya namun, Seungyoun menghalang dengan mengatakan itu semua adalah salahnya yang tidak memberitahu lebih awal sehinggakan Seungwoo naik melampau.
Yoomi imeo mengambil telegraf kiriman itu, sampul besar diberikan Jungseo. "Kamu bukalah."
Tanpa berlengah, Jungseo membuka sampul itu. Tapi, peliknya bukan nama kiriman ayahnya tetapi nama pejabat tempat ayahnya bertugas. KNIS - Korean National Intelligent Service.
Sebaik sahaja surat itu dibuka, dan dibaca Jungseo menangis sekuat dan semahunya. Dia tidak sangka nasib yang menimpa ayahnya di sana. Kedua imeo dan samcheon memeluk gadis kecil itu, mereka turut bersedih dengan pemergian Jungho.
Surat itu menjelaskan yang Jungho-- ayah kepada Jungseo telah ditawan pihak tentera Korea Utara, dan dalam tahanan mereka. Jungho telah pergi meninggalkan dunia 3 bulan yang lalu kerana dibunuh oleh gazi Korea Utara.
Jungseo kini bersendiri, sebatang kara. Dia sudah tiada tempat bergantung. Orang tempat dia menumpang ini bukanlah sesiapa baginya, hanya rakan kepada mendiang ayahnya sahaja.
"Jungseo, kamu boleh tinggal di rumah samcheon mulai sekarang."
"Imeo dah lama anggap kamu macam anak imeo sendiri."
Namun, Jungseo menggeleng lemah. Dia sudah cukup menyusahkan keluarga ini. 6 bulan tinggal bersama mereka, banyak kenangan dibina bersama. Lagi-lagi, dengan dua si kembar yang berbeza keperibadian itu.
➳❥ tbc
plot twist kedua done!
satu lagi plot twist akan menyusul
YOU ARE READING
[DC] Duplicate.
Fanfiction❛❛Seungwoo malaikat, Seungyoun setan.❜❜ START ⋮ 23/O3/2O2O END ⋮ dd/mm/yyyy ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O