BAB 35

409 17 3
                                    

"Amiesya Azmi binti Dato' Azhar, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Air matanya laju mengalir apabila mendengar ayat yang tidak mahu dia dengar selama ini. Dia tak sangka, dia akan diceraikan oleh insan yang sangat menyayangi dirinya.

"Tapi..."

"Dah, awak jangan cakap apa-apa. Lusa awak boleh balik rumah. Lepas tu, saya nak awak kemas barang-barang awak dan keluar dari rumah saya. Saya dah tengok satu rumah sewa untuk awak..."

 Mendatar sahaja suaranya. Wajahnya tegang, tanpa menunjukkan sebarang emosi. 

Tapi sebelum Hafez dapat mereuskan kata-katanya, Amiesya sudahpun memotong,

"Takpe. Awak tak payah susah susah. Awak jangan risau, lepas saya kena discharge, saya akan balik rumah dan terus pack barang-barang saya. Awak dah buang saya hidup awak, awak tak payah ambik kesah pasal saya."

Suaranya kedengaran sinis tetapi tenang di telinga Hafez. Dia sudah tekad. Dia tidak mahu kelihatan lemah lagi. 

Dia harus kuat!

"Saya minta maaf sebab saya..."

"Takpe. Saya faham. Dah, saya nak rehat. Just...please leave me alone."

Berkatanya tanpa memandang langsung wajah suaminya. Kepalanya dipusingkan ke arah jendela di wad hospital itu.

Tanpa membuang masa, Hafez berlalu pergi dari situ, meninggalkan Amiesya berseorangan di situ yang sedang menangis.

"Sampai hati abang buat macam ni kat Amy. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini! Sesungguhnya, aku takut nak menghadapi cabaranmu ini..."

bermonolog dalam hatinya. Selepas beberapa minit, dia mula memejamkan matanya dengan erat, membiarkan air matanya mengalir di pipinya.

Lama kemudian, dia terlelap di situ.

.....

Tiga hari kemudian...

Amiesya sedang mengemas barang-barangnya di biliknya. Selepas 45 minit, dia sudahpun siap mengemas dan meletakkan barang-barangnya di luar bilik. Mulai hari ini, dia tidak akan tinggal di rumah Hafez memandangkan mereka akan bercerai dengan rasminya tidak lama lagi.

"Zara, harini flight aku tau. Aku susahkan kau ke?"

"Ya Allah Amy! For the millionth time I'm telling you...kau tak susahkan aku pun! Jangan risau...aku dah bagitau suami aku lah. Dia kata dia okay jer. Lagi-lagi, dia rasa lega sebab kau dapat temankan aku kat rumah. Takut tinggalkan aku lah tu adoii!"

Amiesya ketawa kecil mendengar bebelan si Zara, sahabatnya. Ya, hari ini, dia akan terbang ke England, United Kingdom, di mana terletaknya rumah Zara dan suaminya. Dia akan meninggalkan tanah air ini dan ingin menenangkan fikirannya di luar negara pulak. 

Dia tidak mahu melihat wajah-wajah yang menyakitkan hatinya.

Nasib baiknya, mamanya pun setuju untuk ke rumah Zara. Katanya, dulu masa papa meninggal pun, mama buat perkara yang sama. Lepas tenang fikirannya, terus dia balik ke Malaysia.

Lamunannya terhenti apabila terdengar satu suara yang amat dia akan merindui.

"Awak dah siap kemas barang?"

Dia menoleh ke arah belakang, melihat suaminya sedang berdiri di daun pintu bilik mereka. Eh, bukan! Bilik suaminya. Lepas ni, dia tiada hak untuk masuk dalam bilik ini.

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now