BAB 2

547 35 5
                                    

Terdengar satu suara yang cukup lantang untuk membuatkan budak lelaki itu semua membuka langkah seribu. Amiesya pula, berasa lega untuk seketika. Perasaan takut mula datang menghantui dirinya apabila...

"Yang kau belum balik lagi ni kenapa, hah?"

cukup pertanyaan ringkas itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Aduh, siapa pulak ni? Aku kena perangkap lagi ke ni? Takpe lah Amy, kalau abang senior pun, cakap je yang kau pergi washroom tadi. Yes, Amy! You can do this! Amiesya pun mula mengumpul segala keberaniannya untuk menghadap dengan pemilik suara yang garang tadi.

"Sebenarnya..."

terhenti ayat Amiesya melihat wajah yang cukup dikenali. Benda pertama yang dia buat lepas tengok wajah itu adalah, menghembus nafas yang sangat lega! Ya, yang ni bukan abang senior ke apa...ni Hafez!!

"Hah? Apa sebenarnya-sebenarnya ni? Jawablah soalan aku tu. Kenapa belum balik lagi?"

"Oh, awak rupanya! Ingatkan senior tadi. Ermmm..entahlah. Mak saya pun belum muncul lagi. Mungkin ada kerja lebih kat ofis kot...Awak..."

baru ingin menyambungkan soalannya, tiba-tiba, satu tumbukan yang kuat dilayang ke muka Hafez sehingga dia jatuh tersungkur. Terkejut buat Amiesya melihat Hafez diperlakukan begitu. Lantas dia terduduk untuk membantu Hafez bangun. Namun...

"Apa Amy buat ni? Kenapa nak tolong budak ni?"

lantas kepala Amy memandang kepada seorang budak lelaki yang kini berada di depannya sambil mencekak pinggang. Tadi terkejut sebab Hafez ditumbuk, sekarang, tengok lelaki di hadapannya pun dah terkejut dah..hampeh betullah merungut Amiesya dalam hatinya.

"Abang Imran! Buat ape kat sini? Kenapa belum balik lagi? And kenapa cederakan Hafez ni?!"

bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada anak jirannya, Imran. Dari kecil dulu sampailah sekarang, Imran memang bersikap protective dan possesive dengan Amiesya.Kononnya, dia lebih tua setahun daripada Amy dan mahu sangat menjaganya.Lagi-lagi,dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada gadis pujaannya itu.

"Amy tanya kenapa abang cederakan budak ni? Dari tadi abang tengok budak ni dah macam nak pukul Amy tau. Sebab tu lah abang datang selamatkan Amy sebelum dia serang Hafez..."

"Abang tak payah nak selamatkan Amy pon! Dah terlambat lah!"

"Aik...apa maksud Amy?"

"Tadi, ada tiga orang budak lelaki nak buli Amy. Pastu akulah yang selamatkan dia! Yang nak tumbuk aku pulak ape cite? Yah jaanana bhaagyashaalee tha ki mainne use bachaaya!"

pantas Hafez pula yang menjawab. Bukan menjawab ni..tapi menengking! Naik geram pula Hafez apabila ada orang yang melayangkan tangan ke dirinya. Sebelum ini, mama dan papanya pun tak pernah melayannya begitu. Ini, terus dapat penumbuk...tapi tak bersebab!

"Hah? Kau cakap ape tadi? Tak faham lah!"

Imran pun sudah naik bengang. Apo ni? Nak cakap...cakap lah dalam bahasa yang boleh faham? Apo ni bachaaya, belacan?

Hanya dengan padangan sinis, Hafez pun berlalu dari situ, dengan menyandang beg sandangnya yang terlepas dari pegangan itu akibat ditumbuk oleh si Imran tu.

"Eeee..geram pulak aku dengan budak ni! Siapa nama dia eh Amy? Karang aku add nama dia dekat buku disiplin..baru ada akal sikit!

Hampeh betul lah Imran ni! Sikit sikit buku disiplin! bebel Amiesya dalam hatinya itu. Sejak Imran dilantik sebagai pengawas, sejak itulah dia mula jaga Amiesya dengan berlebih-lebihan. Kalau ada sahaja yang berani buli Amiesya...hah,pergi mamposlah dengan bebelan si Imran tu!

"Sudahlah bang...hah, yang abang belum balik lagi ni kenapa?"

agak pelik juga dengan Imran ni. Selalunya, dalam waktu ni dah balik rumah. Tapi, belum balik lagi ni! Ape kes ni?

"Hah? Ermm entahlah...mama belum sampai lagi..Tapi Amy..."

sebelum Imran mampu meneruskan kata-katanya, muncullah sebuah kereta yang agak mewah di depan sekolah mereka. Dalam diam, Imran mengeluh kecil kerana tidak dapat meneruskan hajatnya untuk menyanakan soalan yang difikir-fikirkan di kepala otaknya sejak dari tadi.

"Baiklah Amy. Abang balik dulu ye...mak dah sampai nih.."

katanya sambil menunjukkan kereta mewah milik ibunya itu. Fuh!Akhirnya..dah balik dah dia ni! Amiesya pun melepaskan nafas yang amat lega. Baru sahaja ingin beredar dari situ...

"Eh..Amy! Belum balik lagi? Meh auntie yang antarkan."

Aduh!! Hampeh betullah! Tadi anak...karang mak pulak? Amiesya mengeluh dalam hati. Lalu dia memandang Datin Mariana dan...

"Ermm..takpelah auntie. Kejap lagi mak Amy dah sampai dah..auntie jalan dulu ye?"

"Ye ke? Kalau macam tu, auntie pergi dulu ye? Assalamualaikum."

"Walaikummusalam, auntie"

Lalu kereta Honda Civic yang berwarna hitam itu berlalu dari situ. Terus Amiesya melepaskan nafas yang lega bagi kali kedua. Lalu dia pun beredar dari situ. Selepas itu...

"Eh,awak dari tadi duduk dekat sini ke?"

terkejut Amiesya apabila melihat Hafez yang dari tadi duduk di tempat duduk yang disediakan dalam sekolahnya. Ingatkan dah balik tadi...rupanya ada kat sini! Hatinya mula bermonolog sendiri dan lalu dia mengambil tempat di depan Hafez.

Walau bagaimanapun, Hafez hanya mendiamkan diri. Dah lah sebab dia, tak pasal-pasal kena satu penumbuk! Boleh pulak dia rilek je. Karang aku bagi satu penumbuk baru tau! perasaan geramnya hanya dapat disimpan dalam hatinya. Tetapi, Hafez cepat-cepat beristigfar dan hanya tetap mendiamkan diri.

Melihatkan Hafez hanya mendiamkan diri, Amiesya pun takde pilihan lain selain mendiamkan diri juga. Lama juga mereka diam aje..sehinggalah...

"Eh..korang belum balik lagi ke ni?"

Satu suara telah memecahkan kesunyian antara mereka. Lalu Hafez dan Amiesya serentak memandang orang yang dihadapannya sekarang. Alangkah terkejutnya apabila melihat guru kelas di hadapanny sekarang. Pantas Amiesya menjawab,

"Ermm..belum lagi cikgu...tengah tunggu untuk mak ni..."

"Hafez, kamu pula?"

"Saya pun cikgu...mak saya belum sampai lagi kot"

"Tapi, dah lambat sangat nih...saya cuba call mak korang eh?"

Pantas Amiesya mengganguk. Dari tadi,dia sudah lama cuba untuk menahan bunyi dari perutnya. Nak beli makanan kat kantin, dah tutup. Dah tak larat lagi nak menahan bunyi ni, berbisik dalam hatinya





Google translate gaiss...hehhehe

Kali ni..satu je dialog die...

1. Yah jaanana bhaagyashaalee tha ki mainne use bachaaya! (Dah kira beruntung tau aku selamatkan dia!)



Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now