BAB 21

285 22 0
                                    

Hafez's POV:

Aku mencapai tualaku dan terus masuk ke bilik air dan membersihkan diriku. Selepas itu, aku memakai baju berwarna biru yang berkolar dan seluar slack dan sika rambut aku. Selepas aku puas dengan penampilanku, aku mencapai beg berwarna hitamku dan menuju ke arah pintu bilikku.

Tinggal 30 minit untuk kelas pertamaku tapi aku rasa mengantuk sangat. Dah lah semalam aku tidur pukul 4 pagi! Bukan apa, aku betul-betul risau tentang keselamatan Amiesya. Lagi-lagi, aku mula bertambah risau apabila teringatkan tentang panggilan dari seseorang yang tidak aku kenali.

"Kau jangan ingat Amiesya akan jadi milik kau eh? She is mine and mine! Aku akan pastikan hubungan korang musnah lagi sama macam Imran buat! Yang tu aku guarentee! Aku akan buat apa-apa saje untuk mendapatkan Amiesya! Termasuklah membunuh! "

Kata-kata dari orang itu masih terngiang-ngiang di telinga aku. Aku mula rasa gelisah, marah, benci! Semua perasaan mula menghantui diriku pada masa yang sama dan ia membuatkan aku hilang arah!

Tapi, yang aku pasti, itu bukan Imran.

Kalau Imran, takkanlah dia nak mention dirinya sendiri. Lagi-lagi kalau Imran pun, aku tak ada risau sangat sebab kini dia berada di luar negara. Ya, dia mendapat scholarship di London dan kini, dia menetap di London.

Kalau bukan Imran, siapa lagi...arghh serabut kepala otak aku ni! Lebih baik aku gi cafe dulu...blh minum coffee.. keputusan diambil lalu aku berjalan ke arah cafe. Tinggal 25 minit lagi untuk kelas and aku rasa aku sempat.

Tetapi tiba-tiba, aku terlanggar seseorang, membuatkan dia jatuh terduduk.Aku terkejut apabila ada seseorang yang mengaduh kesakitan dan lantas aku menoleh ke belakang dan memandang ke arah bawah. Terus aku melutut di depannya dan bertanya...

"Awak ok tak?"

"Ermm..saya okey.."

Dan selepas itu, aku berdiri dan menghulurkan tanganku, membantunya untuk bangun. Dia pun mencapai tanganku dan memegangnya erat-erat, sehingga menampakkan urat-urat hijau di lenganku dan bangun dari tempat tersebut.

"Sorry, saya tak sengaja"

"Takpe, saya okay je"

Berkatanya sambil menepuk-nepuk seluar jeans dan bajunya. Selepas itu, dia memandangku dan matanya terus membulat. Aku berasa hairan. Dah kenapa dengan dia ni?

"Awak..awak..."

Tapi sebelum dia dapat meneruskan kata-katanya, aku hanya bersenyum kepadanya dan beredar dari situ, meninggalkannya berseorangan. Tau lah diri aku ni hensem...hehehe.

Selepas itu, aku menuju ke arah cafe yang hanya berdekatan dengan kelas aku yang berada di aras bawah. Jadi, lepas aku lepak di cafe..boleh je aku terus masuk kelas. Hehehehhe...

Hatiku yang gusar mula menjadi tenang saat aku menghidu bau aroma coffee. Aaaa...sungguh, bau coffee tu menyenangkan mindaku dan secara automatik, mindaku menjadi tenang. Kakiku melangkah ke arah kaunter untuk memberikan pesananku, iaitu air cappuccino. Ya, aku suka sangat minum air tu...boleh dikatakan antara salah satu teman baikku...

Selepas memesan, aku duduk di kerusi yang berada di hujung sekali dan tanganku mencapai telefon pintarku. Bukan untuk Mobile Legends, tapi untuk stalk IG orang lah..

Siapa lagi kalau bukan Amiesya?

Aku mula melihat gambar-gambar Amiesya dan tanpa aku sedar, bibirku mula mengukir senyuman kecil. Haishh...betapa indahnya ciptaan Tuhan ni!

Bila terfikir tentang Amiesya, tiba-tiba aku teringatkan tentang kejadian semalam. Ya, di mana aku masuk ke asrama perempuan tanpa pengetahuan siapa-siapa selain Amiesya. Aku hanya tersenyum. Macam mana entah aku berani sangat sampai aku pegang dia. Lagi-lagi dia tu pun tak tolak pulak..aishhh..

Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now