BAB 15

325 25 3
                                    

Hafez's POV:

Lamunanku terhenti apabila aku terdengar satu ketukan di pintuku. Keningku kembali bertaut saat aku melihat tukang cuciku, yang berdiri di depan bilikku. Baru je aku pukul dia, takkanlah nak lagi?! Perasaan benci dan geram kembali muncul apabila dia hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.

"Kau nak apa?? Asal kau muncul balik? Tak cukup ke yang aku bagi? Nak lagi?"

"Eh, bukan macam tu abang...eh sorry, t...t...tuan. Datin suruh tuan..."

Tapi sebelum dia dapat menghabiskan ayatnya, tanganku melingkar pinggangnya dan terus tarik ke dalam dadaku, membuatkan dia terkejut.

"T..t..tuan buat apa ni...?"

"Kau panggil apa aku tadi?"

"Ermm..."

"Cakaplah! Sebelum aku cium kau!"

"A..ab...abang. Tapi saya minta m..m..maaf tuan! Saya tak sengaja. Sumpah... demi Allah!"

"Hmmmm..."

Agak lama juga kami berada di posisi begitu. Tanganku di pinggangnya dan tangan kecilnya di dadaku. Dan mata kami bertemu. Entah kenapa, aku rasa macam aku pernah buat macam ni dulu...

Aku melepaskan peganganku dari pinggangnya saat ibuku mula menjerit dari bawah untuk makan sarapan yang disediakan. Aku mengeluh kecil dan meraup rambut halusku. Dan selepas itu,

"Baik tuan, saya t..t..turun dulu ye?"

Tapi aku menghalangnya dengan menarik tangannya dengan lembut. Dia menoleh ke arahku dan sebelum dia boleh berkata apa-apa, aku memotongnya...

"A..a..aku sebenarnya nak minta maaf pasal tadi. Aku tak sengaja. Entahlah, sejak aku dikeluarkan dari hospital, aku asyik mimpikan kau je...kau siapa sebenarnya? Kenapa kau muncul dalam mimpiku setiap hari?"

"S..s..saya...tak tau lah t..t..tuan..saya tak tau kenapa..."

"Kau ada macam tu ke?"

"Macam mana tuan?"

"Macam...aku muncul dalam mimpi kau ke..."

"Ermm, takde pulak macam tu tuan..."

Aku agak kecewa selepas mendengar jawapan itu dari mulut dia. Ingatkan dia akan mengiakan..rupanya tak! Aku mengeluh kecil bagi kali kedua dan mataku kembali bertemu dengan matanya. Tetapi...

"Baiklah tuan, kalau takde apa-apa, saya pergi dulu ye?"

Dan aku hanya mengangguk, menunjukkan yang aku membenarkannya untuk pergi. Selepas itu, aku pun masuk ke dalam bilikku, dan mencapai tualaku untuk membersihkan diri. Selepas aku sikat rambutku, aku terus turun bawah, melihat Amiesya yang sedang berdiri kaku di sebelah meja. Dan selepas itu, senyuman nakal terukir di bibirku...


Amiesya's POV:

"Ah, mak kau!"

Terkejut aku bila Hafez membisik sesuatu kat telingaku. Aku hampir jatuh dengan kejutan dia ni. Yelah, aku sibuk memikir tentang peristiwa tadi dan boleh pulak dia buat cam tu kat aku!

"Ish, tuan ni! Selalu buat saya macam ni. Alamatnya nanti saya masuk hospital lah dengan kejutan yang tuan bagi ni!"

"Eleh, masuk hospital konon! Hah, yang kau termenung tu apa? Kau kena faham, orang yang termenung ni, biasanya sebab dia tengah meditate ataupun tengah bercinta. Kau yang mana satu?"

Terkejut aku apabila Hafez berkata begitu! Mataku terbeliak dengan apa yang suamiku berkata tadi. Tapi sebelum dia dapat berkata apa-apa, Hafez memotong percakapanku buat kali ketiga. Haishhh..dia ni...

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now