Cukup ayat dari mulut Hafez membuatkan mata Amiesya membulat! Dia terkejut! Suaminya panggil dia 'sayang'! Maksudnya...
"Hafez, awak ingat semuanya ke?!"
tiada respon daripadanya. Ialah, tuan punya badan sibuk merenung dirinya!
"Hafez,Hafez!"
lalu Amiesya mengoncangkan bahu suaminya dengan perlahan. Dan selepas itu, Hafez sedar daripada lamunannya dan memandang Amiesya...dengan penuh rasa benci dan marah.
"Eiii pompuan! Asal kau masuk bilik aku ah? Dah banyak kali aku suruh kau ketuk pintu an?! Kenapa tak buat camtu??? Pompuan tak guna!"
dengan penuh perasaan benci dan marah, Hafez menarik rambut Amiesya dan hentak kepalanya ke dinding. Amiesya meraung dalam kesakitan. Tapi, sakit di kepalanya tidak boleh dibanding dengan sakit di hatinya. Sungguh, dia 'ter'percaya yang memori suaminya sudah kembali..rupa-rupanya belum lagi. Aishh...
"S..s..saya sebenarnya nak k..k..ketuk pintu tadi. Tapi lepas dengar bunyi kuat kat b..b..bilik tuan, saya terus m..m..masuk dalam. Tuan terjatuh d..d..dari katil.."
suaranya tersekat-sekat. Dia tak dapat menahan sakitnya dalam kepala dan darah mula mengalir dari kepalanya...
"So, kau nak angkat aku ke hah? Hey kau! Pompuan cam kau ni memang tergila-gilakan harta kan? Lagi-lagi aku. Aku tau aku ni handsome, tapi kau ingat, aku takkan pilih pompuan jenis kau ni! Mata duitan!"
lalu Hafez mendorong Amiesya ke arah laci, membuatkan dahinya terhantuk dengan sudut laci yang tajam. Darah yang berhenti mengalir, kembali mengalir bagi kali kedua.
"Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok kau dekat bilik aku lak, lagi sekali! Kalau tak...siap kau eh! Now get lost!"
dijerkah begitu kepada Amiesya. Jerit macam mana sekali pun, Amiesya tetap sabar. Kerana dia tahu, apa yang berlaku semua ni bukan seperti biasa...
Dan selepas itu, dia keluar dari bilik luas Hafez, meninggalkannya berseorangan di situ, sambil menyeka air matanya yang tidak dapat dikawal...
Hafez's POV:
Lepas dia keluar dari bilik tu, aku terus mengeluh kasar. Arghhh! Kenapa aku jadi cam ni?! Kenapa dengan aku ni? Dan siapa dia ni sehingga dia muncul dalam mimpi aku setiap malam sejak aku discharge dari hospital? Pelbagai soalan mula menghantui diriku lepas tu.
Ya, malam tadi, aku mimpi pasal dia! Lagi-lagi, aku mimpi yang aku kahwin dengan dia! Ya Allah, kenapa lah aku kena mimpi macam tu...padahal sebenarnya aku boleh je mimpi yang aku hidup bahagia dengan Mia Fateha!
Mimpi Hafez...
"Muhammad Hafez Ilham bin Dato' Azhar..."
"Saya..."
"Aku nikahkan dikau dengan anak aku Amiesya Azmi binti Dato' Muzafar dengan mas kahwinnya RM 1500 tunai."
"Aku terima nikahnya Amiesya Azmi binti Dato' Muzafar dengan mas kahwinnya RM 1500 tunai"
Dan hanya dengan selafaz, aku jadi suami Amiesya yang sah. Dan selepas semua mengangguk setuju, kami menadah tangan untuk membaca doa. Masa tu, aku bersyukur sangat sebab dapat memperisterikan Amiesya sebagai isteri aku...walaupun tanpa kereleaannya. Yalah, nak buat macam mana? Situasi masa tu tak sesuai untuk dibincang...jadi aku terus setuju..
Lepas tu, kena solat sunat dan penyerahan mas kahwin. Haihh...ia mengambil masa yang agak lama jugak lah. Aku dah mula rasa rimas bila tibanya masa upacara pembatalan air sembahyang..hatiku mula berdebar laju. Selepas tu, aku bangun dari tempat duduk aku, dan menuju ke arah isteriku, yang cantik berhijab. Aku terpesona, melihat kecantikan si isteri aku ni. How did I get so lucky? Aku terfikir sejenak...hehehe..
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomanceMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...