"Abang...kenapa pandang Amy macam tu?"
Masih tiada respon dari mulutnya.
Agak seram jugak bila dia pandang aku macam tu..haishh..dah kenapa ni..mengomel dalam hatinya.
"Takde lah...saje..pandang isteri abang pun tak boleh ke?"
Dan Amiesya hanya melepaskan nafas lega. Ingatkan apa tadi! Haishh Hafez ni...
"Hah ni..Amy nak tanya.."
"Ya sayang? Nak tanya apa ni?"
Dan Hafez pun membetulkan kedudukannya di katil. Rasa tak selesa pulak bila asyik baring je kat katil tu. Dah macam anak patung dah! Badannya sudah ditegakkan dan hanya punggung dan kakinya sahaja yang bersentuhan dengan tilam katil.
"Pasal Langkawi tuu..kenapa abang tak bagitau Amy? Rahsia dengan kita pulak!"
Dan tangannya disilangkan ke dadanya sambil memuncungkan bibirnya. Tak sampai seminit dia berbuat demikian, tiba-tiba...
CUPP!
Terasa sesuatu yang menyapa bibirnya. Lembut! Apabila matanya dibuka, matanya membulat apabila melihat kedudukan Hafez yang sangat rapat dengannya. Melihat suaminya yang terleka dengan ciuman tersebut, dia hanya membalas ciuman tersebut, dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Agak lama juga mereka berada dalam keadaan begitu sehinggalah Hafez mula menarik semula wajahnya daripada Amiesya. Nafasnya tak teratur, sama seperti Amiesya. Bibirnya tersenyum apabila melihat muka isterinya yang sudahpun merah merona.
Lalu dia membisik dalam telinga Amiesya,
"Abang tak suka sayang muncungkan bibir ni. Sayang kena ingat, iman abang tak kuat tau bila sayang ada dengan abang. Entah macam mana sayang nak tinggal dengan abang nanti kat Langkawi...kesiannn..."
Dan dia pun menjarakkan wajahnya daripada telinga Amiesya selepas cium di pipi kanannya pula. Heishhh dia ni..suka sangat cium orang! Dah lah tak minta izin! Nakal betul!
Tapi kalau namanya dah Hafez Ilham...memang nakal...kan?
"A...A...Abang ni...haishh..entahlah nak cakap apa..nakal sangat! Dari dulu sampailah sekarang.."
Dan terus dia memukul lengan Hafez dan tergelak.
"Dengan sayang je tau abang nakal!"
Dan selepas itu, Hafez pun sama-sama gelak dengan Amiesya.
Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh, dengan perasaan yang penuh dengan dendam dan benci...
.....
"Yeyyy..dah sampai Langkawiii!!!"
Amiesya terjerit kecil apabila mereka akhirnya sampai ke destinasi mereka. Hafez hanya tergelak kecil melihat gelagat isterinya. Comel!
"Ish sayang ni..agak-agak lah..kita kat tempat awam kot.."
"Eleh..biarlah! Penat tau tak? Aishh..jom lah bang...gi hotel dulu..letak barang astu gi makan. Jom."
"Alah, ingatkan nak bermanja dengan sayang dulu kat bilik...sayang nii.."
"Eh..tadi manja-manja kat aeroplane tu..tak cukup? Sebab abang tau tak Amy penat ni? Kacau daun betul!"
lalu Amiesya memukul lengan sasa Hafez dengan kuat.
"Auchh..sakit..."
Orang yang dipukul...tak sakit..tapi orang yang memukul pulak yang sakit! Huhuhu...
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
Любовные романыMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...