"Maafkan saya, awak. Perasaan saya terhadap awak dah mati."
Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Baru beberapa minit Amiesya berlalu dan dia masih berdiri di tempat yang sama.
Tempat parkir kereta.
Dia berharap sangat, Amiesya akan memusingkan keretanya balik dan akan menuju ke arahnya.
Tapi dah lama Amiesya berlalu, mesti dia dah jauh.
Dan perlahan demi perlahan, air matanya mula jatuh, membasahi pipinya.
Ya Allah, adakah ini pengakhiranku dengan Amiesya? Sesungguhnya, aku tak kuat, Ya Allah!
Air matanya diseka kasar dan dia melutut di sana, menekup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya.
Jika inilah takdirku Ya Allah, aku redha. Aku redha melepaskannya...demi kebahagiaannya dan anak kami.
Tapi, tiba-tiba, terasa tangannya di sentuh lembut oleh seseorang. Lantas dia mendongak, melihat seorang perempuan yang sedang tersenyum manis ke arahnya. Pergelangan tangannya dipegang dan ditarik oleh perempuan itu. Dan Hafez hanya menurut.
Air matanya diseka lembut oleh perempuan itu. Dia hanya membiarkan perbuatan perempuan itu. Dan satu kucupan lembut dihadiahkan di kedua-dua belah pipinya. Hafez ternganga.
Pipinya dipegang dan perempuan itu mula bersuara.
"Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya lagi."
Dan tangan Hafez terus memeluk pinggang ramping Amiesya dan mendekatkan wajahnya dengannya.
"Abang janji sayang, abang takkan tinggalkan sayang lagi. I promise you."
Dan hanya dengan sekelip mata, bibir mereka bertaut. Tapi kali ini, mereka berada dalam posisi itu dengan lama sangat. Hafez mengangkat tubuh kecil Amiesya dan mendalamkan lagi ciuman mereka. Amiesya pula hanya membiarkan perlakuan Hafez.
Tidak lama kemudian, ciuman itu dileraikan oleh Amiesya dan dahinya direhatkan di dahi Hafez. Sama juga seperti Hafez. Nafas mereka tercungap-cungap.
"Sayangggg...."
"Hmmm..."
"Sayangg.."
"Apa dia?"
"Sayaanggg"
Dan Amiesya mengangkat wajahnya dan melepaskan pelukannya. Baru sahaja ingin berlalu dari situ..lantas Hafez menarik lengan Amiesya dan memeluk tubuh itu lagi.
"Aik..merajuk ke?"
Bibir Amiesya masih dimuncungkan. Petanda yang dia memang merajuk.
"Sayang...merajuk ke ni?"
"Memang lah! Dari tadi asyik panggil 'sayang' je..tapi tak nak bagitau apa. Mestilah menyampah!"
Hafez tergelak kecil melihat telatah Amiesya yang seperti kanak-kanak. Hailah..nasib sayang nau!
"Betul ke ni nak tau apa yang abang nak cakap?"
"Yelah.."
Dan bibir merah Amiesya dicium sekilas dan terus memandang wajah Amiesya yang sudah kelihatan tak puas hati. Sebelum dia dapat bercakap apa-apa, Hafez sudah memotong.
"I love you."
Dan Amiesya pula tersenyum dan tergelak kecil.
"Laa..ni ke abang nak cakap?"
"Yelah. Takkanlah abang nak cakap abang nak kahwin dengan Mia?"
"Hihihihihi..yela yela.."
Amiesya tersengih melihat suaminya. Haishhh..kenapalah hensem sangat nih?!
YOU ARE READING
Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]
RomansaMuhammad Hafez Ilham ❤️ Amiesya Azmi "Abang nak Sya tau yang abang betul-betul cintakan Sya. Bermula dengan zaman sekolah rendah, abang memang dah tertarik dengan Sya. Masa sekolah menengah pun sama. Tapi tak sangka, abang akan mula cintakan Sya. Ia...