Amiesya's POV:
Aku menghentikan sebuah teksi dan menaikinya. Aku menyuruh pemandu teksi itu untuk memandu dengan laju. Sekarang ni, aku sedang menuju ke alamat tempat yang diberi oleh orang yang tidak kukenal. Yelah, dia dah culik suami aku, takkanlah aku nak berdiam diri je! Berani giler dia nak culik suami aku hah?! Dia belum tahu aku siapa sebenarnya...
Apabila teksi yang dinaiki sudah sampai di destinasi yang suruh kutuju, lantas aku keluar dari perut kereta itu selepas memberi jumlah wang untuk tambang teksi tersebut. Aku mula cari kelibat orang yang memberikan alamat tempat ini. Bukan sahaja dia yang kucari malah aku cari kelibat seseorang lagi.
Kelibat suami aku lah, siapa lagi?
Aku hanya mampu memanjatkan doa agar suamiku akan berada dalam keadaan selamat. Ketika ku sibuk cari mereka, tiba-tiba, aku melihat seseorang yang baring atas tepi jalan tersebut. Dia kelihatan agak lemah juga dan sedang cuba untuk bangun dari baringannya. Tapi, dia tak dapat berbuat demikian kerana badannya kelihatan sangat lemah.
Bila aku mula berjalan ke arahnya, aku dapat melihat bajunya yang basah dengan darah. Sama dengan seluar jeans dia. Jantungku mula berdegup hebat apabila melihat baju itu dan warnanya.
Sebab...baju dan seluar itu sama seperti baju suamiku yang dipakai siang tadi!
Aku mempercepatkan langkahku dan mula berlari ke arahnya. Dan selepas itu, aku tercegat di situ apabila melihat orang yang sedang baring di hadapanku kini.
Dia bukan orang asing...tapi dia Hafez!
Suamiku!
Aku terus membawa Hafez ke pangkuanku. Dan aku menepuk pipinya beberapa kali, memastikan dia belum pengsan lagi. Aku memeriksa nadinya. Alhamdullilah! Nasib baik ada nadi lagi!
"A..A..Abang...abang bangunlah bang! Ni Amy ni..abang buka mata please."
Air mata mula bertakung di tubir mata apabila suamiku tidak memberi apa-apa respon. Ya Allah! Kau janganlah mengambil suamiku daripada ku lagi! Aku belum puas hidup dengannya!
"HAFEZ!!"
Aku menjerit namanya sambil menarik kepalanya ke dadaku. Aku dah tak kesah dengan pandangan pelik yang diberi oleh orang yang berlalu di situ. Bukannya diorang tolong aku pun!
Sungguh, aku rasa sedih sangat. Aku rasa aku hilang sesuatu yang amat berharga dalam hidupku.
Apabila aku memeriksa nadinya bagi kali kedua, jantungku sudahpun berhenti berfungsi.
Sebab...
Nadi suamiku...terhenti!
Ya Ampun, betul ke dia sudah pergi dari hidupku?!
Sedikit demi sedikit, air mata mula gugur dari kelopak mataku.
Dan aku hanya menutup mataku dan memeluk suamiku dengan erat.
Aku tak sangka, pengakhiran kisah cinta aku dan Hafez akan menjadi seperti ini.
Sesuati yang tidak ku sangkakan...
TAMAT
HAHAHAHAH..TERTIPU KE AWAKKKKK...DAH TAKYAH SEDIH,BELUM TAMAT LAGI YE..HIHIIHHI
Kini, aku berada di hospital terkenal di Langkawi, iaitu Hospital Sultanah Maliha. Walaupun aku mendapat tahu nadi suamiku sudah terhenti, aku masih tidak berputus asa. Aku yakin, jodoh kami masih kuat dan Allah akan selamatkan suamiku.
Aku mengesat air mataku dengan kasar. Sedikit demi sedikit, air mata mula membasahi pipiku lagi apabila teringatkan memori-memori lama bersama suamiku.
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomanceMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...