BAB 30

344 19 0
                                    

Hafez's POV:

Perlahan-lahan, aku mula buka mataku. Kini, aku berada di sebuah bilik yang agak sempit. Entah kenapa, tetiba aku rasa pening sangat. Dan ada bau yang menusuk lubang hidungku.

Bau busuk!

Bila aku pandang bawah, mataku terbeliak sikit. Ada cecair merah yang membasahi bajuku. 

Darah!

Baru aku sedar, aku kena culik dengan siapa entah. Zaman sekarang ni, lelaki pun kena culik? Hmmph!

Tiba-tiba, aku mendengar bunyi tapak kaki. Maksudnya ada orang yang dah nak masuk dalam bilik ni. Dan selepas beberapa saat, daun pintu bilik dibuka dan ada seseorang yang sedang berjalan ke arahku. Penglihatanku agak kabur, jadi aku tak dapat cam muka orang tersebut.

"Haiii, dah sedar ke wahai abang seniorku yang kusanjungi? Baguslah kalau macam tu."

Dan selepas itu, dia berjongok di depanku. Memandangkan ikatan di kaki dan tangan tidak dibuka lagi, aku memang tak dapat bangun dari kerusi itu.

"Hei, kau siapa hah? Asal nak culik aku bagai?! Kau tak tau aku si..."

"Aku tau kau siapa. Muhammad Hafez Ilhan bin Dato' Azhar. Umur, 25, kau kerja kat company kau sendiri. Ialah, CEO lah kan?"

Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Jap, macam mana dia tau aku siapa?

"Jap, kau siapa sebenarnya hah?! Kenapa..."

"Hahahahahha...bro, tak ingat aku lagi ke hah? Ok wait, rasanya mata kau masih kabur."

 Aku mula berkelip-kelip mataku, mengharapkan penglihatanku akan menjadi seperti biasa. Dan bila penglihatanku sudahpun menjadi seperti biasa, aku melihat seorang figura, yang sedang  berdiri di depanku. Bila aku mendongak, dia sedang menyilang tangannya di dadanya dan merenung ke arahku dengan tajam.

Apa? Aku hensem sangat ke? Yelah aku tau.

Dan selepas itu, dia berjongok lagi di depanku. Aku masih mengerutkan dahiku, menunjukkan yang memang aku tak kenal dia lagi.

"Okay, beginilah, aku memang takde masa jadi I'll make a quick introduction about myself. Aku Naufal. Ingat tak? Junior masa sekolah menengah tu. Alah, budak junior yang propose Amiesya. Ingat tak?"

Aku mula imbas kembali memori lama semasa sekolah menengah. Oh..baru ingat! Dialah budak yang propose Amiesya depan koperasi... (HAH YANG TAK INGAT TU, BOLEH RUJUK BAB 7 YE..HEHE)

Mata Amberku meluas apabila teringatkan orang yang berdiri di depanku sekarang. Dan Naufal pula tersenyum sinis.

"Kau nak apa Naufal?! Asal kau culik aku hah?! Kau nak kena tumbuk ke?"

"Uishh..garang betul ye suami Amiesya. Eeee..jijik tau tak aku panggil kau macam tu! Sepatutnya, aku yang kena jadi suami dia! Bukan kau, setan!"

Dan sebuah penumbuk dilayangkan di pipiku. Sakit bodoh! Tapi, aku tak mampu membalasnya. Malah, mampu mengaduh kesakitan aje. Eeee..geram sungguh!

"Hah, sakit ke?! Macam tulah hati aku rasa sakit bila korang kahwin! Bile korang kahwin, aku sebenarnya ada tau...tapi tulah, aku tak mampu buat apa-apa sebab masa aku sampai, kau dah lafaz akad nikah! Kau memang suka sangat buat hati aku sakit kan?!"

"Dan kalau kau nak tau...akulah doktor yang merawat kau masa kau accident. Tapi aku terpaksa menyamar sebagai Doktor Haikal, sahabat kau tu. Hebatkan lakonan aku? Sampai korang semua percayakan aku. Bagus, bagus..."

Aku terkejut bagi kali kedua. Patutlah aku percaya, sebab muka diorang hampir sama! Aku pun satu, mati-mati aku percayakan dia!

Tapi persoalannya sekarang ni... Haikal mana?!

"Kau sembunyikan kawan aku kat mana Naufal?!"

Dia mula ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ketawa seperti...psiko! Agak seram juga aku tengok!

"Nak tau aku sembunyikan dia kat mana? Aku sembunyikan dia kat syurga! Puas?"

Dan dia melayangkan tangannya ke arahku, untuk menumbukku bagi kali kedua. 

Tapi sebelum dia dapat tumbuk aku lagi, muncul seorang lelaki yang berkot hitam. Mukanya agak tegang dan dia memakai cermin mata berwarna hitam. Mungkin salah seorang konco-konco dia kot.

"Boss, cik Amiesya dah sampai."

Naufal merengus geram manakala mataku membulat apabila mendengar nama Amiesya. Ya Allah, apa Amiesya buat kat sini?!

"Hah okay. Bawa dia ni kepada Amiesya."

berkatanya sambil merujuk ke arahku. Dan selepas itu, dia memandangku dengan penuh rasa benci dan geram dan berkata,

"Kau dengar sini eh, aku akan bagi masa 5 bulan untuk kau ceraikan Amiesya. Kalau tak, aku akan cederakan Amiesya dan kau. Kau nak ke aku apa-apakan dia? Kau nak ke?! Rasanya tak nak kan? Jadi, baik kau lepaskan dia!"

Aku meludah darah yang ada dalam mulutku, akibat penumbuk yang aku dapat tadi. Dan aku memandangnya dengan penuh rasa benci.

"Hahahaha, lawak ape kau buat ni hah? Aku? Nak ceraikan Amiesya? Hmmph langkah mayat aku dulu! Aku sayangkan dia lebih daripada nyawaku, setan!"

Tapi Naufal hanya senyum sinis.

"Aku tau kau sayangkan dia. Dan aku tau, dengan alasan yang kau sayangkan dia, satu hari nanti kau mesti kena lepaskan dia juga. Aku yakin sangat, kau akan lepaskan dia...secepat mungkin..."

Dan selepas itu, dia membuka ikatan di tangan dan kakiku lalu menendangku ke arah lelaki yang berada di daun pintu. Lelaki itu pula, mengheretku keluar. Dan aku pula berasa agak pening disebabkan penumbuk dan tendangan oleh budak Naufal tu tadi. 

Dan selepas itu, duniaku sudahpun gelap.


......


Apabila aku membuka mataku, aku berada di satu tempat yang agak gelap. Boleh dikatakan di tepi jalan juga lah. Yelah, dah malam dah kan? Aku cuba membuka mataku dan berdiri. Tapi aku tak mampu. Badan aku dah lemah sangat. 

Aku rasa macam, dah banyak darah aku hilang.

Tiba-tiba, terdengar satu suara yang amat aku kenali.

"Abang!!"






YEYYY...30 BAB DAH SIAPP..UWUU AUTHOR RASA HAPPY SANGAT! HEHEHEHE

ANYWAYS. PART NI AGAK BOSAN. YE AUTHOR TAU..AUTHOR AKAN CUBA UNTUK MEMBUATKAN BAB2 SETERUSNYA DENGAN BAIK.

HUWAAAAA MENGANTUKNYA! HEHEHEHEHE

ANYWAYS...TAK PAYAHLAH SEGAN2 NAK TEKAN BINTANG TU..TAK SUSAH PUN KAN?

KALAU BOLEH, AUTHOR NAK 10 VOTE..AT LEAST. YELAH, RAMAI YANG BACA ASTU TAK NAK VOTE..APELAH PUNYA MANUSIA?

HEHEHE...DAH TU JERRR...SEE U ALLS IN NEXT BAB..

BUBYEEEEEE

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now