PROLOG

1.8K 61 7
                                    

"Eeee, geram pulak aku!! Bos aku ni.... memang tak boleh pakai punya!!Kata akan bayar gaji dalam minggu ni..pastu tak bagi pulak! Apa masalah dia ni?!! Nasib baik aku ni sabar sikit tadi..tak pasal-pasal kena sepak ngan aku!"

bebel Amiesya dalam keretanya sendiri sambil memandu kereta Honda Civic miliknya.Memang sudah banyak hari dia sabar untuk mendapatkan gajinya. Dahlah bos dia dah janji akan bayar hari ini juga...tiba-tiba boleh pula dia kata yang dia tidak mempunyai wang untuk bayar gajinya. Ya, gaji bulan lepas belum diberinya lagi dan Amiesya pula bersusah-payah untuk membeli keperluan hariannya. Makanan dan minuman pun semuanya dibeli di luar sahaja walaupun suaminya menyediakan makanan untuk dirinya hampir setiap hari.

Tulah kau Amy..ada makanan kat rumah...kau boleh pula bazirkan duit kau semata-mata untuk membeli makanan..berbisik hatinya.

"Arghh!Makan kat rumah je lah!" Keputusan muktamad diambil, lalu memandu keretanya ke arah rumah..dengan perut yang sedang berbunyi hebat. Dia tidak kisah lagi kalau suaminya hairan dan keliru dengannya.Tiba-tiba...

PANGGGG!!!

Terdengar satu bunyi yang kuat dan...mengerikan!!'Eh..aku langgar orang ke ni?' berbisik hatinya lagi. Terus dia mengucap panjang. Dengan jantung yang berdebar-debar, terus dia turun dari keretanya dan menuju ke belakang keretanya. Nasib baik Amiesya, dia tidak melanggar sesiapa pun. Dengan hati yang sangat lega, kakinya melangkah ke tempat duduk pemandu. Tiba-tiba, kakinya terus berhenti melangkah apabila melihat banyak orang yang berkumpul di satu tempat. Biasanya, dia tidak ambil peduli..tetapi entahlah, hatinya berkata untuk menuju ke sana juga. Laju kakinya lari ke arah orang berkumpul itu. Terlopong mulutnya apabila melihat mangsa langgar lari itu. Terus air mata jernih mula mengalir. Mangsa itu....

Hafez!!!

Ya..suaminya sendiri!! Ya Ampun, ujian apakah ini? Laju dia menolak semua orang sekelilingnya dan membawa Hafez ke pangkuannya. Melihat keadaan suaminya yang makin teruk, dijerit dan rayu sekuat hati untuk meminta tolong. Nasib baiknya..ada beberapa orang lelaki yang membantu Amiesya untuk membawa suaminya ke keretanya. Terus destinasi yang dituju ditukar kepada hospital. Tangisannya tidak terhenti-henti dan memberikan kata-kata motivasi kepada suaminya yang terbaring kaku di sebelahnya...sambil memegang tangannya..bagaikan tidak mahu lepaskannya.

Selepas satu jam...

"Doktor..macam mana keadaan anak saya?"

"Maaf puan..kami sudah mencuba sedaya upaya..tapi.."

Terus air mata seorang ibu mengalir laju. Selepas 'menantu'nya menelefon yang Hafez berkemalangan...terus destinasinya menuju ke Hospital Kuala Lumpur,hospital yang memasukkan anaknya. Nasib baik tadi panggilan daripada Amiesya diangkat. Yalah, siapa je nak angkat panggilan daripada orang yang paling dibenci kan?

"Puan..puan janganlah sedih sangat..anak puan bukannya meninggal pun. Cuma..."tergantung ayat doktor itu..sukar hendak meneruskan kata-katanya

"Apa? Anak saya tak meninggal? Syukur Ya Tuhan! Ingatkan anak saya meninggal!! Tapi.. kenapa doktor? Cuma apanya?" 

Terus si ibu bersyukur kepada Penciptanya kerana masih memberikan peluang kepada dirinya dan anaknya. Tetapi hatinya masih gusar disebabkan doktor belum memberikan kata putus tentang keadaan anaknya.

"Cuma..disebabkan kepalanya dihantuk kuat di bahagian belakang...Hafez sedang mengalami amnesia..ataupun senang dikatakan hilang ingatan. Sekarang..dia hanya ingat siapa dirinya...malah tidak ingat siapa keluarganya dan isterinya..." katanya sambil merujuk kepada Amiesya. Akhirnya, perkara sebenar diluahkan walaupun sukar untuk menuturkan kata-kata itu. Ye lah, siapa tak sedih tengok musibah yang ditimpa oleh kawannya sendiri.

Mengucap panjang Datin Nur Imani. Tidak sangka pula Tuhan akan memberikan ujian seberat ini. Walau bagaimanpun..ujian ini harus diterima dan hidup harus diteruskan. Selepas beberapa minit..

"Eh kau pompuan!! Ini semua sebab kau tau!! Sekarang kau cakap..siapa yang langgar anak aku??!!"

jerit si ibu itu kepada Amiesya. Amiesya hanya senyap. Semasa memasukkan suaminya ke hospital sampailah sekarang, Amiesya hanya bersandar ke dinding dan berdiri kaku.Dia tidak dapat cakap apa-apa pun disebabkan oleh 'kejutan' yang diterimanya tadi.

 Melihat menantunya hanya berdiam diri, laju tapak tangannya menuju ke pipi Amiesya. Terkejut buat Amiesya!! Pertama kali, ada orang yang menamparnya. Sebelum ini, ibu bapanya sendiri pun tidak pernah memukulnya. Ini....terus penampar yang hebat didapat!

"Saya tak tau siapa yang langgar Hafez. Ni mungkin kes langgar lari..auntie"

Tersekat-sekat  suara Amiesya. Laju dia lari ke wad yang Hafez dimasukkan,meninggalkan mertuanya yang terduduk, sambil mengesat air matanya.

Air mata yang berhenti mengalir bertumpah lagi apabila melihat Hafez yang terbaring kaku..dengan wayar-wayar yang dimasukkan ke dada bidangnya. Sungguh...menakutkan!! 

Lalu, dia terduduk di kerusi yang disediakan oleh pihak hospital.Dengan air mata yang setia mengalir di pipi gebunya, segala kenangan dia bersama Hafez mula melayang di depan matanya...bermula dengan perjumpaan kali pertama di sekolah rendah...


Bukan Seperti Biasa [COMPLETED]Where stories live. Discover now