BAB 23

244 18 0
                                    

"Hah..jauh termenung?"

Hafez mengambil tempat di depan Amiesya. Hampir tersembur air latte Amiesya dari mulutnya. Haishh..kalau ye pon..bagilah salam dulu?!

"Hah? Mana ada aku teringatkan kau? Kau ni..memang suka perasan kan?"

"Eh, ada aku kata kau teringatkan aku? Rasanya tak..."

Dan muka Amiesya mula menjadi merah akibat terlepas kata. Aduh..macam mana boleh terlepas kata nii...kan dah kena...mengomel dalam hatinya.

"Ermm..."

"Jadi..teringatkan aku lah ni..kan?"

"Eh! Tapi...ermmm..ish lantak kau lah! Malas nak fikirkan."

"Eleh..yelah tu..cakap je lah kau pun sayangkan aku..."

"Ye memang aku sayangkan kau! Puas?"

Terlopong mulut Hafez. Jadi adakah ini maksudnya...

"Tapi sebagai seorang sahabat je..aku kata aku sayangkan kau..bukan cintakan! Jadi kau jangan fikir macam macam! Tampo kang!"

"Alah..yelahhhhhh...ingatkan dah setuju.."

Hafez cuba kawal riak mukanya lepas dengar jawapan dari Amiesya. Tapi, ternyata..dia tak dapat. Dia hanya mampu mengeluh kecil.

"Kau nak ke jawapannya sekarang? Aku masih perlukan masa...aku minta maaf..."

Dah 2 minggu Hafez melamarnya tetapi Amiesya masih belum memberi jawapannya. Dia cuba bersabar..tapi tak boleh!

"Eh..tak lah! Kau tak payah minta maaf...take your own time, sweetie."

berkatanya sambil mengenyitkan matanya. Haishh dia ni...

"Jap eh..aku nak gi order dulu. Rasa haus pulak..tunggu dekat sini and jangan berani nak lari!"

Ameisya hanya menjeling dan mengganguk. Tangannya mencapai air latte yang dipesan dan diminum perlahan demi perlahan untuk merasakan nikmatnya.

Tapi, selepas beberapa minit...

"Hai Amiesya! Lama tak jumpa!"

Terdengar satu suara yang menegur Amiesya. Apabila menoleh ke arah suara itu, mata Amiesya membulat apabila melihat pemilik kepada suara tersebut. Tak sangka, dia akan muncul dalam hidupnya lagi selepas beberapa tahun. Nak sangat hancur ketenanganku..cis!

"Imran!"

"Yes babe! It's me!"

Selepas itu, dia melabuhkan punggung di depan Amiesya, iaitu di tempat Hafez. Amiesya hanya mampu merengus geram. Dia pegang janji Hafez untuk menunggu di sini. Kalau tak, dah lama berambus dari sini!

"Kau buat apa kat sini Imran?! Nak hancur ketenangan aku lagi ke?! Kau nak apa sebenarnya? Dulu, kau hancurkan persahabatan aku dan Hafez. Bila kau dah berjaya, kau masih kejar aku lagi! Eee..kau memang takde kerja lain ke?!"

Panggilan 'abang' yang digunakan dulu sudah hilang akibat perbuatan kejam yang dilakukan beberapa tahun lepas. Hormat terhadapnya pun sudah tiada walaupun Imran tua setahun daripadanya.

" Saya kejar awak sebab saya sukakan awak Amiesya! Saya cintakan awak! Saya sanggup buat apa saje untuk awak asalkan awak jadi milik saya! Please..fahamkan perasaan saya jugak, Amiesya!"

Tapi sebelum Amiesya dapat menjawabnya...

"Bangun dari tempat aku. SEKARANG!"

Tenang je suara Hafez padahal perasaan marahnya mula membuak-buak di dalam apabila terdengar luahan cinta Imran kepada Amiesya.

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now